Thursday, August 30, 2012

Koleksi Gambar Belahan Kereta Mewah (17 Gambar)

Cool and Mind Blowing...

Tak berapa pasti adakah syarikat perusahaan automotif di negara ini pernah mencuba stail pameran belahan (cutaway) kereta semata-mata untuk pendedahan kepada teknologi yang diguna pakai pada kereta tersebut. Yang pasti, KL Motorshow (KLIMS) akan datang memang akan banyak belahan dada dari pameran kereta yang tidak seberapa...haha.

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)

Senarai Terkini


Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan objektif untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.

Tapi perlu diingatkan, sila baca semua syarat dan terma sebelum membeli. Pastikan disemak dahulu maklumat lengkap berkaitan syarikat, kadar diskaun dan syarat diskaun yang boleh disemak di www.1pengguna.com/kads1m. Syarikat lain yang berminat untuk menyertai KADS1M perlu melengkapkan borang permohonan dan mengembalikannya kepada sekretariat KADS1M bagi proses selanjutnya.

Thursday, August 16, 2012

Suasana Makmal IBM Rome Yang Geek

Cool..

IBM Rome Software Lab di Italy adalah antara pejabat yang paling cool pernah dilihat. Berbeza dengan pejabat Google di London dan Twitter di San Francisco, ia dihiasi penuh dengan lampu LED dimana design pejabat tersebut direka khas oleh firma arkitek, Iosa Ghini Associates. Macam bekerja di makmal angkasa. Harap perangai curi tulang tidak akan berlaku. Cool beans...


Tuesday, August 14, 2012

Aktres Irma Hasmie Sah Hamil 5 Minggu

Rezeki Raya

Portal gosip terkini, Murai telah mengeluarkan artikel yang menyatakan Irma Hasmie telah mengesahkan dirinya kini sedang hamil dengan usia kandungan hampir masuk minggu ke-5. Ini adalah berita baik buat pasangan ini dan juga peminat mereka. Tahniah kepada Irma Hasmie dan suami. 

"Insya Allah, memang betul saya sudah mengandung. Sekarang ini pun saya agak tidak sihat dan banyak muntah-muntah. Usia kandungan saya 4 minggu dan sudah mahu masuk ke 5 minggu. Saya selalu muntah-muntah dan tidak boleh menerima makanan. Namun, doktor memberitahu bahawa ini simptom biasa. Saya berharap badan saya cukup kuat menghadapinya." -Irma-

Saturday, August 11, 2012

Macaulay Culkin : Evolusi Bintang Home Alone

Fffuuu....

Bagi sesiapa yang lahir pada tahun 90-an, pasti filem Home Alone dan Home Alone 2 mewarnai zaman kanak-kanak korang kan. Yeah, watak Kevin McCallister yang genius membuli perompak di dalam rumahnya. 

Jadi millionaire pada umur 12 tahun beb! Tapi kini menjadi mangsa dadah heroin akibat putus cinta dengan pelakon hot, Mila Kunis tak lama dulu. Dadah boleh menyebabkan seseorang itu kantol!

Friday, August 10, 2012

Rebat Tol Di 24 Lebuh Raya Sempena Aidilfitri 2012

Jadi lah dari takder...

KUALA LUMPUR: Sempena Aidilfitri, 24 lebuh raya di seluruh negara bersetuju memberi diskaun dan rebat tol antara 10 hingga 37.5 peratus selama empat hari secara berperingkat mulai 15 hingga 23 Ogos.

Menteri Kerja Raja, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor, di sini sebentar tadi berkata, diskaun dan rebat tol itu adalah kadar tertinggi yang pernah diberikan sebelum ini. Mengenai had laju, beliau berkata semua Jalan Persekutuan had laju diturunkan daripada 90 kilometer sejam (km/j) kepada 80 km/j mulai 12 hingga 26 Ogos. 
Bagi melicinkan lalu lintas, semua kerja penyelenggaraan Jalan Persekutuan dan lebuh raya dihentikan sementara.

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan, dua lebuh raya menawarkan tol percuma dan 22 lagi memberi diskaun dan rebat antara 10 hingga 30 peratus. - Berita Harian-

Idea Yang Bernas Dari BERNAS

Ahmad, dapat duit raya...

