Showing posts with label Fakta. Show all posts
Showing posts with label Fakta. Show all posts

Sunday, September 16, 2012

Sextillion

Info...

  
‘Sextillion’ adalah ungkapan untuk penemuan bintang baru. Menurut ahli astronomi barat, wujud lebih dari 300 sextillion bintang sekarang . Tapi adakah korang tahu apa itu ‘sextillion’ ? Cubalah selongkar di entri wolframalpha sebelum ni.

Friday, September 7, 2012

Rekod Perpindahan Pemain Bola Sepak Termahal Di Dunia

Rekod...


Kelab-kelab paling berharga dan terkaya dunia seperti Manchester United, Real Madrid, Barcelona, Arsenal, Bayern Munich, AC Milan, Manchester City, Chelsea dan terbaru PSG sentiasa berlumba-lumba untuk dapatkan pemain terbaik dunia dengan membelanjakan ratusan juta wang. Tetapi adakah salah seorang dari mereka boleh menjadi pemain bola sepak terbaik dunia sepanjang masa? Berikut adalah senarai 10 pemain termahal dalam sejarah bolasepak:

Wednesday, August 8, 2012

Usain Bolt - Fakta Ringkas Manusia Terpantas

Thunderbolt

Dilahirkan pada 21 Ogos 1986, Usain St. Leo Bolt aka Usain Bolt, pelari pecut dari Jamaica yang boleh dianggap legenda telah merangkul emas dalam acara 100 meter pecut dengan mencatatkan masa 9.63 saat tempoh hari. Beza 0.03 saat dari rekod terdahulu di Olimpik Beijing 2008. Tetapi masa 9.58 saat kekal sebagai rekod dunia yang dicipta olehnya di Kejohanan Dunia di Berlin, Jerman.

Tahukah anda? Usain Bolt adalah atlet lelaki pertama di dunia mencatat dua rekod Olimpik secara berturut-turut seterusnya atlet pertama yang memenangi pingat emas 100m sebanyak dua kali selepas Carl Lewis pada Olimpik 1984 dan Olimpik 1988. Untuk ketahui lebih lanjut, jom kita lihat video tentang fakta ringkas budak petir ini.

Tuesday, July 24, 2012

Giler! Melantak 1000 Keping Keju 1050 Keping Bacon

Man Vs Food (10 Gambar)

Rasa-rasa korang mampu makan burger menggunung macam ni? Ini hanya terdapat di Burger King Jepun. 1000 keping keju dianggarkan mengandungi 45,661 kalori. Ini sangat monstrous bagi manusia biasa untuk telan semua ni. Bukan burger keju saje dia sental, dia penah cuba memakan 1050 keping bacon juga disediakan khas oleh Burger King. Banyak-banyak mengucap la sebelum makan banyak ni terutamanya bila berbuka puasa masa bulan Ramadan ni ye dak.  ツ


Wednesday, July 18, 2012

Nintendo vs. SEGA (Infografik)

Evolusi...

Apa yang anda tahu pasal sejarah video game dan logo syarikat permainan video yang pernah popular pada satu ketika dulu? Nintendo sangat popular dengan Super Mario Bros dan SEGA dengan permainan video Sonic the Hedgehog. Lebih dari 100 tahun beroperasi, Nintendo merupakan antara syarikat permainan yang paling legend pernah dibangunkan. 

Tuesday, May 29, 2012

Kerah Otak Anda Untuk Berubah



Satu kajian terbaru telah mendedahkan bahawa jika anda mengerahkan otak untuk berfikir memakan benda yang manis, anda mungkin akan mengurangkan kuantitinya. Hal ini kerana proses yang disebut habituasi, semakin anda membayangkan tabiat itu, semakin anda kurang teruja untuk melakukannya.

Maru Kucing Paling Popular Di Dunia Menyambut Hari Jadi ke-5

Peminat Kucing Tegar!!

Ingatkah anda pada kucing paling popular dan comel pada post yang lepas “I am Maru”. Maru boleh dilabel sebagai kucing selebriti setelah mempamerkan aksi lincah dan comel di YouTube yang telah dilihat sebanyak  159,543,225 berbanding 114,272,099 pada post yang lalu. Ini boleh dijadikan satu fakta nih untuk penggemar slot trivia.

Sunday, May 20, 2012

Trivia Hari Ini #14 ( Edisi Liga Juara-Juara 2011/2012 )

Mesti Tahu!!

