Friday, December 31, 2010

Dapat BE Sempena Tahun Baru

           Alhamdulillah...blog AWESOME dapat lagi buffered earning. Sekali dua BE Mr. Nuffnang bagi. Terima kasih kepada advertiser dan nuffnang sebab memberikan kepercayaan lagi kepada AWESOME. Kali ni ads Dutch Lady Friso Flaunt It SS dengan Celcom Xpax Great Sales LR

       Tak lupa juga pada pengunjung, terima kasih pada semua dan sila tinggalkan link anda di bahagian 'Exchange Link'  untuk memudahkan saya blogwalking jika saya terlepas entri terbaru korang di senarai blog updates. 

P.S: Ini hadiah tahun baru  atau hadiah Malaysia menang Piala Suzuki AFF 2010? hehe..

Thursday, December 30, 2010

Trivia Hari Ini #12 ( Edisi Piala Suzuki AFF 2010 )

 Piala Suzuki AFF 2010

  • Malaysia mencipta sejarah apabila memenangi  Piala Suzuki AFF 20101996 (Piala Tiger).  buat kali pertama sejak kejohanan itu pertama kali dianjurkan pada
  • Indonesia tidak pernah bergelar juara tetapi telah 4 kali menjadi naib juara.
  • Pemain terbaik kejohanan dianugerahkan kepada kapten pasukan Indonesia, Firman Utina.

Jumaat Diisytiharkan Sebagai Cuti UMUM

Kuala Lumpur Dis. 29 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.

Sumber - Utusan


        Akhirnya Malaysia akhiri kemarau 14 tahun untuk menggondol Piala Suzuki AFF 2010 buat kali pertama. Tahniah kepada skuad Malaysia kerana berjaya menjinakkan skuad Indonesia 4-2 secara agregat. Ternyata harimau lebih perkasa dari garuda. Tabik spring juga patut diberikan kepada penjaring terbanyak kejohanan, Safee Sali dan penjaga gol yang banyak menyelamatkan keadaan, Khairul Fahmi Che Mat. Congratulation to all Malaysian!

Hadiah Kemenangan Piala Suzuki AFF 2010

Juara: USD 100,000  (RM 309,000) >> MALAYSIA

Naib Juara: USD 50,000  (RM154,000) >> INDONESIA

Pemain Terbaik: USD 10,000 (RM30,900) >> Firman Utina, Indonesia

Sunday, December 26, 2010

Senarai Filem Inggeris Wajib Tonton Tahun 2010

        The Internet Movie Database (IMDb) telah mendedahkan senarai penuh 25 pelakon paling popular dan 25 filem paling popular dalam antarabangsa pada tahun 2010. Populariti telah ditentukan berdasarkan undian oleh 100 juta pengguna berdaftar di IMDb. Secara keseluruhan, senarai pelakon dan filem dalam top 25 ni memang AWESOME. Senang cerita, most wanted movies untuk di download pada tahun ni. Jadi, jom kita lihat siapa yang tersenarai dalam list tersebut:

Friday, December 24, 2010

Motor Pakai NGV???


            Haha..ini hanya untuk gurauan semata-mata. Tiada kena mengena antara hidup dan mati. Lokasi gambar di Prai, Pulau Pinang. Sempat ambik gambar dalam perjalanan bercuti sakan di Pulau Mutiara. Yeay... 


P.S : Kepada pembaca2 AWESOME, keep in touch ok...

Wednesday, December 22, 2010

Kenapa DiGi iPhone 4 ?

        DiGi telah memperkenalkan iDiGi Postpaid Plans baru-baru ini. Tetapi kenapa iPhone 4 ditawarkan dalam pelan mampu milik dari serendah RM58 sebulan? iPhone 4 boleh dianggap terpantas dan mempunyai resolusi tertinggi jika hendak dibandingkan dengan siri iPhone sebelum ini. Jadi, apa keistimewaan  lain yang ditampilkan oleh iPhone 4 Digi Plan ni ?

Nuffnang Buffered Earning Sudah Pandai Lepak Kat Sini

            Salam semua..sebelum ni, memang dah berbulan tak check account, tapi mula rasa pelik bila ads Digi iPhone 4 melekat kat leadearboard dalam sehari dua ni. So, tangan ni mula la gatal untuk check account. 