Ingatlah pada insan yang serba kekurangan dalam kesibukan kita menghadapi persiapan raya. Tak payah dialog panjang-panjang pun dah mampu mengusik jiwa. Sentiasa bersyukur seadanya...Sememangnya idea yang BERNAS.

Thursday, August 9, 2012

Wednesday, August 8, 2012

Koleksi Lagu Raya Sepanjang Zaman

Portal muat-turun DDMF telah memudahkan anda untuk download beratus lagu raya kegemaran korang semua. Jangan tunggu raya baru nak download, jangan menyesal nanti. Selera pun lain-lain kan. Yang pasti lagu raya evergreen menjadi pilihan. Moga sambutan Raya Aidilfitri akan datang meriah ye korang.


V.A - Ceria Aidilfitri (1997)
1. Various Artists - Takbir Hari Raya (1:00)
2. P. Ramlee - Dendang Perantau (2:41)
3. Saloma - Selamat Hari Raya (2:36)
4. Sanisah Huri - Aidil Fitri (3:40)
5. Black Dog - Cahaya Aidil Fitri (3:43)
6. Sharifah Aini - Suasana Hari Raya (2:23)
7. Aman Shah - Kepulangan Yang Dinanti (3:44)
8. Krisya - Satu Hari Dihari Raya (3:45)
9. Sudirman - Dari Jauh Ku Pohon Maaf (3:45)
10. Rahim Maarof - Kepulangan Abadi (5:38)
11. Fazidah Joned - Selamat Hari Raya (2:35)
12. Ahmad Jais - Selamat Hari Raya (2:32)
13. Rafeah Buang - Bila Takbir Bergema (2:40)
14. D.J.Dave - Menjelang Hari Raya (3:23)
15. Halil Chik & Trio Manja - Lenggang Mak Limah (3:23)
16. Uji Rashid & Hail Amir - Seloka Hari Raya (2:57)
17. Rahimah Rahim - Selamat Berhari Raya (3:30)
18. Khairil Johari Johar - Sepasang Kurung Biru (4:16)
19. Sheila Majid - Hari Mulia (4:23)

Download Link
MediaFire / Jumbofiles / Rapidshare

Usain Bolt - Fakta Ringkas Manusia Terpantas

Thunderbolt

Dilahirkan pada 21 Ogos 1986, Usain St. Leo Bolt aka Usain Bolt, pelari pecut dari Jamaica yang boleh dianggap legenda telah merangkul emas dalam acara 100 meter pecut dengan mencatatkan masa 9.63 saat tempoh hari. Beza 0.03 saat dari rekod terdahulu di Olimpik Beijing 2008. Tetapi masa 9.58 saat kekal sebagai rekod dunia yang dicipta olehnya di Kejohanan Dunia di Berlin, Jerman.

Tahukah anda? Usain Bolt adalah atlet lelaki pertama di dunia mencatat dua rekod Olimpik secara berturut-turut seterusnya atlet pertama yang memenangi pingat emas 100m sebanyak dua kali selepas Carl Lewis pada Olimpik 1984 dan Olimpik 1988. Untuk ketahui lebih lanjut, jom kita lihat video tentang fakta ringkas budak petir ini.

Nuffnang - Interface Baru Diperkenalkan

"Complete Your Blogging Experience"

Kini nuffnang telah menaik tarafkan webnya dengan paparan baru yang lebih segar dan mesra pengguna. Bermula dari tahun 2007 sehingga kini, nuffnang sentiasa memenuhi kehendak pengguna especially bloggers. Apa pandangan korang semua?


Merdeka Video Challenge - RM10,000 Untuk Pemenang


TERKINI : Atas permintaan yang kian meningkat, pihak penganjur, KLPOS dan JASA telah memutuskan untuk mengubah TARIKH PENYERTAAN PESERTA SEHINGGA 20 OGOS 2012. Tarikh asal tempoh penyertaan pada 10 Ogos 2012.

