Sunday, July 29, 2012

Google Fiber: 1000 Mpbs Menjadi Taruhan

Evolusi...


Trend baru Internet bermula apabila Google Fiber diperkenalkan oleh Google baru-baru ini. Google Fiber diperkenalkan dengan kelajuan internet yang 100 kali lebih cepat daripada apa yang kebanyakan rakyat Amerika ada hari ini. Pada video di bawah, kita boleh lihat evolusi Internet dengan cinematography yang agak comel dalam iklan ni. Kita boleh tengok kan macam mana iklan yang kreatif boleh mempengaruhi seseorang tu. Em..kalo tak salah, Maxis ada pelan HSBB 30 Mpbs iaitu speed Internet paling tinggi kat Malaysia setakat ni.

Tips Untuk Uruskan Percintaan Jarak Jauh

Percaya...

Apabila berada berjauhan dengan pasangan, anda pasti selalu teringat dengan pasangan anda kan? Apa yang si dia buat? Si dia keluar dengan siapa? Macam mana kesihatan si dia? Berbagai persoalan bermain di kepala. Elemen yang paling penting sekali adalah kepercayaan. Tak kira laki atau perempuan mesti mempunyai elemen ni dalam percintaan. Mungkin tips dibawah mungkin boleh membantu anda serba sedikit.


Saturday, July 28, 2012

Kos Sebenar Menjadi Seorang Batman

Betul Atau Tidak....

Apa yang pasti, Bruce Wayne tidak meminjam Along untuk menjadi superhero. 

Video Lulz Minggu Ini

Weird...

Put him on America's Got Talent please...hehe. Khas untuk peminat techno di Alam Malaya. Kalah Jalil Hamid. Pok pok pok


Ibu Pejabat Twitter Baru di San Francisco

Deko Deko...

Tempoh hari operasi twitter terganggu berpunca daripada masalah kerosakan pusat data. Ramai yang gagal mendapatkan info terkini daripada rakan-rakan, selebriti dan atlet Sukan Olimpik London baru-baru ni. Bila twitter down, baru nak cari facebook. Apa kata anda bila pejabat twitter dibandingkan dengan pejabat Google yang pernah kami paparkan dulu? 

Lagu Tema Hari Kebangsaan Kali Ke-55 tahun 2012

Apa Kata Anda?

Sempena kedatangan bulan kemerdekaan tak lama lagi, terciptalah lagu tema yang bertajuk 'Janji Ditepati'. Lupakan seketika logo yang agak LOL ni, mari berdiri nyanyi bersama. Pastikan anda tidak terbawa-bawa sampai mengigau ok...hehe. 


Friday, July 27, 2012

Iklan Hari Kemerdekaan Yang Comel

Klasik..

Salah satu iklan favourite masa bulan sambutan kemerdekaan. Lagi sebulan kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke-55. Jarang dah sekarang ni kita dapat tengok iklan yang ade maksud tersirat dan bermanfaat. Serius kreatif...

Sebab Adanya Malam Al-Qadar

            Pernahkah korang semua impikan untuk merasa bagaimana indahnya malam yang lebih baik dari seribu bulan? Just imagine bila korang semua tiba-tiba merasa suasana yang indah dan aman di malam hari hingga terbitnya fajar, apa yang korang lakukan? Cuba korang perhatikan dan selami 10 hari terakhir bulan Ramadhan tak lama lagi. 

         Saya menulis ni bukanlah untuk berceramah kerana saya sendiri bukanlah baik sangat tapi sebagai ingatan kepada team AWESOME. Korang yang tengah dok berbuka, bersahur ataupun yang baru balik dari terawih sambil blogwalking, pernah tak korang terfikir napa adanya malam al-Qadar untuk umat Nabi Muhammad? 


Koleksi Minuman Ringan Era 80 - 90an

Klasik...

Sedikit info. Pepsi dan Coca-Cola adalah antara syarikat gergasi yang memasarkan produk mereka ke lebih 200 negara. Coca-Cola mula diperkenalkan pada tahun 1886 manakala Pepsi mula diperkenalkan pada 1898 dan kedua-dua produk minuman ni berasal dari Amerika Syarikat.

Thursday, July 26, 2012

Topeng Konsep Yang Awesome AIRE

Serius Konsep...

Mulai hari ini, korang jangan lagi mensia-siakan nafas yang dihembuskan, manfaatkanlah nafas korang untuk charge bateri henfon atau tablet. Smartphone hari ni canggih-canggih tapi bateri cepat abis ye dak. Ala-ala topeng Bane dalam Dark Knight Rises kan. Jadi, apakah keistimewaan produk konsep ini?


