Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Friday, July 18, 2014
Pesawat MH17 Terhempas di Ukraine
Sebuah pesawat penumpang Boeing 777 MAS MH17 dengan penumpang seramai 295 orang kebanyakkannya pelajar Malaysia telah ditembak jatuh di Ukraine.
Berita yang sangat sukar dihadam khususnya bagi ahli keluarga para penumpang, krew, syarikat dan seluruh rakyat MALAYSIA.
Tahukah anda, beberapa jam sebelum MH17 ditembak jatuh, ada sebuah pesawat milik Ukraine telah ditembak jatuh hanya sekitar beberapa puluh kilometer dari lokasi MH17 ditembak jatuh.
AL-FATIHAH buat semua penumpang yang terbunuh.
Wednesday, March 26, 2014
FAKTA TENTANG PESAWAT MH370
NAMA SEBENARNYA ialah 9M-MRO tetapi sejak 8 Mac yang lalu seluruh dunia lebih mengenalinya dengan nama MH370.
Pesawat jenis Boeing 777-200 itu adalah yang ke-404 dikeluarkan oleh syarikat pembuat kapal terbang Boeing.
Ia mula terbang pada 14 Mei 2002.
Pada 8 Mac yang lalu, ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing. Ia meninggalkan landasan pada 12.41 pagi dan dijadual tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi.
Pesawat yang membawa 239 orang penumpang dan 12 anak kapal itu bagaimanapun tidak kunjung tiba.
Selepas lebih 400 jam gagal dikesan, pesawat itu disahkan pada kali terakhir berada di selatan Lautan Hindi — daerah paling terpencil di dunia, lautan dalam yang paling bergelora. Bagaimana dan kenapa ia lepas jauh daripada destinasi tujuan, sehingga kini tidak ada siapa yang tahu.
Sehingga penerbangannya yang terakhir, 9M-MRO telah terbang selama 20,243 jam.
Tuesday, March 11, 2014
Penumpang Pasport Curi Disahkan Warga Iran
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. mengesahkan seorang daripada penumpang yang menaiki pesawat MH370 dengan menggunakan pasport palsu adalah warga Iran yang bercadang untuk berhijrah ke Jerman.
Identiti lelaki itu dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19 tahun.
Pouria Nour menggunakan pasport Austria milik Christian Kozel yang disahkan dicuri di Phuket, Thailand.
Pengumuman Khalid ini selari dengan penemuan siasatan polis di Thailand yang mendapati dua penumpang MH370 dengan pasport curi itu mungkin pelarian yang mencari suaka.
Ia berdasarkan kepada tempahan tiket harga paling murah dan laluan transit di Beijing dan Amsterdam sebelum menuju destinasi akhir. Seorang penumpang menempah destinasi akhir ke Copenhagen, Denmark manakala seorang lagi ke Frankfurt, Jerman.
Mereka dibantu oleh dua warga Iran yang menguruskan tempahan tiket daripada sebuah agensi pelancongan yang sudah dilanggani oleh orang tengah itu sejak tiga tahun lalu.
Friday, February 21, 2014
BR1M 3.0 Dibayar Awal
MAKLUMAN BR1M 2014
Sebelum ini, media melaporkan BRIM 3.0 peringkat nasional akan dilancarkan pada 22 Februari ini manakala pengagihan bagi peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pula diadakan pada 23 Februari, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sukacita dimaklumkan pembayaran BR1M telah bermula hari ini. Kepada pemohon yang mempunyai nombor akaun bank boleh menyemak di akaun masing yang telah didaftarkan semasa permohonan tempoh hari. Sesiapa yang ingin menyemak status permohonan boleh telefon 0362091000 untuk mengetahui status pemohon.
Bukti Bayaran BR1M 3.0 |
Friday, February 14, 2014
Cara Semakan Status BR1M 3.0 2014
Anda boleh cara-cara ini jika ingin mengetahui staus BR1M 3.0 anda.
Caranya ialah melalui:
1. Pos
Anda akan menerima surat pengesahan apabila menghampiri tarikh pembayaran. Anda akan diberitahu lokasi untuk menebus baucar tunai anda, jika anda berjaya.
2. Panggilan Telefon
Buat panggilan ke LHDN hotline 1-800-222-500 / 1-800-88-2716 (waktu pejabat sahaja)
3. Emelkan ke br1m3@treasury.gov.my dan anda akan menerima jawapan dalam masa 1-2 hari bekerja. Beri maklumat yang mencukupi kepada pegawai-pegawai sokongan untuk membantu anda.
