Showing posts with label Trivia. Show all posts
Showing posts with label Trivia. Show all posts

Friday, September 7, 2012

Rekod Perpindahan Pemain Bola Sepak Termahal Di Dunia

Rekod...


Kelab-kelab paling berharga dan terkaya dunia seperti Manchester United, Real Madrid, Barcelona, Arsenal, Bayern Munich, AC Milan, Manchester City, Chelsea dan terbaru PSG sentiasa berlumba-lumba untuk dapatkan pemain terbaik dunia dengan membelanjakan ratusan juta wang. Tetapi adakah salah seorang dari mereka boleh menjadi pemain bola sepak terbaik dunia sepanjang masa? Berikut adalah senarai 10 pemain termahal dalam sejarah bolasepak:

Friday, May 25, 2012

Lapangan Terbang Heathrow Sesak

Crazy!!

Tak lama lagi temasya Sukan Olimpik 2012 akan diadakan di London tidak lebih dari 64 hari lagi. Sebanyak 36 acara sukan akan dipertandingkan dalam pelbagai kategori. So, atlet-atlet dan para pegawai akan berkumpul di London dan menyebabkan Lapangan Terbang Heathrow sesak teruk sehingga penghantaran bagasi lewat tiba pada masanya. Menunggu adalah sesuatu yang dibencikan oleh manusia terutamanya admin. True Story! Jadi, staf di lapangan terbang tersebut telah membuat latihan untuk mengatasi kesesakan yang bakal terjadi.


Sunday, May 20, 2012

Trivia Hari Ini #14 ( Edisi Liga Juara-Juara 2011/2012 )

Mesti Tahu!!

          Thomas Mueller terlebih dahulu mencetak goal sebelum Didier Drogba menyamakan kedudukan sebelum wisel penamat. DHF Chelsea mula panas punggung bila penalti diberikan kepada Arjen Robben. Thanks to Petr Cech yang berjaya menyelamatkan keadaan. Dalam babak penalti yang mendebarkan, tiga pemain Bayern Munchen berjaya menjaringkan gol iaitu Philip Lahm, Mario Gomez dan Manuel Neuer manakala Ivica Olic dan Bastian Schweinsteiger gagal menewaskan Petr Cech. 
           
           Manakala empat pemain Chelsea yang berjaya menewaskan penjaga gol Bayern, Manuel Neuer ialah David Luiz, Frank Lampard, Ashley Cole dan Didier Drogba, sementara Juan Mata gagal. Mereka telah buktikan mereka bukan “bangang abadi”. Apa-apa pun, Bavarians telah mempamerkan corak permainan ‘World Class’. 

Monday, April 16, 2012

Titanic 100th Anniversary

Titanic sank in the North Atlantic on 15 April 1912!!

Thursday, December 30, 2010

Trivia Hari Ini #12 ( Edisi Piala Suzuki AFF 2010 )

 Piala Suzuki AFF 2010

  • Malaysia mencipta sejarah apabila memenangi  Piala Suzuki AFF 20101996 (Piala Tiger).  buat kali pertama sejak kejohanan itu pertama kali dianjurkan pada
  • Indonesia tidak pernah bergelar juara tetapi telah 4 kali menjadi naib juara.
  • Pemain terbaik kejohanan dianugerahkan kepada kapten pasukan Indonesia, Firman Utina.

Thursday, December 16, 2010

Trivia Hari Ini #11


        Assalamualaikum...saya harap korang berada dalam keadaan sihat-sihat belaka. Adakah korang tahu hari ini 16 Disember 2010 bersamaan dengan 10 Muharram 1432 adalah Hari Asyura ? Antara kelebihan pada Hari Asyura adalah diampunkan dosa setahun yang lalu bagi orang yang berpuasa pada hari ini (sunat yang sangat dituntut).

       Buat pengetahuan korang semua juga, berpuasa sebulan dalam bulan Muharram juga adalah sunat. Pada 10 Muharam juga terdapat beberapa peristiwa yang yang direkodkan dalam sejarah Islam:

Friday, December 3, 2010

Trivia Hari Ini #10

  • Kucing mampu mendengar ultrabunyi. 
  • Bumi dianggarkan mempunyai berat sebanyak 6,000,000,000,000,000,000,000,000 kilogram. 
  • Ada 86,400 saat dalam sehari. 
  • Jika anda tangan kanan, anda akan cenderung mengunyah makanan di sebelah kanan. Jika anda kidal, anda akan cenderung untuk mengunyah makanan di sebelah kiri. 
  • Perempuan berkelip hampir dua kali lebih banyak lelaki. 
  • Satu perempat tulang di tubuh manusia adalah di kaki. 
  • Secara umumnya, jantung seorang lelaki berdegup lebih lambat dari perempuan. 
  • Jantung manusia berdegup lebih dari 100,000 sehari.