        Alhamdulillah, akhirnya AWESOME mendapat buffered earnings yang pertama dari nuffnang.Thanks to nuffnang and advertiser diatas kepercayaan u'ols terhadap blog ni. Yang pastinya, terima kasih daun keladi kepada semua follower dan visitor ke blog ni ( macam menang award pulak).

P.S: Special thanks to ar-rifke, semua tips-tips dalam blog tu amat berguna. Kepada semua visitor yang macho/chantek jangan lupa untuk terjah ke ads BE tu yer untuk dapatkan info lebih lanjut Digi iphone 4 plan ok. :)

Sunday, December 19, 2010

Mari Bermain Dengan Mata Anda


Tengok point tengah (simbol +) kat gambar ni paling kurang 30saat lepas tu korang alih pandangan kat dinding. Apa yang perubahan yang korang nampak?
P/s: Kalo bole tengok kat dinding yang cerah skit then tenung lama2.

Indonesia Bertemu Malaysia di Final Piala AFF 2010


        Seperti yang dijangka, Indonesia berjaya menempah tiket mara ke final Piala AFF Suzuki 2010 untuk bertemu skuad Malaysia dengan menang 2-0 secara agregat. FYI, Indonesia ni dah tiga kali berturut-turut masuk final pada tahun 2000, 2002 dan 2004  tetapi tak pernah menang. Kalah dengan Thailand 2 kali dan kemudian Singapura. 

        Dengan skuad Malaysia?? "Ingat, kena fokus" Bukan calang-calang skuad Indonesia ni, tengok senarai penjaring pun dah tahu. Silap sikit, gigit jari lagi nampaknya. BTW, skuad Malaysia boleh punya la tundukkan skuad garuda ni kalau takde tekanan dan tak buat silly mistakes. :)

-AWESOME-

AutoPing Entri di BlogLarian FB

RUMAH 15
        Korang semua dah kenal Bloglarian kan. Bagi yang tak tahu lagi sila ke entri sebelum ini "Berblogwalking Cara Mudah Melalui BlogLarian". Kat situ, semua dah diterangkan pasal BlogLarian ni. Overall, blog ni terdapat list blog-blog berdaftar yang boleh kita 'jogging' tapi bukan untuk spam ok. 

        Jadi, memudahkan blogger especially newbie macam blog AWESOME ni. Yang terbaru, fanpage BlogLarian (facebook) telah diwujudkan untuk khidmat autoping entri terbaru anda. Bagi yang berminat, anda boleh sertainya. Jika ada masalah, jangan segan silu untuk bertanyakan kepada fareed@furdunesiaonline. :)

Saturday, December 18, 2010

Malaysia Mara Ke Final Piala AFF Suzuki 2010


        Selepas 14 tahun, akhirnya Malaysia berjaya mengakhiri kemarau 14 tahun dengan melangkah ke final Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2010 selepas menewaskan Vietnam 2-0 secara agregat pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium My Dinh, Hanoi. Tugas yang cukup sukar semasa perlawanan buat pasukan Malaysia. 

       Serangan yang bertubi-tubi dan penuh emosi oleh pasukan Vietnam tetapi pasukan negara mempunyai pertahan yang kental dan penjaga gol, Khairul Fahmi patut diberi pujian diatas kecekapan mengawal bola dari pihak lawan. Tetapi pasukan negara gagal meluaskan jurang dengan agregat yang besar. BTW, Malaysia akan mencipta sejarah sekiranya menjuarai Piala Suzuki AFF buat kali pertama. Hidup 1 Malaysia!!


"Be A Man"

Negara Yang Mungkin Anda Tidak Pernah Kenali

Vanuatu: Aktiviti skuba merupakan tarikan pelancong yang sangat popular di sini. Tsunami bukanlah sesuatu yang asing di Vanuatu, dan gempa bumi mempunyai kesan negatif terhadap ekonomi negara tersebut.