Friday, November 2, 2012
Daftar Online Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0)
Kerajaan Malaysia!!
Bagi sesiapa yang masih belum isi Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 boleh download atau isi online di link berikut:
Jom isi bagi yang LAYAK.
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
ebr1m atau muat turun di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
Perhatian
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan
isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
> Berkahwin;
> Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
> Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
(iii) Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar
bulanan RM3,000 dan ke bawah.
Tuesday, October 30, 2012
Keputusan Penuh Anugerah Bola Sepak Kebangsaan FAM 2012
Tahniah!!
Penjaga Gol Terbaik - Khairul Fahmi Che Mat
Pertahanan Terbaik - Aidil Zafuan
Pemain Tengah Terbaik - Safiq Rahim
Penyerang Terbaik -Norshahrul Idlan
Jurulatih Terbaik : B.Sathianathan
Pemain Import Terbaik - Marlon Alex James
Friday, September 14, 2012
Lagi Gambar Wawa Zainal Manis Bertudung
Tang lesut pipit tu...
Wawa Zainal, antara nama pelakon muda yang makin meningkat naik sekarang. Seram Sejuk, Takdir Qismah dan akan datang, Aji Noh Motor antara lakonan Wawa Zainal yang meningkatkan popularitinya dalam industri hiburan Malaysia. Lihat biodata Wawa Zainal jika anda ingin tahu serba sedikit tentangnya. Kami suka bila Wawa bertudung dan sejuk mata bila dipandang. Cuma sayangnya, biarlah bertudung bukan sahaja bila berlakon di dalam filem atau drama. Apa pendapat anda tentang Wawa Zainal?
Kereta Terbaru Datuk Lee Chong Wei
Tahniah Dato'!!
Lee Chong Wei dikhabarkan telah membeli sebuah lagi kereta mewah iaitu Bentley Continental GT dengan nombor pendaftaran kenderaan BKQ 6. Bentley Continental GT itu berharga dalam lingkungan RM 688,000 tak termasuk cukai jalan. Duti import bersama cukai jalan di Malaysia, harganya mungkin mencecah hampir RM1,350,000 ke RM1,988,000. Kerja keras pasti ada hasilnya.
Friday, September 7, 2012
Wawa Zainal Dalam Filem Aji Noh Motor
Sinopsis filem Aji Noh Motor
Filem Aji Noh Motor mengisahkan seorang abang, Aji yang sanggup melakukan apa saja demi adiknya, Noh. Hah..jangan lupa lihat 'Biodata Wawa Zainal' yang penah kami paparkan pada May lalu.
Aji seorang lelaki yang suka merempit dan berlumba namun setiap kali Aji menang, dia hanya akan mengambil keseluruhan atau alat ganti mereka yang kalah saja. Noh pula sebaliknya apabila dia disifatkan sebagai insan yang taat dalam mengerjakan tuntutan agama meskipun dalam keadaan buta.
Aji sangat sayangkan Noh dan sanggup melakukan apa saja bagi memastikan permintaan Noh tercapai meskipun dia tidak mampu.
Saturday, September 1, 2012
Rekod Tweet #Merdeka55 Mungkin Dihasilkan Bot
Panass!!
Firma kajian Twitter Politweet.org mempertikai rekod 3,611,323 tweet patriotik kepada perdana menteri sempena sambutan Merdeka seperti yang diumumkan kerajaan pada malam tadi.
Firma itu berkata, sebanyak 38 peratus daripada tulisan dengan label hashtag #Merdeka55 di Twitter itu mungkin dihasilkan oleh bot – perisian yang mengawal sejumlah akaun Twitter yang berlainan.
Kajian itu berdasarkan sampel daripada sebanyak 107,000 tweet yang dikumpul daripada 19,000 pengguna dalam tempoh berkenaan.
Firma kajian Twitter Politweet.org mempertikai rekod 3,611,323 tweet patriotik kepada perdana menteri sempena sambutan Merdeka seperti yang diumumkan kerajaan pada malam tadi.
Firma itu berkata, sebanyak 38 peratus daripada tulisan dengan label hashtag #Merdeka55 di Twitter itu mungkin dihasilkan oleh bot – perisian yang mengawal sejumlah akaun Twitter yang berlainan.