          Thomas Mueller terlebih dahulu mencetak goal sebelum Didier Drogba menyamakan kedudukan sebelum wisel penamat. DHF Chelsea mula panas punggung bila penalti diberikan kepada Arjen Robben. Thanks to Petr Cech yang berjaya menyelamatkan keadaan. Dalam babak penalti yang mendebarkan, tiga pemain Bayern Munchen berjaya menjaringkan gol iaitu Philip Lahm, Mario Gomez dan Manuel Neuer manakala Ivica Olic dan Bastian Schweinsteiger gagal menewaskan Petr Cech. 
           
           Manakala empat pemain Chelsea yang berjaya menewaskan penjaga gol Bayern, Manuel Neuer ialah David Luiz, Frank Lampard, Ashley Cole dan Didier Drogba, sementara Juan Mata gagal. Mereka telah buktikan mereka bukan “bangang abadi”. Apa-apa pun, Bavarians telah mempamerkan corak permainan ‘World Class’. 

Thursday, April 12, 2012

Kerasionalan Kewujudan Unsur Tradisi Pemerintahan Beraja Dalam Perlembagaan Malaysia

Seperti yang dijanjikan!! ~ ~
Sambungan dari Unsur-Unsur Tradisi Di Dalam Kontrak Sosial
s
PEMERINTAHAN BERAJA
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah
a.      Sejarah dan Latar Belakang
Sistem Beraja ialah sistem pemerintahan yang tertua di dunia, ia dipercayai wujud sejak 3000 tahun dahulu. Orang Melayu secara khususnya telah berabad lamanya diperintah berdasarkan pemerintahan beraja di Tanah Melayu. Menurut sistem beraja ini, raja mempunyai kuasa mutlak dalam semua urusan pemerintahan dan pentadbiran negeri dengan dibantu oleh para pembesar negeri khususnya semasa era jajahan British.

Menurut Datuk Shamsul Amri Baharuddin (2007, hal 109), Raja-Raja Melayu masih diiktiraf sebagai pemerintah yang berdaulat dan berkuasa penuh di negeri masing-masing semasa penjajahan British di Tanah Melayu. Namun, raja-raja mesti menerima nasihat Residen British dalam semua perkara kecuali adat istiadat Melayu dan agama Islam. Keadaaan ini berlanjutan sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Selepas pendudukan Jepun, British memperkenalkan Malayan Union di mana kuasa raja-raja dihapuskan. Tetapi ia telah mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu seterusnya kuasa Raja-Raja Melayu dikembalikan semula di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.

Kesultanan Melayu itu adalah satu manifestasi iaitu satu lambang keagungan tamadun bangsa (Raja Nazrin Shah, 2011). Kedatangan orang Eropah telah mengubah sistem politik tradisional orang Melayu berpegang kepada sistem beraja mutlak kepada sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, Raja Berperlembagaan bermaksud raja yang pemerintahannya tertakluk pada peruntukan perlembagaan Negara. Hal ini diterangkan lebih jelas lagi oleh Dato’ Salehuddin Saidin (2009, hal 2), bahawa Raja Berperlembagaan yang diamalkan di Malaysia menggunakan konsep ‘trias politica’ atau politik tiga serangkai yang mana raja adalah ketua Negara di samping kewujudan cabang legislatif, eksekutif dan kehakiman selagi mengikut lunas-lunas perlembagaan yang telah ditetapkan.

Menurut Profesor Anthony Milner (2011), Institusi Raja Melayu di Malaysia adalah Raja Berpelembagaan yang proaktif dan bersifat keterlibatan berbeza dengan konsep Raja Berpelembagaan British yang mempunyai kuasa terbatas. Sesungguhnya sejarah mencatatkan Istana Raja Melayu itu dahulu berperanan sebagai pusat berkembangnya tamadun bangsa.

Saturday, March 24, 2012

UNSUR-UNSUR TRADISI DI DALAM KONTRAK SOSIAL

PENGENALAN
Jata Negara
          Kebanyakan Perlembagaan Persekutuan mengandungi amalan yang diwarisi daripada zaman penjajahan, kecuali peruntukan tentang pentadbiran, parlimen dan kewarganegaran.Terdapat fasal-fasal yang diwarisi sejak zaman penjajahan dan masih dikekalkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Unsur-unsur tradisi sebenarnya telah wujud sejak ratusan tahun yang lalu sebelum pembentukan perlembagaan pada tahun 1957. Ia dianggap sebagai satu kontrak sosial yang meliputi 4 aspek termasuklah institusi beraja, agama islam, bahasa melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu. (Mohd Salleh Abas, 1985)

         Keempat-empat unsur tradisi ini diserap menjadi sebahagian daripada kandungan penting perlembagaan persekutuan. Ia berperanan menstabilkan sistem politik negara dan laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid menekankan betapa pentingnya perlembagaan mengambil kira faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957. (Mohamed Suffian Hashim, 1987).

