Tuesday, May 22, 2012

Nazmi Faiz Sah Sertai Beira Mar!!

Nazmi Faiz Mansor berjaya memikat kelab Liga Sagres, Beira Mar setelah menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama kelab divisyen satu Portugal itu.

Bintang Harimau Muda A itu telah menyertai sesi percubaan kelab tersebut minggu lepas, di mana dia telah berlatih bersama pasukan utama serta menyertai aksi persahabatan dengan pasukan divisyen dua, dan mendapat perhatian jurulatih Ulisses Morais dan kapten pasukan, Hugo Vieira.


Nazmi hanya akan sah menjadi pemain Beira Mar apabila usianya mencecah 18 tahun pada Ogos nanti dan dia telah menyuarakan kegembiraannya menerusi laman web kelab tersebut: "Ini ialah peluang terbaik saya dan saya bersyukur kerana telah berjaya."

"Saya telah lama mengimpikan peluang untuk beraksi di Eropah. Kini saya telah menemui tempat yang tepat bagi saya berkembang."

Nazmi akan menyertai rakan senegaranya di Hungary minggu ini bagi menjalani persiapan menjelang kelayakan kejohanan Bawah 22 tahun di Myanmar bulan depan.

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 Komen Yang Awesome:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda kawan-kawan.
Maaf kalau tak sempat balas komen-komen korang semua.
Kunjungan anda akan dibalas oleh saya :-)

Jangan lupe like page kami di facebook. Awesome Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...