Keajaiban Air Zam-Zam Yang Perlu Kita Tahu!!

Mesti Tahu...


Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali.

Seorang pengkaji diperintahkan oleh Raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir.

Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta orang.

Siti Saleha Cantik Berbaju Raya + Biodata

(15 Gambar)


Nama Komersial :  Siti Saleha

Nama Sebenar: Siti Saleha Binti Mohd Bahrum

Tarikh Lahir : 14 Mac 1990

Tinggi: 165 cm

Tempat Tinggal : Kuala Lumpur 

Lakonan :  Habil & Qabil, Ustaz Amirul, SyugaMu Ramadan, Bersalji Di Kuala Lumpur, Mistik Alam Hitam, Pencinta (2013)

Wednesday, July 25, 2012

Kolej Paling Awesome Di Dunia!! (19 Gambar)

Serius Cool...

Terletak di Orestad, sebuah daerah di Copenhagen, Denmark, terletaknya bangunan yang meraih pelbagai  anugerah iaitu Tietgen Student Hall (Tietgenkollegiet), kolej yang bagi admin sangat cool seni reka bentuk dan kejuruteraanya. Bangunan itu telah siap pada tahun 2006 dan direka oleh Firma Lundgaard & Tranberg. Struktur 7 tingkat itu mengandungi 360 bilik yang terdiri daripada jumlah keluasan 26.8 meter persegi. Reka bentuknya yang bulat dan urban serta persekitaran yang selesa dan canggih, confirm pelajar-pelajar di situ aman damai mengulangkaji pelajaran mereka. Kampus UiTM baru mungkin boleh begini?

Bagaimana Melihat Website Dalam Paparan 3D

Anda Bosan?

Paparan Facebook AWESOME dalam bentuk 3D. Kalau nak cuba, buka apa-apa website dengan Mozilla Firefox, kemudian right click dan pilih Inspect Element ataupun cuba Ctrl+Shift+I. Lepas tu klik pada 3D View. Tapi ingat, Mozilla Firefox 11 ke atas saje yang boleh. Sekarang korang boleh 'Suka Suka Hati' buat wallpaper atau saje simpan sebagai screenshot.  Mode ni berguna untuk web developer walaupun admin tak nampak apakah kegunaanya.

Klik Untuk Tumbesaran
P.S: Saje 'bold' kan ungkapan 'Suka Suka Hati' sebab tertarik dengan Chef Ammar El-Ali dalam rancangan Hidangan Barakah kat TV Al-Hijrah. Hehe...

Sumber: addictivetips

Gol Cantik Azmi Muslim (ARSENAL Tour 2012)

Wonder Strike

Gol yang dilepaskan oleh penjaga gol Arsenal, Vito Mannone. Malaysia XI dan Azmi Muslim syabas kerana berjaya tunjuk kegarangan HARIMAU MALAYA menyebabkan Arsenal FC hampir tumbang.

Tuesday, July 24, 2012

Giler! Melantak 1000 Keping Keju 1050 Keping Bacon

Man Vs Food (10 Gambar)

Rasa-rasa korang mampu makan burger menggunung macam ni? Ini hanya terdapat di Burger King Jepun. 1000 keping keju dianggarkan mengandungi 45,661 kalori. Ini sangat monstrous bagi manusia biasa untuk telan semua ni. Bukan burger keju saje dia sental, dia penah cuba memakan 1050 keping bacon juga disediakan khas oleh Burger King. Banyak-banyak mengucap la sebelum makan banyak ni terutamanya bila berbuka puasa masa bulan Ramadan ni ye dak.  ツ


Monday, July 23, 2012

Printer Kompak Yang Comel

Comel...

Memandangkan teknologi kini yang makin berkembang, saya rasa ramai pengguna atau blogger banyak mendapatkan info terbaru melaui RSS Feed atau News Ticker. Hah..bagi yang belum subscribe RSS Blog Awesome, sila berbuat demikian . Ok..Hehe. Ni ada satu gadget yang agak memikat hati, Little Printer yang boleh mencetak pada bila-bila masa. Ia merupakan sebuah printer kecil khusus untuk mencetak info yang dibaca dari News Ticker. Agak menarik kerana ia boleh dikawal secara 'Cloud Computing' atau kata lain melalui web. Nak kene beli satu ni untuk cetak artikel-artikel dari ohislam atau iluvislam. AWESOME..

3D Tablet Permainan Pertama Tanpa Cermin Mata

Canggih..