          Ini menunjukkan betapa pentingnya unsur-unsur tradisi sehingga dilindungi di bawah Akta Hasutan dan dianggap sebagai isu-isu sensitif yang dilarang daripada dijadikan isu perbincangan awam. Ia juga merupakan satu pra-syarat dan permuafakatan yang telah dipersetujui dan diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu. Ini bermakna, orang Melayu diberikan hak istimewa, Islam menjadi agama persekutuan dan Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan sebagai pra-syarat penerimaan hak kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu. (Mohd Salleh Abbas, 1985).

        Pra-syarat ini menunjukkan bahawa pemimpin terdahulu telah menerima satu formula bagi menyelesaikan masalah yang wujud tanpa melibatkan konflik antara etnik di Tanah Melayu pada ketika itu.

Tuesday, March 6, 2012

6 Mac - Hari Ini Dalam Sejarah


  • 1521 - Ferdinand Magellan dan anak-anak kapalnya tiba di Guam dan disambut oleh orang-orang Chamorro.
  • 1788 - Armada Pertama tiba di Pulau Norfolk untuk mendirikan penempatan banduan.
  • 1834 - Bandar York di Kanada Hulu diperbadankan sebagai kota Toronto.
  • 1836 - Revolusi Texas: Angkatan tentera Mexico menawan Alamo selepas pengepungan selama 13 hari.
  • 1853 - Opera La Traviata ciptaan Giuseppe Verdi dipentaskan buat julung kalinya di kota Venice.
  • 1857 - Mahkamah Agung Amerika Syarikat membuat keputusan dalam kes Dred Scott, satu keputusan penting yang menyebabkan banyak pindaan perlembagaan.
  • 1869 - Dmitri Mendeleev mempertunjukkan jadual berkala unsur yang pertama kepada Persatuan Kimia Rusia.

Tuesday, February 28, 2012

28 Februari - Hari Ini Dalam Sejarah



202 SM - Berlangsungnya upacara pemahkotaan Liu Bang selaku Maharaja Gaozu dari Han, sekaligus bermulanya empat abad pemerintahan Dinasti Han di China.

1784 - John Wesley mempiagamkan Gereja Metodis.

1850 - Universiti Utah dibuka di Salt Lake City, Utah.

1854 - Parti Republikan Amerika Syarikat ditubuhkan di Ripon, Wisconsin.

1883 - Teater anekarama seperti  persembahan silap mata, persembahan haiwan terlatih, lakonan dan nyanyian pertama dibuka di bandar Boston, Massachusetts.

Friday, February 24, 2012

24 Februari - Hari Ini Dalam Sejarah

303 - Maharaja Rom Diocletian memulakan penyeksaan Diocletian, episod terakhir penyeksaan          orang Kristian dalam Empayar Rom.
1387 - Raja Charles III dari Naples dan Hungary dibunuh di Buda, Hungary.
1582 - Paus Gregory XIII mengeluarkan titah penggunaan kalendar Gregory.
1803 - Keputusan kes Mahkamah Agung A.S. Marbury lwn. Madison mewujudkan kajian                    semula kehakiman di Amerika Syarikat.
1826 –  Berakhirnya Perang Burma Pertama selepas Perjanjian Yandaboo ditandatangani.
1839 – William Otis menerima paten untuk ciptaan penyodok stim.
1848 - Revolusi Perancis 1848: Raja Perancis Louis-Philippe turun takhta dan melarikan diri ke              England.
1917 – Perang Dunia I: Duta Amerika Syarikat ke United Kingdom menerima Telegram                       Zimmermann, yang bertulis jaminan Jerman agar memastikan kembalinya negeri                         New Mexico, Texas dan Arizona ke Mexico sekiranya Mexico mengisytiharkan perang               terhadap A.S.

Thursday, February 23, 2012

Warna Apa Yang Buat Kita Terasa Lapar


          Warna yang berbeza sentiasa menyampaikan emosi yang berbeza, betul tak? Contoh yang biasa kita dapat lihat bila terlihat makanan yang mempunyai pelbagai warna menarik.  Ha..all of you pernah tak terfikir warna apa yang boleh membuat kita semua lapar?

          Nampaknya, logo fast food dalam negara kita ini semua terdiri warna merah. Malah turut juga dihiasi dengan dekorasi berwarna merah. Baru perasan kan.  Ini semua untuk mendorong kelaparan  dan menarik perhatian. Tak lapar pun kadang-kadang teringin nak masuk tengok menu je. Itulah fakta. Nak buat bisnes francais mesti la ada kajian dulu kan. Merah boleh menarik perhatian, menyebabkan keseronokan, mengisi perut yang lapar, dan juga boleh menaikkan kadar jantung...hehe, tinggikan kandungan kolestrol dalam darah. Lihat McDonalds, Wendy's, Burger King, Coca-Cola, KFC, Popeyes dan Pizza Hut..

