Sunday, May 20, 2012

Trivia Hari Ini #14 ( Edisi Liga Juara-Juara 2011/2012 )

Mesti Tahu!!

          Thomas Mueller terlebih dahulu mencetak goal sebelum Didier Drogba menyamakan kedudukan sebelum wisel penamat. DHF Chelsea mula panas punggung bila penalti diberikan kepada Arjen Robben. Thanks to Petr Cech yang berjaya menyelamatkan keadaan. Dalam babak penalti yang mendebarkan, tiga pemain Bayern Munchen berjaya menjaringkan gol iaitu Philip Lahm, Mario Gomez dan Manuel Neuer manakala Ivica Olic dan Bastian Schweinsteiger gagal menewaskan Petr Cech. 
           
           Manakala empat pemain Chelsea yang berjaya menewaskan penjaga gol Bayern, Manuel Neuer ialah David Luiz, Frank Lampard, Ashley Cole dan Didier Drogba, sementara Juan Mata gagal. Mereka telah buktikan mereka bukan “bangang abadi”. Apa-apa pun, Bavarians telah mempamerkan corak permainan ‘World Class’. 
 
10 Fakta Mengenai Sepanjang Perlawanan Liga Juara-Juara 2011/12: 
  • Lionel Messi menjadi penjaring terbanyak kempen sebanyak 14 gol diikuti oleh striker tinggi lampai iaitu Mario Gomez sebanyak 12 gol dan diikuti oleh Cristiano Ronaldo, 10 gol. 
  •  Chelsea menjadi pasukan kedua untuk memenangi Liga UEFA Juara-Juara dan Piala FA pada musim yang sama seperti Manchester United 1998/99. 
  • Inter Milan menjadi kelab terakhir memenangi trofi Liga Juara-Juara di tempat sendiri pada musim 1964/65. 
  • Bayern Munich menjadi pasukan ketiga yang tewas dalam tiga perlawanan akhir dalam masa 1992-2012 selepas AC Milan dan Juventus. 
  • Arjen Robben bukanlah satu-satunya pemain yang menentang terhadap bekas kelabnya dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara. Sebelum beliau, Michael Ballack, Claudio Pizarro, Brian Laudrup, Erland Johnsen, dan Mark Hughes. 
  • Roberto Di Matteo menjadi jurulatih Itali ke-10 yang berjaya memenangi Liga Juara-Juara. Roberto 
  • Di Matteo juga jurulatih Itali pertama yang memenangi Liga Juara-Juara dengan kelab di luar Itali. 
  • Didier Drogba menjadi pemain ketiga Afrika yang menjaringkan gol dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara selepas Rabah Madjer (Porto 1987) dan Samuel Eto'o (Barcelona 2006, 2009). 
  • Arjen Robben dan Lionel Messi gagal menyempurnakan penalti untuk menwaskan Peter Cech (Chelsea) pada Liga Juara-Juara musim 2011/12. 
  • Untuk rekod, Bayern Munich mempunyai lapan penampilan di final Liga Juara-Juara dan memenanginya sebanyak empat kali, manakala Chelsea dua kali di final apabila kalah bertemu Manchester United di final Liga Juara-Juara pada tahun 2008 (Moscow) dan menang pada edisi 2011/2012.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 Komen Yang Awesome:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda kawan-kawan.
Maaf kalau tak sempat balas komen-komen korang semua.
Kunjungan anda akan dibalas oleh saya :-)

Jangan lupe like page kami di facebook. Awesome Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...