Kajian itu berdasarkan sampel daripada sebanyak 107,000 tweet yang dikumpul daripada 19,000 pengguna dalam tempoh berkenaan.
Thursday, August 30, 2012
Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)
Senarai Terkini
Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan objektif untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.
Tapi perlu diingatkan, sila baca semua syarat dan terma sebelum membeli. Pastikan disemak dahulu maklumat lengkap berkaitan syarikat, kadar diskaun dan syarat diskaun yang boleh disemak di www.1pengguna.com/kads1m. Syarikat lain yang berminat untuk menyertai KADS1M perlu melengkapkan borang permohonan dan mengembalikannya kepada sekretariat KADS1M bagi proses selanjutnya.
Sunday, July 8, 2012
FAM Tidak Akan Kemukakan Bantahan Rasmi Kepada AFC
Muktamad!
SULTAN Ahmad Shah bertitah mengesahkan Persatuan
Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak akan menghantar bantahan rasmi berhubung
dakwaan Myanmar menurunkan pemain lebih umur pada pusingan kelayakan Piala Asia
Bawah 22 Tahun, yang berakhir Selasa lepas di Yangon.
Sehubungan itu, Presiden FAM bertitah agar tidak mempertikaikan umur mereka kerana "semua cerita telah selesai."
"Kita tak payah mempertikaikan berapa umur mereka. FAM tidak akan menyertainya kerana semua cerita telah habis dan kita tidak akan mengambil bahagian," titah baginda di sini, malam tadi.
Sehubungan itu, Presiden FAM bertitah agar tidak mempertikaikan umur mereka kerana "semua cerita telah selesai."
"Kita tak payah mempertikaikan berapa umur mereka. FAM tidak akan menyertainya kerana semua cerita telah habis dan kita tidak akan mengambil bahagian," titah baginda di sini, malam tadi.
Friday, June 8, 2012
SINGAPORE VS MALAYSIA STREAMING BOLA
Untuk
perlawanan SINGAPORE VS MALAYSIA VS | SINGAPURA VS MALAYSIA pada 7 pm ini, blog AWESOME ada menyediakan link ke LIVE
STREAMING SINGAPORE VS MALAYSIA | SINGAPURA VS MALAYSIA. Don’t
miss this game
Klik link ini.
Tuesday, May 29, 2012
Website Yang Berguna Untuk Semua
Dah penah lawati site klik1malaysia.com ?
Site tersebut merupakan satu direktori kepada semua portal e-kerajaan, akhbar online sedunia, enjin carian terkenal, e-perbankan dan macam-macam lagi la
One stop center for all
Memang menyenangkan lah
Anda pasti senyum lebar
~AWESOME~
P.S: Kat situ boleh submit link blog juga. Kalo berjaya, blog anda akan dimasukkan dalam senarai rakan blogger.
Monday, May 28, 2012
Wawa Zainal Biodata
Nama sebenar : Nur Hawa Zainal Abidin
Nama Komersial : Wawa Zainal
Tarikh Lahir : March 12 , 1991
Asal : Lahad Datu , Sabah
Keluarga : Anak kelapan dari 11 adik-beradik
Friday, May 18, 2012
Fiffy Natasya (Profile dan Gambar)
PROFILE
Era Persekolahan |
Nama Penuh : Fiffy Natasya Binti Suhaimi
Nama Komersial : Fiffy Natasya
Umur : 19 Tahun (2012)
Tarikh Lahir : 26 April 1993
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Tinggi : 143 cm
Kerjaya : Penyanyi , Pelakon , Model, Duta
Minat : Menyanyi, Jpop, Shopping, Fb-ing
Thursday, April 12, 2012
Kerasionalan Kewujudan Unsur Tradisi Pemerintahan Beraja Dalam Perlembagaan Malaysia
Seperti yang dijanjikan!! ~ ~
Sambungan dari Unsur-Unsur Tradisi Di Dalam Kontrak Sosial
Sambungan dari Unsur-Unsur Tradisi Di Dalam Kontrak Sosial
s
PEMERINTAHAN
BERAJAYang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah |
a.
Sejarah
dan Latar Belakang
Sistem
Beraja ialah sistem pemerintahan yang tertua di dunia, ia dipercayai wujud
sejak 3000 tahun dahulu. Orang Melayu secara khususnya telah berabad lamanya
diperintah berdasarkan pemerintahan beraja di Tanah Melayu. Menurut sistem
beraja ini, raja mempunyai kuasa mutlak dalam semua urusan pemerintahan dan
pentadbiran negeri dengan dibantu oleh para pembesar negeri khususnya semasa
era jajahan British.
