Showing posts with label Gambar. Show all posts
Showing posts with label Gambar. Show all posts

Monday, September 17, 2012

Cara Bayar Saman Paling LOL (9 Gambar)

Terlebih kreatif...

Seorang pengguna YouTube, Bacon Moose telah dikenakan saman trafik kerana melanggar lampus isyarat merah. Jadi apa yang dia lakukan? Dia membayar saman tersebut dengan menghabiskan 6 jam untuk menghasilkan 137 origami mini berbentuk khinzir daripada wang kertas 1 dolar dan dilambakkan di dalam kotak Dunkin' Donuts sebagai tanda protes. Kreatif tak bertempat...

Tuesday, September 4, 2012

Monday, September 3, 2012

Potret Selebriti Dari Papan Kekunci (12 Gambar)

Kreatif!!

Pada bulan May yang lalu, kami ada paparkan seorang artis dari barat yang telah menggunakan roti bakar sebagai seni potret selebriti terkenal. Kali ini, seorang artis dari Australia, WBK telah mencipta potret selebriti terkenal dengan menggunakan papan kekunci dan mesin taip terpakai sahaja. Idea ini mula timbul apabila papan kekunci lama dibuang berjuta-juta di seluruh dunia. 

Sebenarnya, idea WBK mengabadikan potret selebriti terkenal ni bukan sahaja dengan menggunakan papan kekunci, malah beliau juga pernah menggunakan button dan alphabet sebagai kombinasi untuk karya yang AWESOME. Boleh layan karya WBK selebihnya jika follow WBK di facebook.

Saturday, September 1, 2012

Jika Pengembaraan Ke Bulan Adalah Satu Kegagalan...

Dari Arkib...


Berikut adalah salinan dari teks ucapan Presiden Amerika Syarikat (1969-1974), Richard Malhous Nixon yang bakal disampaikan dahulu jika misi Neil Amstrong dan Buzz Aldrin menemui kegagalan.

Thursday, August 30, 2012

Koleksi Gambar Belahan Kereta Mewah (17 Gambar)

Cool and Mind Blowing...

Tak berapa pasti adakah syarikat perusahaan automotif di negara ini pernah mencuba stail pameran belahan (cutaway) kereta semata-mata untuk pendedahan kepada teknologi yang diguna pakai pada kereta tersebut. Yang pasti, KL Motorshow (KLIMS) akan datang memang akan banyak belahan dada dari pameran kereta yang tidak seberapa...haha.

Thursday, August 16, 2012

Suasana Makmal IBM Rome Yang Geek

Cool..

IBM Rome Software Lab di Italy adalah antara pejabat yang paling cool pernah dilihat. Berbeza dengan pejabat Google di London dan Twitter di San Francisco, ia dihiasi penuh dengan lampu LED dimana design pejabat tersebut direka khas oleh firma arkitek, Iosa Ghini Associates. Macam bekerja di makmal angkasa. Harap perangai curi tulang tidak akan berlaku. Cool beans...


Saturday, August 4, 2012

Friday, August 3, 2012

Evolusi Facebook Sehingga Kini

Jangan Lupe Like Page Kami...

Akaun facebook hari ini dianggarkan memliki 955 juta pengguna aktif di seluruh dunia. Berbanding dengan twitter, ia memiliki 127 juta akaun pengguna aktif. Tapi tahukah anda, 83 juta dari 955 juta akaun facebook adalah palsu. Sesetengah pengguna mungkin memiliki sehingga 3 akaun untuk tujuan tertentu. Motif?? Boleh share di sini pendapat korang?

2005

Paparan facebook sebelum ia mula popular.

Thursday, August 2, 2012

Ibu Pejabat Baru Google Di London

Sibling Rivalry...

Bila bercakap pasal pejabat Google, korang dah boleh agak kan gambaran suasananya. Inilah pejabat baru Google di Covent Garden, London. Suasana indoor dengan outdoor penuh dengan warna-warni yang menceriakan pekerja mereka. Fasiliti yang serba lengkap seakan berada di rumah, tak mustahil  ia merupakan antara tempat mencari pekerjaan paling dikehendaki di dunia. 

Baru-baru ni juga, Google telah membeli syarikat pengiklanan Wildfire Interactive. Tapi tahukah anda secara kebetulan, Arielle Zuckerberg bekerja sebagai Pengurus Produk di syarikat tersebut dimana Wildfire Interactive menyediakan pengiklanan di laman-laman online seperti Facebook milik abangnya, Mark Zuckerberg.  Google+ vs Facebook = Arielle vs Mark. 

Saturday, July 28, 2012

Ibu Pejabat Twitter Baru di San Francisco

Deko Deko...

Tempoh hari operasi twitter terganggu berpunca daripada masalah kerosakan pusat data. Ramai yang gagal mendapatkan info terkini daripada rakan-rakan, selebriti dan atlet Sukan Olimpik London baru-baru ni. Bila twitter down, baru nak cari facebook. Apa kata anda bila pejabat twitter dibandingkan dengan pejabat Google yang pernah kami paparkan dulu? 

Wednesday, July 25, 2012

Kolej Paling Awesome Di Dunia!! (19 Gambar)

Serius Cool...

Terletak di Orestad, sebuah daerah di Copenhagen, Denmark, terletaknya bangunan yang meraih pelbagai  anugerah iaitu Tietgen Student Hall (Tietgenkollegiet), kolej yang bagi admin sangat cool seni reka bentuk dan kejuruteraanya. Bangunan itu telah siap pada tahun 2006 dan direka oleh Firma Lundgaard & Tranberg. Struktur 7 tingkat itu mengandungi 360 bilik yang terdiri daripada jumlah keluasan 26.8 meter persegi. Reka bentuknya yang bulat dan urban serta persekitaran yang selesa dan canggih, confirm pelajar-pelajar di situ aman damai mengulangkaji pelajaran mereka. Kampus UiTM baru mungkin boleh begini?

Wednesday, July 18, 2012

Vending Machine Di Hong Kong (8 Gambar)

Menyenangkan....

Tertinggal charger handphone memang menyusahkan semasa outstation ataupun mengembara. Kalo dekat Jepun, memang dah lama popular vending machine ni dan satu lagi di Finland yang menggunakan handphone sebagai medium transaksi utama dalam kehidupan harian. Semua ini untuk menjimatkan masa dan mudah. 

Sunday, December 12, 2010

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...