Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Friday, July 18, 2014

Pesawat MH17 Terhempas di Ukraine


Sebuah pesawat penumpang Boeing 777 MAS MH17 dengan penumpang seramai 295 orang kebanyakkannya pelajar Malaysia telah ditembak jatuh di Ukraine.

Berita yang sangat sukar dihadam khususnya bagi ahli keluarga para penumpang, krew, syarikat dan seluruh rakyat MALAYSIA.

Tahukah anda, beberapa jam sebelum MH17 ditembak jatuh, ada sebuah pesawat milik Ukraine telah ditembak jatuh hanya sekitar beberapa puluh kilometer dari lokasi MH17 ditembak jatuh.

AL-FATIHAH buat semua penumpang yang terbunuh.


Tuesday, March 11, 2014

Penumpang Pasport Curi Disahkan Warga Iran



Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. mengesahkan seorang daripada penumpang yang menaiki pesawat MH370 dengan menggunakan pasport palsu adalah warga Iran yang bercadang untuk berhijrah ke Jerman.

Identiti lelaki itu dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19 tahun.

Pouria Nour menggunakan pasport Austria milik Christian Kozel yang disahkan dicuri di Phuket, Thailand.
Pengumuman Khalid ini selari dengan penemuan siasatan polis di Thailand yang mendapati dua penumpang MH370 dengan pasport curi itu mungkin pelarian yang mencari suaka.

Ia berdasarkan kepada tempahan tiket harga paling murah dan laluan transit di Beijing dan Amsterdam sebelum menuju destinasi akhir. Seorang penumpang menempah destinasi akhir ke Copenhagen, Denmark manakala seorang lagi ke Frankfurt, Jerman.

Mereka dibantu oleh dua warga Iran yang menguruskan tempahan tiket daripada sebuah agensi pelancongan yang sudah dilanggani oleh orang tengah itu sejak tiga tahun lalu.



Sunday, February 16, 2014

Pemain Bola Ditetak Mati



Mangsa yang cedera parah diberikan rawatan awal sebelum dibawa ke HRPB dan disahkan meninggal dunia di hospital itu:-

IPOH – Seorang pemain bola sepak kelab tempatan maut ditetak sekumpulan tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang selepas keluar dari sebuah bank di Jalan Sultan Yusuff berhampiran Ipoh Padang, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi itu, T Eswaran, 27, menaiki Proton Waja bersama tiga rakannya dan berhenti berhampiran lampu isyarat di depan bank berkenaan untuk ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Bagaimanapun, selepas keluar dari ATM dan sebaik sahaja mangsa hendak memasuki kereta di bahagian penumpang depan, dia dihampiri tiga lelaki bertopeng membawa parang yang terus menyerangnya.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, mangsa yang juga seorang pemandu lori berasal dari Menglembu cedera serius di kepala dan tangan.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di Wad Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, suspek melarikan diri dengan menaiki kereta Perodua Myvi berwarna perak.

“Polis masih mengesan kereta suspek yang didaftarkan di negeri Johor,” katanya.

Chang Keong berkata, tiga rakan mangsa yang berada di tempat kejadian tersebut telah diminta memberi keterangan untuk membantu siasatan lanjut dan bagi mengenal pasti motif kejadian.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat dengan menghubungi balai polis berhampiran.

- SINAR HARIAN -

Sunday, August 4, 2013

Anak Pengasas Vida Beauty Mati Dalam Kebakaran


Beberapa hari lagi akan menjelmanya Hari Aidilfitri. Pengasas Vida Beauty diduga dengan kehilangan dua anak lelaki kesayangannya. Kejadian yang berlaku di Ipoh ini mengorbankan tiga termasuk dua anak pengasas produk kecantikan Vida Beauty. Dalam kejadian pukul 9 malam itu, seorang lelaki dewasa dan dua kanak-kanak tersebut ditemui mati dalam bilik air tingkat atas rumah tersebut.

Mangsa yang terkorban ialah Mohd. Nor Syamil, 26; Eddie Zuhdi Mohd. Amin, 11 dan adiknya, Edrie Zikrie, 10. Dua lagi penghuni yang berada di dalam rumah tersebut sewaktu kejadian terselamat.