    P.S : Kalau jatuh cinta pandang pertama, agak2 jantung lelaki @ perempuan yang berdegup laju?

    Wednesday, November 24, 2010

    Trivia Hari Ini #9


    • Satu-satunya mamalia yang tidak dapat melompat ialah gajah. 
    • Symbolics.com ialah domain internet pertama didaftarkan iaitu pada 1985. 
    • Kucing mempunyai lebih dari dari 100 ton suara manakala anjing hanya mempunyai 10 sahaja. 
    • Mata manusia dapat mengesan 10 juta ton warna. 
    • Seekor siput boleh tidur untuk tiga tahun.
    • Menari secara sederhana dapat membakar antara 250 ke 300 kalori sejam. 
    • Terdapat lebih piramid di Peru daripada di Mesir, contohnya piramid Inca. 
    • Haiwan peliharaan yang paling popular di Amerika Syarikat ialah kucing. 
    • Perkataan "Checkmate" dalam permainan chess asalnya dari frasa Parsi "Shah Mat," yang bermaksud "raja (shah) mati (mat)." 
    • Kupu-kupu menghidu dengan kaki mereka. 
    • Bayi menghabiskan lebih banyak masa bermimpi daripada orang dewasa. 
    • Panjang ibu jari dan hidung anda sama. Cuba la try…he3. AWESOME….

    Tuesday, November 23, 2010

    Trivia Hari Ini #8

    Fakta Tentang Haiwan

    • Flutterby ialah nama asal untuk kupu-kupu (butterfly).
    • Seekor obor-obor mengandungi 95 % air.
    • Burung hantu ialah satu-satunya burung yang boleh memutarkan kepalanya sebanyak 270 darjah.
    • Seekor lembu boleh menghasilkan hampir 200,000 gelas susu dalam hayatnya.
    • Semua gigi gajah boleh seberat 4082 gram @ 4kg.
    • Seekor harimau kumbang tidak mengaum seperti seekor singa; sebaliknya ia berbunyi seperti kucing.
    • Seekor harimau kumbang dapat berjalan 76 kilometer sejam.
    • Setiap ekor kuda belang tidak mempunyai corak jalur belang yang sama. 
    • Terdapat lebih daripada 50 berlainan spesis kanggaru di seluruh dunia.
    • Seekor rama-rama mempunyai 6 kaki, 2 pasang sayap dan mempunyai 12,000 mata.
    • Jerung sebenarnya tidak boleh melihat tetapi sangat sensitif pada bunyi.
    • Semut tidak tidur.

    Thursday, October 28, 2010

    Trivia Hari Ini #7

    R.I.P

    Salam kepada pembaca AWESOME semua. Beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan berita kematian si sotong bernama Paul. Di sini ada beberapa fakta tentang si Paul ni yang mungkin kita tidak tahu.
    1. Berasal dari Weymouth, UK.
    • Walaupun tinggal di Oberhausen, Jerman, Paul sebenarnya lahir di Weymouth pada tahun 2006.
       2. Paling dikehendaki 'Wanted'
    • Chef di Argentina, Nicolas Bedorrou berang selepas Paul betul meramalkan pasukannya akan kalah pada pusingan suku-akhir dengan Jerman dengan mengugut akan merebusnya dalam didihan air.
       3. Tumpuan berita.
    • Ramalan-ramalan Paul telah menaikkan populariti saluran berita Jerman iaitu NTV dengan sentiasa ada 2 orang wartawan terletak bersebelahan tangkinya untuk menyampaikan berita terkini.
       4. Selebriti terkenal di Oberhausen, Jerman
    • Paul telah memperkenalkan bandar kecil Jerman pada peta dunia.
       5. Sensasi di Twitter dan Facebook

    Friday, October 22, 2010

    Trivia Hari Ini #6

    1. Gula tidak mempunyai lemak dan 100% adalah semula jadi.
    2. Pada tahun 2001, ahli saintis telah menemui gula dalam angkasa lepas. 
    3. Gula ialah satu daripada ramuan yang tertua. 
    4. Gula ialah satu sumber penting karbohidrat di mana ia sumber tenaga utama pada badan manusia.
    5.  Pada tahun 1493, Christopher Columbus membawa batang tebu untuk dibesarkan di kepulauan Caribbean. 
    6. Batang tebu boleh mencapai 30 kaki tinggi. 
    7. Hampir semua masakan di dunia ini mengunakan gula sebagai perasa tambahan.