Menurut
Datuk Shamsul Amri Baharuddin (2007, hal
109), Raja-Raja Melayu masih diiktiraf sebagai pemerintah yang berdaulat
dan berkuasa penuh di negeri masing-masing semasa penjajahan British di Tanah
Melayu. Namun, raja-raja mesti menerima nasihat Residen British dalam semua
perkara kecuali adat istiadat Melayu dan agama Islam. Keadaaan ini berlanjutan
sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Selepas pendudukan Jepun, British
memperkenalkan Malayan Union di mana kuasa raja-raja dihapuskan. Tetapi ia
telah mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu seterusnya kuasa Raja-Raja
Melayu dikembalikan semula di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada
tahun 1948.
Kesultanan
Melayu itu adalah satu manifestasi iaitu satu lambang keagungan tamadun bangsa (Raja Nazrin Shah, 2011). Kedatangan
orang Eropah telah mengubah sistem politik tradisional orang Melayu berpegang
kepada sistem beraja mutlak kepada sistem raja berperlembagaan dan demokrasi
berparlimen. Menurut Kamus Dewan Edisi
Empat, Raja Berperlembagaan bermaksud raja yang pemerintahannya tertakluk
pada peruntukan perlembagaan Negara. Hal ini diterangkan lebih jelas lagi oleh Dato’ Salehuddin Saidin (2009, hal 2),
bahawa Raja Berperlembagaan yang diamalkan di Malaysia menggunakan konsep
‘trias politica’ atau politik tiga serangkai yang mana raja adalah ketua Negara
di samping kewujudan cabang legislatif, eksekutif dan kehakiman selagi mengikut
lunas-lunas perlembagaan yang telah ditetapkan.
Menurut
Profesor Anthony Milner (2011),
Institusi Raja Melayu di Malaysia adalah Raja Berpelembagaan yang proaktif dan
bersifat keterlibatan berbeza dengan konsep Raja Berpelembagaan British yang
mempunyai kuasa terbatas. Sesungguhnya sejarah mencatatkan Istana Raja Melayu
itu dahulu berperanan sebagai pusat berkembangnya tamadun bangsa.
Labels:
CTU,
Fakta,
Info,
Informasi,
Institut Kefahaman Islam,
Kerajaan,
Malaysia,
Pemerintahan Beraja,
Sejarah,
Unsur-Unsur Tradisi
Saturday, April 7, 2012
Watak Upin & Ipin Jika Hidup
Enjoy!!
Admin: Patut watak Upin dan Ipin yang bakal dipentaskan nanti lebih kecil dan comel. :-)
Sunday, April 1, 2012
Contribution of Manufacturing Sector in Malaysian Economy
Peugeot vehicles sold in Malaysia are manufactured at Naza Automotive Manufacturing in Gurun, Kedah. |
What
is meant by the manufacturing sector? Manufacturing is a wealth-producing
sector of an economy, whereas a service sector tends to be wealth-consuming
according to some economists. In addition,
manufacturing sector is closely connected with engineering and industrial
design which manufacturing has a large influence in the country’s economy. As
we know, Malaysia today is middle income with a multi sector economy based on
services and manufacturing. The competition to be a leader in the high-value
added manufacturing sector will become a bigger challenge in the years ahead with
many rapidly growing and developing economies emerging in different parts of
the world.
Recently,
manufacturing industries in Malaysia grow very rapidly if compared to previous
decades. With the rapidly grow of manufacturing industries, the government has
to play its role in order to ensure every aspect of current trading policies
and regulatory to be obeyed. Manufacturing contributes much to the progress of
our economy. According to the public lecture by Professor Ha-Joon Chang
recently, he stated that the motion that an economy cannot succeed without a
big manufacturing base. At the same time, he has persuasively argued that the
manufacturing sector should still be the key engine of economic growth,
providing a number of reasons as to why it is fallacious to think that the services
sector should or can be the main driver of economic growth in economies at
Malaysia’s stage of development.
Labels:
Contribution,
Info,
Informasi,
Isu Semasa,
Kerajaan,
Malaysia,
Pembuatan,
Perkilangan
Subscribe to:
Posts (Atom)