Thursday, December 16, 2010

Trivia Hari Ini #11


        Assalamualaikum...saya harap korang berada dalam keadaan sihat-sihat belaka. Adakah korang tahu hari ini 16 Disember 2010 bersamaan dengan 10 Muharram 1432 adalah Hari Asyura ? Antara kelebihan pada Hari Asyura adalah diampunkan dosa setahun yang lalu bagi orang yang berpuasa pada hari ini (sunat yang sangat dituntut).

       Buat pengetahuan korang semua juga, berpuasa sebulan dalam bulan Muharram juga adalah sunat. Pada 10 Muharam juga terdapat beberapa peristiwa yang yang direkodkan dalam sejarah Islam:

Aku Berjaya Buat Mark Zuckerberg Sakit Hati

Klik untuk tumbesara
Tada...di kala kebosanan dengan layout baru facebook yang macam haram, aku berjaya buat seperti contoh dalam entri sebelum ni ' Facebook Arts '. Buat gempak je kan title entri ni. So, cantik tak? hehe..Tapi mmg tak boleh challenge macam dalam vid kt bawah ni, superb abis...

Wednesday, December 15, 2010

Tingkatkan Trafik Blog Dengan Sistem Autoping

Malaysia Blogger United

          Mungkin diantara korang dah tau apa maksud 'ping' kan? Ramai blogger yang otai-otai dah terangkan sebelum ni. Blog ni apa la sangat~ ~ 

        Follower pun x sampai 500 lagi..hehe. Ok lah...kali ni saya share skit pasal autoping yang diaktifkan oleh Fanpage Malaysia Blogger United (facebook).

Tuesday, December 14, 2010

Facebook Arts

          Ramai yang tak puas hati dengan 'kejujuran' yang ditampilkan dalam profil facebook baru kan. Yela...anything yang kita comment pada profil orang lain akan muncul juga di profil kita. Nak deactivate, malas pulak dengan steps yang banyak. So, mari kita layan profil 'fesbuk' yang kreatif dari duduk berleter ni...LOL.


HeartBeat DIY Gift - Duit Poket Sambilan

       Anda pernah dengar atau terbaca di mana-mana blog tentang HeartBeat.my ? Kalau anda perasaan blog ni dah setup banner HearBeat.my lebih kurang 2 hari yang lepas. 

       Website ini  memberi kelainan kepada pelanggan untuk mencorak sendiri produk yang ingin dibeli (D.I.Y gifts). Sesuai untuk 'couple' yang ingin 'surprise'kan pasangan masing-masing. Pengalaman yang manis takkan luput dari memori kita, right? So, macam maner nak beli? 

Monday, December 13, 2010

Miskin Tapi Bergaya

          Kreatif tak mamat dari Ghuangzhou, China ni? Even dengan kitar semula surat khabar dan bahan buangan lain, dia mampu jadikan baju untuk perlindungan diri. Bukan dengan imej 'pengemis dengan kotak-kotaknya'. Rasanya Heidi Klum pun boleh puji kalau mamat ni masuk Project Runway haha...

Sunday, December 12, 2010

Google Office " Don't be evil "




Tetikus Pertama

         Tetikus yang pertama di dunia telah dicipta oleh Dr. Douglas Carl Engelbart di Institut Kajian Stanford pada tahun 1963. Model prototaip tersebut telah dicipta dengan bantuan rakan sekerjanya, William ‘Bill’ English yang merupakan seorang jurutera komputer.

Saturday, December 11, 2010

Kuala Lumpur International Motor Show '10 Menghampakan

           Dah pergi KLIMS? Bagi yang belum pergi, esok buang jauh2 la keinginan tu. Baik simpan je duit tiket RM20 belanja anak buah. Datang dengan penuh harapan nak tengok kereta yang 'rare' di Malaysia tapi dua tiga kerat je la yang ada. Tak teruja langsung bila dah lihat depan mata. Tapi 'thumbs up' pada team Proton sebab ruang pameran yang menarik dan banyak info pasal kereta hybrid yang boleh kita tahu kalau rajin bertanya. Kalo tanya pasal Bumblebee dan Batmobile memang macam haram (model replika semata), kadbod ape ntah yang diorang pakai.

