Saturday, May 5, 2012

Super Spontan: Beruang Comel Tewas Lagi, Cat Farish Disingkir



KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer terkenal, Cat Farish menjadi mangsa keempat penyingkiran program Super Spontan setelah dia disingkirkan oleh rakan-rakan sepasukannya akibat kekalahan Beruang Comel pada minggu lalu.

Penyingkiran tersebut diumumkan oleh hos Super Spontan, Adibah Noor dan dengan penyingkiran Cat Farish, Beruang Comel kini hanya tinggal lima ahli untuk meneruskan cabaran di Super Spontan, seimbang dengan pihak lawan mereka iaitu Angsa Ganas.

Nasib Beruang Comel terus malang apabila mereka tewas buat kali kedua berturut-turut minggu ini dan ini bermakna mereka sekali lagi terpaksa memilih di kalangan ahli yang tinggal iaitu Bell Ngasri, Sathiya, Johan, Ropie dan Yasmin Hani untuk disingkirkan.

Manakala Angsa Ganas yang menang pula berjaya memenangi wang tunai RM5000 yang diserahkan kepada Persatuan Orang-Orang Pekak Kuala Lumpur.

Angsa Ganas pada minggu ini terpaksa beraksi dengan empat orang ahli sahaja kerana salah seorang anggota kumpulan mereka, Zizan tidak dapat beraksi kerana masih belum pulih dari penyakit radang otot yang menimpanya minggu lalu. Seperti biasa, 5 sketsa dipertandingkan pada minggu ini bermula dengan Soal Menyoal dan peserta harus berinteraksi dengan menjawab soalan dengan soalan.

Sketsa kedua pula ialah Sketsa Berabjad di mana tiga orang dari setiap kumpulan akan diberikan satu situasi dan mereka harus memulakan ayat mengikut susunan abjad. Duduk, Bongkok dan Berdiri adalah permainan ketiga dan kelihatan paling mencabar di mana tiga orang dari setiap kumpulan akan diberikan satu situasi dan seorang dari mereka harus duduk, seorang membongkokan diri dan seorang lagi berdiri. Mereka boleh berubah-ubah posisi namun keadaan setiap seorang dari mereka harus mempunyai posisi berbeza.

Pusingan keempat ialah Pemberita Berkepala Tiga di mana tiga peserta akan membacakan berita secara bergilir-gilir nama hanya dibenarkan menyebut sepatah perkataan sahaja setiap seorang.

Sketsa terakhir ialah Terteruk Di Dunia dan Di Ladang di mana mereka harus menggayakan profesion yang diberikan oleh hos Adibah Noor dalam keadaan paling teruk mereka fikirkan.

Super Spontan minggu keenam telah bersiaran secara langsung dari Studio Finas, Hulu Klang dan disiarkan di Astro Warna (saluran 132). Istimewa untuk malam ini, semua pelanggan Astro dapat menonton Super Spontan meskipun mereka tidak melanggan pakej Mustika. Pengulas untuk program ini ialah kumpulan Boboi dan Amir Raja Lawak.



Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 Komen Yang Awesome:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda kawan-kawan.
Maaf kalau tak sempat balas komen-komen korang semua.
Kunjungan anda akan dibalas oleh saya :-)

Jangan lupe like page kami di facebook. Awesome Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...