Seorang daripadanya adalah pekerja lelaki berusia 27 tahun patah kaki selepas bertindak nekad terjun dari tingkat dua rumah berkenaan bagi menyelamatkan diri.

Kebakaran itu turut memusnahkan sebuah kereta mewah jenis Bentley, sebuah kereta Perodua Kancil dan beberapa buah motosikal.

Semoga Allah mencucuri rahmat kepada mereka dan sabar atas ujian di bulan yang mulia ini... AL FATEHAH
.

Tuesday, April 30, 2013

Gempar!!! Dakwat Kekal Boleh Padam Dengan Air Sabun?


PROSES pengundian awal hari ini menjadi haru biru apabila dakwat kekal yang dicalit di tangan pengundi rupanya boleh dipadam dengan mudah menggunakan air sabun.

Lihat gambar bagaimana salah seorang tentera yang baru sahaja membuang undi menunjukkan dakwat yang dicalit di jarinya dengan mudah boleh dihapus begitu sahaja.

Laporan polis dibuat di seluruh negara diketuai pimpinan Pakatan Rakyat berhubung isu dakwat kekal ini.

Thursday, February 14, 2013

Gambar Wanita Bunuh Diri Di Berjaya Times Square

Tragis..

Macam-macam versi cerita keluar di facebook dan menjadi viral apabila seorang wanita berbangsa cina dikatakan bunuh diri di Berjaya Times Square. Dikatakan wanita itu jatuh dari tingkat 6 dan terhempas di ground floor berhampiran booth U Mobile pagi tadi.


Kes ini masih dalam siasatan polis dan kami bersimpati pada keluarga mangsa. Kita nantikan berita selanjutnya nanti.

Monday, September 17, 2012

Aktres Innocence of Muslims Tertekan

Bantah!!


AKTRES filem mencetuskan amarah masyarakat Islam dunia, terpaksa menelan pil tidur apabila merasa dikecam dan  tidak selamat selepas protes dan pembunuhan  berlaku berikutan tersiarnya klip video Innocence of Muslims di YouTube sejak seminggu lalu.

Anna Gurji, 21, mendakwa melakonkan watak isteri muda kepada seorang lelaki bernama George, tetapi pengarahnya Nakoula Basseley atau dikenali sebagai Sam Bacile, bertindak menukarnya kepada Muhammad.

"Saya tidak tahu George ditukar kepada Muhammad. Kini saya hanya berkurung di rumah. Saya bimbang masyarakat dunia memusuhi saya kerana filem itu.

"Saya penganut Kristian Katolik, jadi mereka terfikir saya juga menentang Islam.Saya berasa dikhianati Bacile. Saya telah dikenali seluruh dunia dan jujur saya akui berasa malu apabila menonton watak itu," katanya kepada The Mail Online.

Friday, August 10, 2012

Rebat Tol Di 24 Lebuh Raya Sempena Aidilfitri 2012

Jadi lah dari takder...

KUALA LUMPUR: Sempena Aidilfitri, 24 lebuh raya di seluruh negara bersetuju memberi diskaun dan rebat tol antara 10 hingga 37.5 peratus selama empat hari secara berperingkat mulai 15 hingga 23 Ogos.

Menteri Kerja Raja, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor, di sini sebentar tadi berkata, diskaun dan rebat tol itu adalah kadar tertinggi yang pernah diberikan sebelum ini. Mengenai had laju, beliau berkata semua Jalan Persekutuan had laju diturunkan daripada 90 kilometer sejam (km/j) kepada 80 km/j mulai 12 hingga 26 Ogos. 
Bagi melicinkan lalu lintas, semua kerja penyelenggaraan Jalan Persekutuan dan lebuh raya dihentikan sementara.

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan, dua lebuh raya menawarkan tol percuma dan 22 lagi memberi diskaun dan rebat antara 10 hingga 30 peratus. - Berita Harian-

Friday, August 3, 2012

Keyword Paling Popular Bulan Ini!!

Google Insight...

