Saturday, May 26, 2012

Mael Lambong Melambong 21 Jun 2012

Klik untuk Tumbesaran
Sinopsis:

          Filem Mael Lambung lakonan Zizan Raja Lawak merupakan seorang penarik kereta yang cukup dikenali di Kuala Lumpur. Namun, semuanya berubah apabila MARIA (JULIANA EVANS) telah menemui MAEL LAMBONG dan menyuruhnya menyelamatkan dirinya yang dikejar penjahat. Pelarian mereka dari penjahat, telah membawa mereka menuju ke negeri Terengganu di mana terletaknya kampung asal MAEL LAMBONG yang telah ditinggalkan sekian lama kerana merajuk. Dalam keadaan MAEL LAMBONG ingin mengelak dari bertemu dengan penduduk kampung, dia akhirnya telah bertemu dengan ROZIE (SHENTHY FELIZIANA) kekasih lama MAEL LAMBONG, dan tunang ROZIE, TIGER (TAI) yang tidak suka kehadirannya.
           
          Konflik telah berlaku di antara MAEL LAMBONG dan TIGER. Selain itu, penjahat yang mengejar MARIA telah menemui mereka di perkampungan tersebut. MARIA telah meminta pertolongan MAEL LAMBONG untuk membantunya. Dalam masa yang sama, dua PERISIK telah datang dari Kuala Lumpur dan menerangkan hal sebenar kepada MAEL LAMBONG. Kekeliruan telah berlaku apabila PERISIK yang disangka baik, rupanya adalah penjahat yang inginkan sebuah mikrocip yang mengandungi maklumat tender kerajaan dari MARIA. MAEL LAMBONG membantu menyelamatkan MARIA, dalam masa yang sama hubungan dengan ROZIE semakin akrab, namun tetap tidak disukai TIGER. Akhirnya, PERISIK yang jahat itu berjaya ditumpaskan, dan MAEL LAMBONG telah meminta bantuan MARIA untuk memberi pengajaran kepada TIGER. TIGER insaf, dan MAEL LAMBONG juga ROZIE meneruskan hubungan cinta mereka yang telah terputus sebelum ini.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 Komen Yang Awesome:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda kawan-kawan.
Maaf kalau tak sempat balas komen-komen korang semua.
Kunjungan anda akan dibalas oleh saya :-)

Jangan lupe like page kami di facebook. Awesome Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...