WikiPad merupakan tablet pertama hadir dengan paparan 3D tanpa menggunakan cermin mata dengan sokongan paparan skrin seluas 8 inci beresolusi 1920X1080 pixels. Selain berupaya memaparkan imej atau video berkualiti 3D, ia juga mampu memaikan imej atau video 2D tanpa masalah. Paling menarik, ia dioperasikan oleh OS Android 4.0 Ice Cream Sandwich. Mungkin agak old school kerana tidak dioperasikan oleh Android 4.1 Jelly Bean tapi mampu menggugat PSP dipasaran. Dengan memori dalaman sebesar 8GB dan boleh dipertingkatkan dengan sokongan slot microSD mencecah sehingga 64GB.

Menangi Tiket Filem The Expandables 2

Tayangan 15 Ogos 2012


Sylvester Stallone dengan geng akan meletupkan panggung anda pada bulan Ogos ini di GSC Tropicana City Mall. Sebanyak 30 tiket The Expandables 2: Back For War boleh dimenangi oleh peserta yang bertuah dan mempunyai slogan paling kreatif. Korang hanya isi form dan hadiah menarik bakal menyinggah di rumah pemenang. Senang kan...

Cara Bermain Piano Dengan Kreatif

Bijak ke tidak?


5 orang dan sebuah piano. Lagu  'What Makes You Beautiful' oleh One Direction telah dimainkan semula oleh ThePianoGuys. Ala-ala Walk Off The Earth jugak, 5 orang dan sebuah gitar. Tapi yang mane korang rase paling kreatif dan AWESOME ?

Saturday, July 21, 2012

Bagaimana Penduduk Mekah Mula Berbuka Puasa?

Sejarah..


Dalam tempoh 50 tahun yang lalu, penduduk Mekah tidak kira tua atau muda akan mendengari tembakan meriam sebagai tanda untuk berbuka puasa atau memulakan puasa pada setiap hari. Meriam tersebut terletak di Jabal Al-Mifda yang dinamakan oleh penduduk Makkah sendiri. Semua ini sebelum kemunculan pembesar suara dan bekalan elektrik di luar kawasan tumpuan. Agak unik jika dibandingkan di Malaysia, atuk nenek kita dahulu bersahur dan berbuka puasa bila bunyi beduk atau kerantung dipalu.

Panduan Sembahyang Sunat Tarawih

Bagi Yang Lupa..

8 Jam Sinopsis Streaming

Layan..

Friday, July 20, 2012

Pencakar Langit Absolute World Tertinggi Di Amerika Utara

Modernism

Digelar sebagai bangunan 'Marilyn Monroe' oleh penduduk setempat. Menara Abosolute World di Mississauga, Ontario baru-baru ini ia dianugerahkan sebagai ‘Best Tall Building in the Americas for 2012‘ oleh  CTBUH (Council on Tall Buildings and Urban Habitat). Pencakar langit tersebut dibina untuk memenuhi demand penempatan mewah dan mencipta identiti baru untuk penduduk Mississauga. Kagum bila melihat bagaimana rekabentuk dan kejuruteraan mampu mencipta menara berkembar twist 209 darjah yang agak kompleks dan unik.

Thursday, July 19, 2012

Video Muzik Pilihan Sempena Ramadhan 2012

Excited...


Sabtu ni seluruh umat Islam akan mula berpuasa. Eloklah sekiranya kami minta maaf jika ada salah dan silap sepanjang kami berblogging. Kami juga mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua follower dan pembaca Blog Awesome. Moga Ramadhan kali ini memberi 1001 makna buat anda dan keluarga. Ok, jom dengar video YouTube pilihan kami.

Desktop Seorang Geek (18 Gambar)

Menggila...

Awesome. Tu je yang mampu diucapkan oleh saya. Buat assignment sangat meletihkan mata pakai lappy. Cuba sambar satu or setup sendiri battlestation untuk kepuasan. Suatu hari nanti mungkin boleh setup rig yang beriban dengan Samsung 75" 3D Smart TV. Nice....

Koleksi Gadget Co-Founder Apple

Insane...

Kesemua koleksi ini adalah milik co-founder Apple iaitu Steve Wozniak, pengasas bersama Apple Inc dengan Steve Jobs dan Ronald Wayne. Boleh dikatakan impian para lelaki untuk memiliki charging station macam ni kat room masing-masing kan. Harap kerajaan 1Malaysia lancarkan program baru 'Satu Keluarga, Satu Gadget'. Cool beans...

Klik Gambar Untuk Tumbesaran
Sumber: Gizmodo

Batman ' The Dark Knight Rises: 3D Street Art

Street Art...