Salah satu tips untuk menarik pengunjung ke blog adalah mencipta satu artikel dari keyword paling popular. Carian di enjin Google Malaysia mencatatkan kenaikan keyword Olympic 2012, Olympic games 2012, Olympic London 2012 dan London 2012 sepanjang temasya ini berlangsung pada 27 Julai hingga 12 Ogos 2012. 

Cuma disini tertanya-tanya adakah ramai pengguna internet yang mencari sumber berita tentang muslim Rohingya, krisis muslim di Syria yang sedang berperang demi mematahkan kekejaman rejim Bashar al-Assad dan tak lupe juga kita berada dalam bulan Ramadan Kareem, apakah carian anda paling utama?  Sekian...


Sunday, July 8, 2012

FAM Tidak Akan Kemukakan Bantahan Rasmi Kepada AFC


Muktamad!


SULTAN Ahmad Shah bertitah mengesahkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak akan menghantar bantahan rasmi berhubung dakwaan Myanmar menurunkan pemain lebih umur pada pusingan kelayakan Piala Asia Bawah 22 Tahun, yang berakhir Selasa lepas di Yangon.

Sehubungan itu, Presiden FAM bertitah agar tidak mempertikaikan umur mereka kerana "semua cerita telah selesai."

"Kita tak payah mempertikaikan berapa umur mereka. FAM tidak akan menyertainya kerana semua cerita telah habis dan kita tidak akan mengambil bahagian," titah baginda di sini, malam tadi.

Saturday, May 26, 2012

Reaksi Sepp Blatter Selepas Chelsea Menang UCL

Why now? Don't need to fix what's not broken.


Friday, May 25, 2012

Lapangan Terbang Heathrow Sesak

Crazy!!

Tak lama lagi temasya Sukan Olimpik 2012 akan diadakan di London tidak lebih dari 64 hari lagi. Sebanyak 36 acara sukan akan dipertandingkan dalam pelbagai kategori. So, atlet-atlet dan para pegawai akan berkumpul di London dan menyebabkan Lapangan Terbang Heathrow sesak teruk sehingga penghantaran bagasi lewat tiba pada masanya. Menunggu adalah sesuatu yang dibencikan oleh manusia terutamanya admin. True Story! Jadi, staf di lapangan terbang tersebut telah membuat latihan untuk mengatasi kesesakan yang bakal terjadi.


Thursday, May 24, 2012

WWW 1 terima bidaan tertinggi RM520,000

Gila! Tolong rakyat dengan half million tu lagi bagus.  This is not AWESOME!!



KUALA LUMPUR: Nombor pendaftaran WWW 1 mencipta rekod baru apabila bidaan tertinggi yang diterima bagi nombor siri tersebut bernilai RM520,000, mengatasi nombor pendaftaran MCA 1 yang dijual dengan harga RM300,100.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, siri WWW juga mencipta rekod tersendiri, iaitu sejumlah 13 bidaan yang telah berjaya, adalah bernilai melebihi RM100,000 dan tiga daripadanya bernilai melebihi RM300,000.
Katanya, bilangan pembida yang terbanyak adalah untuk nombor WWW 333 iaitu seramai 84 orang.

Tuesday, May 22, 2012

Nazmi Faiz Sah Sertai Beira Mar!!

Nazmi Faiz Mansor berjaya memikat kelab Liga Sagres, Beira Mar setelah menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama kelab divisyen satu Portugal itu.

Bintang Harimau Muda A itu telah menyertai sesi percubaan kelab tersebut minggu lepas, di mana dia telah berlatih bersama pasukan utama serta menyertai aksi persahabatan dengan pasukan divisyen dua, dan mendapat perhatian jurulatih Ulisses Morais dan kapten pasukan, Hugo Vieira.

Saturday, May 5, 2012

Super Spontan: Beruang Comel Tewas Lagi, Cat Farish Disingkir



KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer terkenal, Cat Farish menjadi mangsa keempat penyingkiran program Super Spontan setelah dia disingkirkan oleh rakan-rakan sepasukannya akibat kekalahan Beruang Comel pada minggu lalu.