MS Allure of the Seas: Kapal Persiaran Mewah Terbesar Di Dunia

MS Allure of the Seas merupakan kapal persiaran mewah terbesar dan tercanggih yang dimiliki oleh Royal Caribbean International. Si kembarnya, MS Oasis of the Seas pula kurang 2 inci panjang. Triple daripada jumlah penumpang RMS Titanic, dan lebih kurang 2 kali ganda daripada jumlah penumpang MS Costa Concordia yang baru-baru ini mengalami kemalangan. 6300 orang maksimum...AWESOME!!


23 Februari - Hari Ini Dalam Sejarah



1660 - Charles XI menjadi Raja Sweden
1893 - Rudolf Diesel menerima paten untuk mesin diesel.
1903 - Teluk Guantánamo mulai dipinjamkan Kuba kepada Amerika Serikat untuk pertambangan batu bara dan pangkalan angkatan laut.
1919 - Benito Mussolini membentuk Partai Fasis Nasional di Italia.
1934 - Leopold III menjadi Raja Belgium
1941 - Plutonium diproduksi pertama kalinya dan diisolasi oleh Glenn Seaborg.
1945 - Perang Dunia II: Ibu kota Filipina, Manila, direbut pasukan Amerika Serikat dari Jepang
1998 - Puting beliung yang mengorbankan 42 orang mangsa di Florida, Amerika Syarikat.

Tambahan: Yusry Abd Halim dan aktres jelita Lisa Surihani akhirnya akan mengakhiri perhubungan cinta mereka dalam majlis pernikahan yang akan berlangsung selepas Asar pada 23 Februari 2012 ini di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya.

Monday, February 20, 2012

HIV AIDS - Pencegahan, Penjagaan,Sokongan


Di Malaysia, lebih dari 10 orang dikesan positif AIDS pada setiap hari. Selama ini kita mempunyai tanggapan yang keliru mengenai HIV AIDS , seringkali yang kita dan masyarakat  lakukan adalah dengan mengasingkan pesakit HIV AIDS dari lingkungan sosial kita. Banyak dari kita yang beranggapan bahawa penyakit dari para pesakit tersebut boleh berjangkit jika kita selalu berdekatan dengan mereka. Hal ini sangat mengelirukan dan membimbangkan terutamanya kepada emosi si pesakit. Ingat, pesakit yang menghidapi HIV AIDS adalah seseorang yang sangat memerlukan orang lain dalam menjalankan hidupnya dan AIDS tidak menular dengan mudahnya melalui udara seperti flu. Di sini lah letaknya kekurangan masyarakat kita dalam memahami penyakit HIV AIDS. 

Saturday, December 18, 2010

Negara Yang Mungkin Anda Tidak Pernah Kenali

Vanuatu: Aktiviti skuba merupakan tarikan pelancong yang sangat popular di sini. Tsunami bukanlah sesuatu yang asing di Vanuatu, dan gempa bumi mempunyai kesan negatif terhadap ekonomi negara tersebut.

Monday, November 29, 2010

Undang-Undang Seksual Paling Pelik

            Bukan semua undang-undang di dunia berkaitan dengan seks masuk akal. Kalo baca info dari medicalinsurance.org ni, 100% korang akan senyum sorang-sorang sampai nampak gigi. Hehe..(Perhatian: AWESOME sekadar berkongsi info kepada pembaca-pembaca.)

Sunday, September 26, 2010

Trivia Hari Ini #5

  • Getah gelang tahan lebih lama apabila disejukkan.
  • Kacang tanah ialah satu daripada bahan untuk membuat bahan letupan. 
  • Jerung ialah satu-satunya ikan yang boleh mengerdip kedua-dua matanya.
  • Terdapat lebih banyak bilangan ayam daripada manusia di dunia ini.
  • Badam berasal daripada spesis buah pic.
  • Seekor kucing mempunyai 32 otot dalam setiap telinga.
  • Seekor ikan emas mempunyai memori ingatan selama 3 saat sahaja. 
  • Seekor pepatung mempunyai jangka hayat selama 24 jam sahaja.
  • Sangat mustahil untuk korang bersin dengan mata terbuka.
  • Sotong gergasi "giant squid" mempunyai mata terbesar di dunia.
  • Terdapat 336 lekuk pada permukaan bola golf.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...