Admin dah cuba, korang bila lagi? Pihak penganjur akan menghubungi bakal pemenang  pertandingan ini pada 5 September 2012. Hantar simple-simple je, pakai handphone pun boleh. Mana tau 10 ribu jadi duit raya tambahan untuk anak buah dan saudara mara.


Saturday, August 4, 2012

Cintakan Al-Quran, Kubur Bercahaya Hingga Ke Langit

Muhasabah...


Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan bisa menitis air mata. 

Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.

Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu. 

Keesokannya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu. Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.

Semangat Tikus Belanda Sempena Olimpik!

Comel Comel....

Friday, August 3, 2012

Keyword Paling Popular Bulan Ini!!

Google Insight...

Salah satu tips untuk menarik pengunjung ke blog adalah mencipta satu artikel dari keyword paling popular. Carian di enjin Google Malaysia mencatatkan kenaikan keyword Olympic 2012, Olympic games 2012, Olympic London 2012 dan London 2012 sepanjang temasya ini berlangsung pada 27 Julai hingga 12 Ogos 2012. 

Cuma disini tertanya-tanya adakah ramai pengguna internet yang mencari sumber berita tentang muslim Rohingya, krisis muslim di Syria yang sedang berperang demi mematahkan kekejaman rejim Bashar al-Assad dan tak lupe juga kita berada dalam bulan Ramadan Kareem, apakah carian anda paling utama?  Sekian...


iPhone 5 Palsu Seakan Betul Dicipta!!

Apple Maniac..

Memang tidak akan habis rumours iPhone 5 baru, dah ramai pro-designer yang juga kipas-susah-mati di seluruh dunia mereka pelbagai bentuk konsep untuk iPhone 5. Dan ni antara reka bentuk paling sempurna untuk konsep iPhone 5. Pengguna Flikr, Martin Hajek berjaya mencipta kontroversi di blog-blog gadget sampai ada di antaranya tertipu dengan kesempurnaan design tersebut. Apa kata kita usha dulu gambar tu. Apa kata anda sebagai peminat gadget Apple? Cool...

Evolusi Facebook Sehingga Kini

Jangan Lupe Like Page Kami...

Akaun facebook hari ini dianggarkan memliki 955 juta pengguna aktif di seluruh dunia. Berbanding dengan twitter, ia memiliki 127 juta akaun pengguna aktif. Tapi tahukah anda, 83 juta dari 955 juta akaun facebook adalah palsu. Sesetengah pengguna mungkin memiliki sehingga 3 akaun untuk tujuan tertentu. Motif?? Boleh share di sini pendapat korang?

2005

Paparan facebook sebelum ia mula popular.

Thursday, August 2, 2012

Ibu Pejabat Baru Google Di London

Sibling Rivalry...

Bila bercakap pasal pejabat Google, korang dah boleh agak kan gambaran suasananya. Inilah pejabat baru Google di Covent Garden, London. Suasana indoor dengan outdoor penuh dengan warna-warni yang menceriakan pekerja mereka. Fasiliti yang serba lengkap seakan berada di rumah, tak mustahil  ia merupakan antara tempat mencari pekerjaan paling dikehendaki di dunia. 

Baru-baru ni juga, Google telah membeli syarikat pengiklanan Wildfire Interactive. Tapi tahukah anda secara kebetulan, Arielle Zuckerberg bekerja sebagai Pengurus Produk di syarikat tersebut dimana Wildfire Interactive menyediakan pengiklanan di laman-laman online seperti Facebook milik abangnya, Mark Zuckerberg.  Google+ vs Facebook = Arielle vs Mark. 

Wednesday, August 1, 2012

Batpod Sebenar Dibina Di Vietnam

Viral...

Tempoh hari kami paparkan 'Kos Sebenar Menjadi Seorang Batman'. Kos Batpod dianggarkan bernilai $1.5 juta kalau korang ingat. Kali ni kipas-susah-mati dari Vietnam telah membina replika Batpod dari bahan terpakai. Mungkin ada kekurangannya dari segi aspek keselamatan sebab tak siap 100% lagi. Tapi tak kisah la kalau awek sesama berpandangan tengok motor abang lawa lain dari yang lain. Hehe, jom tengok video macam mane replika batpod ni berfungsi. Engineering is AWESOME.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...