Showing posts with label Institut Kefahaman Islam. Show all posts
Showing posts with label Institut Kefahaman Islam. Show all posts

Monday, September 17, 2012

Aktres Innocence of Muslims Tertekan

Bantah!!


AKTRES filem mencetuskan amarah masyarakat Islam dunia, terpaksa menelan pil tidur apabila merasa dikecam dan  tidak selamat selepas protes dan pembunuhan  berlaku berikutan tersiarnya klip video Innocence of Muslims di YouTube sejak seminggu lalu.

Anna Gurji, 21, mendakwa melakonkan watak isteri muda kepada seorang lelaki bernama George, tetapi pengarahnya Nakoula Basseley atau dikenali sebagai Sam Bacile, bertindak menukarnya kepada Muhammad.

"Saya tidak tahu George ditukar kepada Muhammad. Kini saya hanya berkurung di rumah. Saya bimbang masyarakat dunia memusuhi saya kerana filem itu.

"Saya penganut Kristian Katolik, jadi mereka terfikir saya juga menentang Islam.Saya berasa dikhianati Bacile. Saya telah dikenali seluruh dunia dan jujur saya akui berasa malu apabila menonton watak itu," katanya kepada The Mail Online.

Sunday, July 8, 2012

Islamic Education Through Infographics

Islam is beautifully simplistic!



Sempena bulan Ramadhan yang hampir tiba, jom kita berlumba-lumba menambah ilmu dan amalan untuk bertemu dengan-Nya. Islamographic. Infografik di sini sangat menarik dan boleh dijadikan wallpaper desktop korang. Tak susah pun kan... :-) AWESOME!

Thursday, April 12, 2012

Kerasionalan Kewujudan Unsur Tradisi Pemerintahan Beraja Dalam Perlembagaan Malaysia

Seperti yang dijanjikan!! ~ ~
Sambungan dari Unsur-Unsur Tradisi Di Dalam Kontrak Sosial
s
PEMERINTAHAN BERAJA
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah
a.      Sejarah dan Latar Belakang
Sistem Beraja ialah sistem pemerintahan yang tertua di dunia, ia dipercayai wujud sejak 3000 tahun dahulu. Orang Melayu secara khususnya telah berabad lamanya diperintah berdasarkan pemerintahan beraja di Tanah Melayu. Menurut sistem beraja ini, raja mempunyai kuasa mutlak dalam semua urusan pemerintahan dan pentadbiran negeri dengan dibantu oleh para pembesar negeri khususnya semasa era jajahan British.

Menurut Datuk Shamsul Amri Baharuddin (2007, hal 109), Raja-Raja Melayu masih diiktiraf sebagai pemerintah yang berdaulat dan berkuasa penuh di negeri masing-masing semasa penjajahan British di Tanah Melayu. Namun, raja-raja mesti menerima nasihat Residen British dalam semua perkara kecuali adat istiadat Melayu dan agama Islam. Keadaaan ini berlanjutan sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Selepas pendudukan Jepun, British memperkenalkan Malayan Union di mana kuasa raja-raja dihapuskan. Tetapi ia telah mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu seterusnya kuasa Raja-Raja Melayu dikembalikan semula di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.

Kesultanan Melayu itu adalah satu manifestasi iaitu satu lambang keagungan tamadun bangsa (Raja Nazrin Shah, 2011). Kedatangan orang Eropah telah mengubah sistem politik tradisional orang Melayu berpegang kepada sistem beraja mutlak kepada sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, Raja Berperlembagaan bermaksud raja yang pemerintahannya tertakluk pada peruntukan perlembagaan Negara. Hal ini diterangkan lebih jelas lagi oleh Dato’ Salehuddin Saidin (2009, hal 2), bahawa Raja Berperlembagaan yang diamalkan di Malaysia menggunakan konsep ‘trias politica’ atau politik tiga serangkai yang mana raja adalah ketua Negara di samping kewujudan cabang legislatif, eksekutif dan kehakiman selagi mengikut lunas-lunas perlembagaan yang telah ditetapkan.

Menurut Profesor Anthony Milner (2011), Institusi Raja Melayu di Malaysia adalah Raja Berpelembagaan yang proaktif dan bersifat keterlibatan berbeza dengan konsep Raja Berpelembagaan British yang mempunyai kuasa terbatas. Sesungguhnya sejarah mencatatkan Istana Raja Melayu itu dahulu berperanan sebagai pusat berkembangnya tamadun bangsa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...