Transformers: The Dark Of The Moon {Updated}

          Akhirnya, keluar jugak trailer Transformers 3 aka Transformers: The Dark Of The Moon selepas kecoh-kecoh tahun lepas.Tak banyak yang didedahkan tapi dijanjikan oleh Michael Bay pasti lebih layan dari sekuel pertama dan kedua. Lebih dari itu, filem ini juga akan ditayangkan dalam tayangan 3D. AWESOME!!. Siri ke-3 ini dijangka akan mula berperang di panggung pada 1 Julai 2011.

Friday, December 10, 2010

Entri Untuk K-addict


Aku: Dik..tengok apa tu dik? Tersengeh sana, tersengeh sini.  
                          Bak la jap remote nak tengok Discovery Channel. 
(sambil garu kepala)

Adik: Takmo la...nak tengok Happy Together dulu. 
Along buat la menda lain dulu ok.

Macam ni la punya susah aku nak tengok tv kat rumah.

Thursday, December 9, 2010

Bloglist 2011 .. Selamat Datang Tahun Baru

Dengan ini diisytiharkan,  AWESOME ingin menyertai bloglist tersebut.
Tq bro sebab sediakan segmen ni.
Join di sini sebelum terlambat.

Wednesday, December 8, 2010

Khas Untuk Pengguna Keyboard

          Pernah rasa terganggu atau geram tak bila di tempat awam seperti perpustakaan atau makmal komputer , korang dengar ‘tuptap tuptap’ bunyi keyboard…annoying, right? Rase nak titik tiktik je tangan orang tu kan..he3.

          Selongkar punya selongkar dalam laci Google ni, jumpe la satu stuff yang boleh tahan jugak la. Tapi tak tahu la berkesan ke tak. Produk dari Jepun ni name “Thanko Keyboard Quiet Cover”. Kononnye, produk ni untuk melindungi habuk dan bunyi ‘tuptap tuptap’tu la. Haha..wat ever la. Jom kita usya jap camno ghoman aeh bondo nih.

Kesian Budak Ni...

Buat unggun api untuk masak
          Cuba bayangkan anda adalah seorang kanak-kanak yang tiada keluarga atau saudara mara, adakah di saat itu korang pandai berdikari untuk meneruskan hidup? Dekat dunia mana-mana pun, kehidupan seorang budak berumur 6 tahun sepatutnya penuh dengan keriangan, guling sana guling sini dan tahu makan apabila disuruh atau dipaksa sahaja. Hidup bersendirian pada umur 6 tahun bukanlah pilihan.

Tuesday, December 7, 2010

Keputusan Rasmi Malaysia vs Laos (AFF Suzuki Cup 2010)

          Malaysia berjaya ke separuh akhir setelah berjaya menewaskan Laos 5-1 dan tanda tanya sama ada Indonesia akan bermain sambil lewa telah terjawab apabila Indonesia telah menewaskan Thailand 2-0 melalui 2 jaringan penalti oleh Bambang Pamungkas.

          Gol Malaysia telah disumbangkan oleh Amri Yahya pada minit ke-4 dan minit ke-39. Hasil kesilapan pertahanan, gawang Laos telah dibolosi lagi melalui Amirul pada minit ke-73. Pasukan kita bertambah selesa setelah menambah keperitan Laos pada minit ke-76 melalui Norshahrul Idlan Talaha untuk gol ke-4. Lebih malang lagi, pertahanan Laos telah menjaringkan gol sendiri untuk menjadikan kedudukan 5-1. Haha..best own gol ever. Gol tunggal Laos dijaringkan Kimsun melalui tandukan cantik yang dihantar kemas oleh Lamnau.


Monday, December 6, 2010

Dah Cuba Belum Profil Facebook Baru?

Korang semua dah cuba profil facebook yang baru? 
Apa pandangan anda? 
Adakah ia menyusahkan atau menyenangkan? 
Puas hati tak dengan 'appearance' profil baru korang? 
Bagi yang belum cuba, hanya klik di sini untuk aktifkan profil baru anda.
Attention: Baca ini dahulu..sini


Last Weekend Biggest News

Groupon Turns Down Google’s $6 Billion Offer 
  • According to Chicago Breaking Business and Bloomberg, Groupon has rejected Google’s massive $6 billion acquisition offer and intends to stay independent.

