Showing posts with label 1 Malaysian. Show all posts
Showing posts with label 1 Malaysian. Show all posts

Friday, February 21, 2014

BR1M 3.0 Dibayar Awal

MAKLUMAN BR1M 2014



Sukacita dimaklumkan pembayaran BR1M telah bermula hari ini. Kepada pemohon yang mempunyai nombor akaun bank boleh menyemak di akaun masing yang telah didaftarkan semasa permohonan tempoh hari. Sesiapa yang ingin menyemak status permohonan boleh telefon 0362091000 untuk mengetahui status pemohon.


Bukti Bayaran BR1M 3.0
                                 
Sebelum ini, media melaporkan BRIM 3.0 peringkat nasional akan dilancarkan pada 22 Februari ini manakala pengagihan bagi peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pula diadakan pada 23 Februari, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Friday, February 14, 2014

Cara Semakan Status BR1M 3.0 2014


Anda boleh cara-cara ini jika ingin mengetahui staus BR1M 3.0 anda. 
Caranya ialah melalui:

1. Pos 

Anda akan menerima surat pengesahan apabila menghampiri tarikh pembayaran. Anda akan diberitahu lokasi untuk menebus baucar tunai anda, jika anda berjaya.

2. Panggilan Telefon 

Buat panggilan ke LHDN hotline 1-800-222-500 / 1-800-88-2716 (waktu pejabat sahaja)

3. Emelkan ke br1m3@treasury.gov.my dan anda akan menerima jawapan dalam masa 1-2 hari bekerja. Beri maklumat yang mencukupi kepada pegawai-pegawai sokongan untuk membantu anda. 


Saturday, September 1, 2012

Rekod Tweet #Merdeka55 Mungkin Dihasilkan Bot

Panass!!
Firma kajian Twitter Politweet.org mempertikai rekod 3,611,323 tweet patriotik kepada perdana menteri sempena sambutan Merdeka seperti yang diumumkan kerajaan pada malam tadi.

Firma itu berkata, sebanyak 38 peratus daripada tulisan dengan label hashtag #Merdeka55 di Twitter itu mungkin dihasilkan oleh bot – perisian yang mengawal sejumlah akaun Twitter yang berlainan.

Kajian itu berdasarkan sampel daripada sebanyak 107,000 tweet yang dikumpul daripada 19,000 pengguna dalam tempoh berkenaan.

Saturday, March 24, 2012

UNSUR-UNSUR TRADISI DI DALAM KONTRAK SOSIAL

PENGENALAN
Jata Negara
          Kebanyakan Perlembagaan Persekutuan mengandungi amalan yang diwarisi daripada zaman penjajahan, kecuali peruntukan tentang pentadbiran, parlimen dan kewarganegaran.Terdapat fasal-fasal yang diwarisi sejak zaman penjajahan dan masih dikekalkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Unsur-unsur tradisi sebenarnya telah wujud sejak ratusan tahun yang lalu sebelum pembentukan perlembagaan pada tahun 1957. Ia dianggap sebagai satu kontrak sosial yang meliputi 4 aspek termasuklah institusi beraja, agama islam, bahasa melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu. (Mohd Salleh Abas, 1985)

         Keempat-empat unsur tradisi ini diserap menjadi sebahagian daripada kandungan penting perlembagaan persekutuan. Ia berperanan menstabilkan sistem politik negara dan laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid menekankan betapa pentingnya perlembagaan mengambil kira faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957. (Mohamed Suffian Hashim, 1987).

          Ini menunjukkan betapa pentingnya unsur-unsur tradisi sehingga dilindungi di bawah Akta Hasutan dan dianggap sebagai isu-isu sensitif yang dilarang daripada dijadikan isu perbincangan awam. Ia juga merupakan satu pra-syarat dan permuafakatan yang telah dipersetujui dan diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu. Ini bermakna, orang Melayu diberikan hak istimewa, Islam menjadi agama persekutuan dan Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan sebagai pra-syarat penerimaan hak kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu. (Mohd Salleh Abbas, 1985).

        Pra-syarat ini menunjukkan bahawa pemimpin terdahulu telah menerima satu formula bagi menyelesaikan masalah yang wujud tanpa melibatkan konflik antara etnik di Tanah Melayu pada ketika itu.

Thursday, September 16, 2010

Trivia Hari Ini #4

Hari Malaysia

  • Persekutuan yang baru di bawah nama Malaysia diwujudkan pada 16 September 1963.
  • Hari Malaysia menandakan peringatan penubuhan Persekutuan Malaysia apabila Sabah dan Sarawak telah menyertai Malaysia pada 1963.
  • Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar mulai tahun 2010.
  • Hari Malaysia akan disambut pada 16 September setiap tahun dan merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.
  • Sabah akan menjadi tuan rumah Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan yang pertama dalam sejarah.
  • 16 September juga adalah tarikh sebenar kemerdekaan bagi seluruh Malaysia kerana tarikh ini menjadi peringatan bahawa Sabah dan Sarawak bebas dari jajahan British dan menjadi sebahagian dari Malaysia.
P.S : Selamat Bercuti.~.~.~

Saturday, September 4, 2010

Trivia Hari Ini #2

Apakah negara yang mempunyai 
kepadatan penduduk yang terbesar di dunia?
CHINA
  • Negara China mempunyai anggaran hampir 1.3 bilion penduduk  sehingga 3 September 2010.
  • Hampir satu daripada setiap lima penduduk di Bumi ialah Cina.
  • Sehingga 3 September 2010 juga, Amerika Syarikat ialah negara ke-3 yang mempunyai kepadatan penduduk paling ramai iaitu hampir sebanyak 315 juta penduduk.
  • China dan Amerika Syarikat diliputi luas kawasan tanah yang hampir sama. ( 9.83 juta km2 )
  • Bolehkah anda bayangkan 1 bilion penduduk? Cara termudah untuk membayangkannya adalah  1 billion saat itu adalah sama dengan 31.7 tahun. AWESOME kan….
  • People ' Republic of China melaksanakan dasar satu famili satu zuriat pada 1979 untuk mengawal kepadatan penduduk yang semakin ramai dengan tahap kemiskinan yang tinggi.
PS : Tanah air kita, Malaysia merupakan negara ke-44 yang mempunyai kepadatan penduduk yang terbesar di dunia. (Anggaran = 28 juta penduduk ). Merdeka..!!!


Sunday, August 8, 2010

Sebab Anda Perlu Join 1Malaysia Bloggers Community

Tengah2 aku blogwalking, aku terjumpa satu site ni. Nama site ni 1Malaysia Blogger Community, so lets check it out!!

Sebab anda perlu join 1Malaysia Bloggers Community:

1. Buatan Malaysia

2. Lebih kurang macam blogger community yang lain macam BlogMalaysia

3. Form untuk submit blog yang simple (tak sampai 5 minit)

4. Baru je 26 ahli yang listed setakat 8 ogos ni, so big chances blog anda untuk di"review" oleh admin

5. Bila blog anda tlah approved, screenshot serta detail tentang blog anda akan dipaparkan di 1Malaysia Bloggers Community

6. Can maximize ur followers

7. Aku join community ni pun sbb usia blog "AWESOME" baru lagi...hehe

1Malaysia Blogger Community
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...