Sambungan dari Unsur-Unsur Tradisi Di Dalam Kontrak Sosial
s
PEMERINTAHAN
BERAJA![]() |
| Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah |
a.
Sejarah
dan Latar Belakang
Sistem
Beraja ialah sistem pemerintahan yang tertua di dunia, ia dipercayai wujud
sejak 3000 tahun dahulu. Orang Melayu secara khususnya telah berabad lamanya
diperintah berdasarkan pemerintahan beraja di Tanah Melayu. Menurut sistem
beraja ini, raja mempunyai kuasa mutlak dalam semua urusan pemerintahan dan
pentadbiran negeri dengan dibantu oleh para pembesar negeri khususnya semasa
era jajahan British.
Menurut
Datuk Shamsul Amri Baharuddin (2007, hal
109), Raja-Raja Melayu masih diiktiraf sebagai pemerintah yang berdaulat
dan berkuasa penuh di negeri masing-masing semasa penjajahan British di Tanah
Melayu. Namun, raja-raja mesti menerima nasihat Residen British dalam semua
perkara kecuali adat istiadat Melayu dan agama Islam. Keadaaan ini berlanjutan
sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Selepas pendudukan Jepun, British
memperkenalkan Malayan Union di mana kuasa raja-raja dihapuskan. Tetapi ia
telah mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu seterusnya kuasa Raja-Raja
Melayu dikembalikan semula di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada
tahun 1948.
Kesultanan
Melayu itu adalah satu manifestasi iaitu satu lambang keagungan tamadun bangsa (Raja Nazrin Shah, 2011). Kedatangan
orang Eropah telah mengubah sistem politik tradisional orang Melayu berpegang
kepada sistem beraja mutlak kepada sistem raja berperlembagaan dan demokrasi
berparlimen. Menurut Kamus Dewan Edisi
Empat, Raja Berperlembagaan bermaksud raja yang pemerintahannya tertakluk
pada peruntukan perlembagaan Negara. Hal ini diterangkan lebih jelas lagi oleh Dato’ Salehuddin Saidin (2009, hal 2),
bahawa Raja Berperlembagaan yang diamalkan di Malaysia menggunakan konsep
‘trias politica’ atau politik tiga serangkai yang mana raja adalah ketua Negara
di samping kewujudan cabang legislatif, eksekutif dan kehakiman selagi mengikut
lunas-lunas perlembagaan yang telah ditetapkan.
Menurut
Profesor Anthony Milner (2011),
Institusi Raja Melayu di Malaysia adalah Raja Berpelembagaan yang proaktif dan
bersifat keterlibatan berbeza dengan konsep Raja Berpelembagaan British yang
mempunyai kuasa terbatas. Sesungguhnya sejarah mencatatkan Istana Raja Melayu
itu dahulu berperanan sebagai pusat berkembangnya tamadun bangsa.
