Vanuatu: Aktiviti skuba merupakan tarikan pelancong yang sangat popular di sini. Tsunami bukanlah sesuatu yang asing di Vanuatu, dan gempa bumi mempunyai kesan negatif terhadap ekonomi negara tersebut.
Nauru: Sebuah bekas tanah jajahan Empayar Jerman yang juga dikenali sebagai Pleasant Island of the South Pacific. Orang-orang Nauru terpaksa mengumpul air hujan semasa musim tengkujuh antara November dan Februari kerana sumber air tawar yang terhad.
Tuvalu: Sebuah negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan dengan Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara. Mereka tidak mempunyai kekuatan tentera, dan tidak membelajakan wang pada sistem pertahanan. Tuvalu juga adalah negara terkecil ke-4 di dunia.
Comoros: Negara kepulauan Afrika di Lautan Hindi antara Mozambique dan Madagascar. Pulau ini merupakan jajahan Perancis pada zaman dahulu, dan hari ini ada sekitar 300 000 orang Comorian tinggal di Perancis. Selain itu, 98% daripada penduduknya adalah beragama Islam.
Guernsey: Adalah sebuah negara yang berada di bawah tanggungjawab United Kingdom tetapi mereka tidak dikira sebagai sebahagian daripada Inggeris, serta Kesatuan Eropah. Guernsey terletak di Selat Inggeris di pantai Normandy.
Isle of Man: Juga dikenali sebagai Mann, dengan lokasi di Laut Ireland antara pulau United Kingdom dan Ireland. Negara ini bukan sebahagian daripada Kesatuan Eropah. Pulau ini telah dihuni sejak sebelum 6500 sebelum masihi.
Tokelau: Negara berpemerintahan sendiri di wilayah luar kawasan New Zealand yang terdiri daripada tiga pulau. Nama Tokelau adalah berasal dari perkataan Polinesia yang bermaksud "angin utara". Pulau ini mempunyai ekonomi terkecil dari mana-mana negara di dunia di mana bergantung sepenuhnya pada subsidi dari New Zealand. Selain itu, 96% daripada penduduk adalah beragama Kristian dan 57% dari penduduk adalah perempuan.
Cook Islands: Sebuah kerajaan berparlimen demokrasi. Dengan lebih daripada 90 000 pelancong pada setiap tahun, pelancongan adalah sektor ekonomi yang terbaik di negara itu. Cook Islands mendapat nama oleh pengembara Inggeris, Kapten James Cook ketika dia tiba pulau tersebut pada tahun 1773.
Kepulauan Pitcairn: Secara rasminya bernama Henderson, Ducie dan Kepulauan Oeno. Ia adalah empat pulau gunung berapi berkelompok yang sebelumnya merupakan jajahan Inggeris. Bahasa pertuturan terdiri dari campuran dari bahasa Inggeris dan Tahiti.
Republik Nagorno-Karabakh: Republik yang bebas yang terletak di antara Armenia dan Azerbaijan. Nagorno Karabakh adalah salah satu kawasan yang paling banyak di bom oleh Soviet Union kerana Perang Nagorno-Karabakh. 95% daripada penduduk adalah orang Armenia, dan selebihnya adalah orang Greece.
5 Komen Yang Awesome:
wow..nice thanks for the info
waaa bnyk nya ngara yg kita xknl ye
wah! banyak nye! betapa kunonye aku dok kt m'sia ni ha.. x nah dgr pon nme negara2 tu sume., entah2, kalau dok bwk bersembang, kuar nme negara TokelaU tu, agak2 nye, mungkin aku ingt tu sejenis binatang kot. hahahhaha
thx2
@Aj: Sharing is caring :)
@kasihkuamiera: banyak lagi yg kita jarang dgr..insyallah sy akan cari untuk kongsi bersama :)
@nohfee: hehe..x hengat punye ketawa yer..BTW kne this facts ok.
huh! tak penah aku tgk bendera nie..
Latest Entry :
-> Nak Bau Ketiak Aku ? Kompem Hilang Stress Korang !
-> Ingin Mencari Cinta, 10 Petanda Seseorang Ini Adalah Jodoh Kita !
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda kawan-kawan.
Maaf kalau tak sempat balas komen-komen korang semua.
Kunjungan anda akan dibalas oleh saya :-)
Jangan lupe like page kami di facebook. Awesome Blog