Bertempat di Madrid, street art ini dibuat sempena tayangan perdana filem yang menelan kos sebanyak RM750 juta, The Dark Knight Rises. Cool..Gotham City. Harap karya Christopher Nolan untuk trilogi Batman terakhir ni tak mengecewakan  seperti The Amazing Spiderman.

Sumber: Obviouswinner.com

Bagaimana Pakaian Seorang Peminat Laman Sosial Tegar?

Pelik ke tidak?


Ketagihan yang melampau pada laman sosial memberikan kesan negatif kepada empunya badan. Ada yang suka Facebook dan ada yang suka Twitter sebagai medium interaksi. Jika anda seorang hardcore networkers, boleh lah ke Polyvore.com untuk cuba mix n match  pakaian kesukaan anda. Khas untuk wanita sahaja ok. Have Fun.

Wednesday, July 18, 2012

Enjin Jet Rolls-Royce dari LEGO

Serius Kreatif...


Tempoh hari anda sudah lihat 'Jambatan LEGO Gergasi Di Jerman'. Kali ini LEGO menunjukkan kehebatan sekali lagi dengan membina replika enjin jet Rolls Royce Trent 1000 menggunakan brick LEGO. Sebanyak 152,455 brick LEGO digunakan bagi membina hampir 5 kaki panjang replika tersebut. Untuk pengetahuan anda, Rolls Royce Trent 1000 adalah enjin yang digunakan pada Boeing 787.

Vending Machine Di Hong Kong (8 Gambar)

Menyenangkan....

Tertinggal charger handphone memang menyusahkan semasa outstation ataupun mengembara. Kalo dekat Jepun, memang dah lama popular vending machine ni dan satu lagi di Finland yang menggunakan handphone sebagai medium transaksi utama dalam kehidupan harian. Semua ini untuk menjimatkan masa dan mudah. 

Ensiklopedia Alam Semesta Interaktif

Outrageously Cool...

Anda pernah khatam satu Ensiklopedia seumur hidup anda? Jika pernah, memang anda AWESOME.  Sains merupakan  suatu subjek yang mengujakan sejak dari kecil.  Ia membuatkan anda rasa sangat bersyukur kerana lahir sebagai hamba yang hidup di muka Bumi nan indah. Aplikasi yang dibangunkan oleh Huang Twins ini memang sangat berguna. Jadi, bebudak sekolah sekarang yang diberi kebenaran membawa telefon bimbit dan iPad mungkin akan menggunakan aplikasi ini di sekolah mereka. 

Jika Anda Seorang Peminat Permainan Video Tegar....

Special Memory...

Kenangan bermain permainan video bersama kawan-kawan sangat mengujakan. Mane taknye, even controller dah separuh rosak still boleh huhahuha main game PES. Memang buang masa ke arah tu je jika takde kerja. Kalo kipas-susah-mati game, entah berapa banyak controller rosak yang tersimpan agaknya kan. Kalo sayang nak buang controller ori yang korang beli tu, boleh la cuba macam gambar di bawah. Save  Our Earth.

Nintendo vs. SEGA (Infografik)

Evolusi...

Apa yang anda tahu pasal sejarah video game dan logo syarikat permainan video yang pernah popular pada satu ketika dulu? Nintendo sangat popular dengan Super Mario Bros dan SEGA dengan permainan video Sonic the Hedgehog. Lebih dari 100 tahun beroperasi, Nintendo merupakan antara syarikat permainan yang paling legend pernah dibangunkan. 

Tuesday, July 17, 2012

Filem Pac-Man Jika Real

Live Action Horror Film...

Kali ni Pacman pulak. Hari tu dah tengok "Dora the Explorer Movie Edisi Ganas" pada post yang lepas kan. Macam-macam idea diorang ni. Kalo anda rasa bosan pulak, sila layan game Pacman yang makin rare sekarang, bebudak zaman sekarang mane tau.  J

Jambatan LEGO Gergasi Di Jerman (6 Gambar)

Street Art..


Pada bulan Oktober tahun lepas, pelukis jalanan Martin Heuwold aka Megx dari Jerman telah menceriakan jambatan di Wuppertal, Jerman dengan struktur Lego gergasi menggunakan cat berwarna seakan warna Lego.  Serius kreatif, nampak seakan macam ilusi kan.

Tuesday, July 10, 2012

Ken Block Mengamuk Lagi

Smokin'


DC Shoes dan Ken Block kembali lagi dengan stunt senggama minda, Gymkhana FIVE: Ultimate Urban Playground di San Francisco. Tapi korang rasa video ke-5 ni lagi hebat ke dari video sebelumnya?