    Sunday, September 26, 2010

    Trivia Hari Ini #5

    • Getah gelang tahan lebih lama apabila disejukkan.
    • Kacang tanah ialah satu daripada bahan untuk membuat bahan letupan. 
    • Jerung ialah satu-satunya ikan yang boleh mengerdip kedua-dua matanya.
    • Terdapat lebih banyak bilangan ayam daripada manusia di dunia ini.
    • Badam berasal daripada spesis buah pic.
    • Seekor kucing mempunyai 32 otot dalam setiap telinga.
    • Seekor ikan emas mempunyai memori ingatan selama 3 saat sahaja. 
    • Seekor pepatung mempunyai jangka hayat selama 24 jam sahaja.
    • Sangat mustahil untuk korang bersin dengan mata terbuka.
    • Sotong gergasi "giant squid" mempunyai mata terbesar di dunia.
    • Terdapat 336 lekuk pada permukaan bola golf.

    Thursday, September 16, 2010

    Trivia Hari Ini #4

    Hari Malaysia

    • Persekutuan yang baru di bawah nama Malaysia diwujudkan pada 16 September 1963.
    • Hari Malaysia menandakan peringatan penubuhan Persekutuan Malaysia apabila Sabah dan Sarawak telah menyertai Malaysia pada 1963.
    • Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar mulai tahun 2010.
    • Hari Malaysia akan disambut pada 16 September setiap tahun dan merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.
    • Sabah akan menjadi tuan rumah Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan yang pertama dalam sejarah.
    • 16 September juga adalah tarikh sebenar kemerdekaan bagi seluruh Malaysia kerana tarikh ini menjadi peringatan bahawa Sabah dan Sarawak bebas dari jajahan British dan menjadi sebahagian dari Malaysia.
    P.S : Selamat Bercuti.~.~.~

    Monday, September 6, 2010

    Trivia Hari Ini #3

    Make sure baca sampai abis tau!!!

    • Setiap raja dalam satu dek "poker" mewakili seorang raja besar dalam sejarah dunia: 
    1. Spades - King David  
    2. Hearts - Charlemagne 
    3. Clubs -Alexander, the Great 
    4. Diamonds - Julius Caesar
    • Seekor tikus boleh hidup lebih lama tanpa air daripada seekor unta.
    • Titik di atas huruf "i" dipanggil tittle.
    • Mengunyah gula getah ketika sedang mengupas bawang dapat mengelakkan mata berair
    • Bom pertama yang dijatuhkan oleh pihak tentera bersekutu di Berlin dalam Perang Dunia Kedua hanya dapat membunuh seekor gajah  di dalam Zoo Berlin.

    Saturday, September 4, 2010

    Trivia Hari Ini #2

    Apakah negara yang mempunyai 
    kepadatan penduduk yang terbesar di dunia?
    CHINA
    • Negara China mempunyai anggaran hampir 1.3 bilion penduduk  sehingga 3 September 2010.
    • Hampir satu daripada setiap lima penduduk di Bumi ialah Cina.
    • Sehingga 3 September 2010 juga, Amerika Syarikat ialah negara ke-3 yang mempunyai kepadatan penduduk paling ramai iaitu hampir sebanyak 315 juta penduduk.
    • China dan Amerika Syarikat diliputi luas kawasan tanah yang hampir sama. ( 9.83 juta km2 )
    • Bolehkah anda bayangkan 1 bilion penduduk? Cara termudah untuk membayangkannya adalah  1 billion saat itu adalah sama dengan 31.7 tahun. AWESOME kan….
    • People ' Republic of China melaksanakan dasar satu famili satu zuriat pada 1979 untuk mengawal kepadatan penduduk yang semakin ramai dengan tahap kemiskinan yang tinggi.
    PS : Tanah air kita, Malaysia merupakan negara ke-44 yang mempunyai kepadatan penduduk yang terbesar di dunia. (Anggaran = 28 juta penduduk ). Merdeka..!!!


    Friday, September 3, 2010

    Trivia Hari Ini #1





    • Kupu-kupu merasa dengan kaki, dan bukan dengan sesungut.

    • Gajah ialah satu-satunya binatang yang tidak dapat melompat.

    • Purata hanya seorang sahaja dalam 2 bilion, akan hidup selepas umur 116 atau lebih. Kita kan umat yang mempunyai umur yang pendek. Lihat entri ni juga >>> Klik

    • Wanita mengelip mata hampir dua kali ganda banyak daripada lelaki.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...