Penyingkiran tersebut diumumkan oleh hos Super Spontan, Adibah Noor dan dengan penyingkiran Cat Farish, Beruang Comel kini hanya tinggal lima ahli untuk meneruskan cabaran di Super Spontan, seimbang dengan pihak lawan mereka iaitu Angsa Ganas.

Nasib Beruang Comel terus malang apabila mereka tewas buat kali kedua berturut-turut minggu ini dan ini bermakna mereka sekali lagi terpaksa memilih di kalangan ahli yang tinggal iaitu Bell Ngasri, Sathiya, Johan, Ropie dan Yasmin Hani untuk disingkirkan.

Monday, April 16, 2012

Samsung Galaxy S III Bakal Dilancarkan 5 Mei Di London

Galaxy S III Mockup
Pihak Samsung telah mula mengundang semua pihak terbabit dalam pelancaran generasi smartphone Galaxy edisi terbaru dalam usaha menyaingi HTC di mana ia dijadualkan dilancar pada 3 Mei ini di London. Admin tertarik dengan promo terbaru Galaxy yang berbunyi “ Come and meet the next Galaxy.”

Saturday, April 14, 2012

3 Haruman SimplySiti Terbaru

UNTUNG laa..


KUALA LUMPUR, 14 APRIL 2012: Penyanyi tersohor yang juga pengasas produk kecantikan SimplySiti, Datuk Siti Nurhaliza telah selamat melancarkan tiga variasi haruman terbaru di Hotel Doubletreee di sini malam tadi.

Pure, Precious dan Memoire adalah nama yang dipilih mewakili setiap satu daripada haruman yang mempunyai identiti tersendiri dan mensasarkan segenap pembeli dengan harga mampu dimiliki oleh semua pengguna.

Dalam pada itu pemilihan duta bagi haruman Pure iaitu Khairul Fahmi Che Mat telah menimbulkan desas-desus yang mengatakan Datuk Siti sengaja memilih penjaga gol kontroversi tersebut untuk digandingkan dengan satu-satunya model wanita iaitu Leuniey Natasha kerana kisah kontroversi mereka sebelum ini.

Namun Siti ketika menjawab soalan pihak media berkenaan dakwaan tersebut bagaimanapun menafikan kerana menurutnya lagi Leuniey dipilih melalui proses saringan dan bukan sekadar kontroversi semata-mata.
"Siti memilih Leuniey kerana mahu menampilkan wajah baru dan bukan daripada kalangan selebriti yang sedia ada dan ternyata Leuniey individu yang layak untuk menterjemahkan kesemua identity bauan haruman daripada SimplySiti.

Monday, March 5, 2012

Jual 'Dara' Anak

Stop Child Abuse!

JOHOR BAHRU: Seorang ibu yang juga penghidap HIV tergamak memaksa anak dara suntinya melacur, malah bercadang menjual remaja berusia 13 tahun itu kepada mana-mana lelaki yang berminat, semata-mata untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.
Bagaimanapun, remaja itu bernasib baik apabila seorang lelaki yang berniat melanggannya, simpati akan nasibnya selepas mangsa menceritakan keadaan sebenar lalu menyerahkannya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk diberi bantuan.

Tuesday, February 28, 2012

Tempahan Nombor Pendaftaran Kenderaan WWW Dibuka 30 April

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan "WWW" yang bermaksud "World Wide Web" boleh membuat tempahan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mulai 30 April ini. 

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, tempahan akan dibuka selama 14 hari mulai 8 pagi hingga 12 tengah hari sehingga 14 Mei depan.

"Kita telah menerima banyak pertanyaan dan panggilan telefon tentang nombor pendaftaran "WWW'. Salah satu sebab kenapa mereka mahu sangat nombor itu kerana ia membawa maksud "World Wide Web"," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, terdapat empat kategori nombor yang boleh ditempah iaitu nombor bernilai utama, nombor menarik, nombor popular dan nombor semasa. 

Katanya nombor bernilai utama iaitu nombor satu angka 1 hingga 10 akan dibuka dengan harga jualan minimum RM10,000 manakala nombor menarik dijual dengan harga minimum RM2,000 manakala nombor popular dan nombor semasa masing-masing dibuka dengan harga minimum RM300. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...