WikiLeaks Cables Appear to Confirm China Attack on Google 
  • WikiLeaks’s latest set of leaked documents reveal that Chinese leadership turned against Google upon discovering search results critical of the country, the government and specific party members. Some sources confirm that the government was, in fact, behind the attacks.

PayPal Permanently Restricts WikiLeaks Account 
  • PayPal has “permanently restricted” WikiLeaks’s PayPal account, which the organization used to receive donations, because it “encourages, promotes, facilitates or instructs others to engage in illegal activity,” PayPal announced. Earlier this week, WikiLeaks’s domain name systems (DNS) provider, EveryDns.net, and website host, Amazon, terminated their service contracts with the organization as well.

Source : mashable

Sunday, December 5, 2010

Berblogwalking Cara Mudah Melalui BlogLarian

          Anda selalu blogwalking? Anda suka blogwalking? Leceh nak bukak tab banyak-banyak BW di blog orang lain  sambil membaca info dan entri terbaru? Ha..kalo macam tu saya nak ajak team AWESOME semua terjah ke BlogLarian. Di situ anda akan mencuba kaedah BW yang baru dengan hanya 1 tab sahaja, tetapi dipaparkan sebanyak 5 @ 6 blog pengguna yang berdaftar. Kan senang tu, tak payah korang semua bukak banyak2 tab.

Friday, December 3, 2010

Trivia Hari Ini #10

  • Kucing mampu mendengar ultrabunyi. 
  • Bumi dianggarkan mempunyai berat sebanyak 6,000,000,000,000,000,000,000,000 kilogram. 
  • Ada 86,400 saat dalam sehari. 
  • Jika anda tangan kanan, anda akan cenderung mengunyah makanan di sebelah kanan. Jika anda kidal, anda akan cenderung untuk mengunyah makanan di sebelah kiri. 
  • Perempuan berkelip hampir dua kali lebih banyak lelaki. 
  • Satu perempat tulang di tubuh manusia adalah di kaki. 
  • Secara umumnya, jantung seorang lelaki berdegup lebih lambat dari perempuan. 
  • Jantung manusia berdegup lebih dari 100,000 sehari.

    P.S : Kalau jatuh cinta pandang pertama, agak2 jantung lelaki @ perempuan yang berdegup laju?

    Thursday, December 2, 2010

    Ikhtiar Si Kupu-Kupu Malam


    "In the struggle for survival, the fittest win out at the expense of their rivals because they succeed in adapting themselves best to their environment."
    Teori Charles Darwin di atas memang diakui kebenarannya. In fact, teori si Charles Darwin ni memang berlaku dalam kehidupan seharian kita. Contohnya di China, mungkin semua dah tau yang China antara negara yang mempunyai kepadatan penduduk paling ramai di dunia. Rakyat yang ramai dan peratusan yang ‘tanam anggur’ juga tinggi. Memang tak hairan la kalau kegiatan tidak bermoral seperti melacurkan diri pada waktu malam di hotel-hotel tempatan adalah satu daripada cara untuk membayar yuran persekolahan yang tinggi.

    Wednesday, December 1, 2010

    Attention To Facebooker

              Menurut CEO facebook Mark Zuckerberg, jumlah pesanan (messages) yang dihantar di dalam facebook mengatasi pertumbuhan Facebook itu sendiri.

              Dalam komennya di dalam satu persidangan, Zuckerberg telah mengatakan bahawa antara 350 juta pengguna  facebook menggunakan perkhidmatan ‘messages’ , dan hampir 4 billion sehari ‘message’peribadi di hantar. Itu belum termasuk lagi ‘message’ dari pages dan group.

    P.S : Tertanya-tanya jugak macam mana ‘rating’ mesej peribadi dikira. Adalah profile kita semua dicabul?

    Stop Child Abuse

    unicef

              Adakah korang sedar di mana tahap keselamatan kanak-kanak sekarang mulai terancam dan membimbangkan. Hei, panas telinga dan buntang  2 biji mata aku bila setiap kali kes penderaan kanak-kanak berlaku lagi. Manusia dah hidup berzaman dan tidak pernah ambil pengajaran dari kehidupan yang lepas.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...