# The Dark Knight Rises (sneak peek)

19 July 2012


Tak sabar tunggu final trilogy Batman: The Dark Knight Rises pada 19 Julai nanti?

Jom tengok video berdurasi 13 minit termasuk interview, di sebalik tabir dan scene yang tiada pada trailer sebelum ni.

 Admin harap trilogy terakhir ni tak mengecewakan seperti Amazing Spiderman yang agak mengecewakan bagi kipas-susah-mati.

Monday, July 9, 2012

Gambar Neelofa Bertudung + Biodata

Sekarang Neelofa sedang mengerjakan umrah dan terlibat dalam penggambaran drama Kau Yang Terindah arahan Erma Fatima.

Trailer Dora the Explorer Movie Edisi Ganas

LOLLL!!!

I want Dora to be real…Dora the Destroyer
Amaran: Penonton berumur di bawah 13 tahun hendaklah diiringi ibu bapa atau penjaga.

Teman Wanita Shinji Kagawa Bintang Porno?

Gulp...

Selepas 2 tahun di Jerman bersama Borussia Dortmund, Shinji Kagawa telah menandatangani kontrak selama 4 tahun bersama Manchester United (MU). Ada yang tertanya-tanya kenapa membawa bintang antarabangsa Jepun ni ke Old Trafford. 29 gol selama dua musim di Jerman menarik perhatian pak Alex. Yang paling sensasi, teman wanita Kagawa adalah seorang pelakon porno di Jepun.


Sunday, July 8, 2012

Motor Self-Balancing RYNO Yang Canggih

Genius....

Apa yang anda akan katakan kalo duduk alone dekat stesyen bas, then datang sorang mamat sapa anda dengan " Hai, nak tumpang tak? ". Haha...pasti korang pun cukup mual bila tunggu berjam bas yang tak berapa lama lagi nak masuk muzium. Pada yang ada kereta sendiri, sila senyap. Haha...jangan buat muka serius sangat. Ok, kali ni ada sebuah motor yang agak unik dan awesome.


Serius Big: Allure of The Seas (13 Photos)

Serious Big Ship

Dalam post sebelum ni, kita dah tengok infografik pasal MS Allure of the Seas kan ? Kapal persiaran berharga $1.4 billion ini merupakan antara kapal persiaran mewah yang terbesar pernah dibina. Mungkin dah ada yang dah tahu pasal kapal ni kan. Yup…dah agak lama, ia dilancarkan pada akhir tahun 2010. Sejak layan miniseries Titanic, minat pada kapal-kapal besar agak menebal. Ada duit, try buat sebuah. Haha…Semua benda yang serius besar boleh dibina jurutera sekarang. Long Live Engine!

Mitos Malam Pertama

Info...



Mitos 1: Wanita mesti ada 'pendarahan'

Menurut kepercayaan sebahagian besar lelaki, perdarahan merupakan tanda untuk membuktikan pasangan yang dinikahinya masih lagi dara/perawan kerana ketika selaput dara pecah, wanita akan mengalami perdarahan. Namun, kenyataannya tidak semua wanita harus mengalami pendarahan untuk membuktikan keperawanannya.

Sering melakukan aktiviti sukan dan olahraga yang merenggangkan otot pinggul, kurangnya pembuluh darah di selaput dara atau cairan mazi yang banyak, merupakan faktor-faktor yang akan membuatkan wanita tidak mengalami perdarahan pada hubungan seks pertama.

Islamic Education Through Infographics

Islam is beautifully simplistic!



Sempena bulan Ramadhan yang hampir tiba, jom kita berlumba-lumba menambah ilmu dan amalan untuk bertemu dengan-Nya. Islamographic. Infografik di sini sangat menarik dan boleh dijadikan wallpaper desktop korang. Tak susah pun kan... :-) AWESOME!

FAM Tidak Akan Kemukakan Bantahan Rasmi Kepada AFC


Muktamad!


SULTAN Ahmad Shah bertitah mengesahkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak akan menghantar bantahan rasmi berhubung dakwaan Myanmar menurunkan pemain lebih umur pada pusingan kelayakan Piala Asia Bawah 22 Tahun, yang berakhir Selasa lepas di Yangon.

Sehubungan itu, Presiden FAM bertitah agar tidak mempertikaikan umur mereka kerana "semua cerita telah selesai."

"Kita tak payah mempertikaikan berapa umur mereka. FAM tidak akan menyertainya kerana semua cerita telah habis dan kita tidak akan mengambil bahagian," titah baginda di sini, malam tadi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...