Monday, February 20, 2012

HIV AIDS - Pencegahan, Penjagaan,Sokongan


Di Malaysia, lebih dari 10 orang dikesan positif AIDS pada setiap hari. Selama ini kita mempunyai tanggapan yang keliru mengenai HIV AIDS , seringkali yang kita dan masyarakat  lakukan adalah dengan mengasingkan pesakit HIV AIDS dari lingkungan sosial kita. Banyak dari kita yang beranggapan bahawa penyakit dari para pesakit tersebut boleh berjangkit jika kita selalu berdekatan dengan mereka. Hal ini sangat mengelirukan dan membimbangkan terutamanya kepada emosi si pesakit. Ingat, pesakit yang menghidapi HIV AIDS adalah seseorang yang sangat memerlukan orang lain dalam menjalankan hidupnya dan AIDS tidak menular dengan mudahnya melalui udara seperti flu. Di sini lah letaknya kekurangan masyarakat kita dalam memahami penyakit HIV AIDS. 

HIV AIDS

Ada baiknya kita mengenal dulu apakah HIV AIDS itu. Dari sini kita dapat mengetahui hal-hal yang kita boleh lakukan jika berkaitan dengan para pesakit. Pada awalnya virus yang masuk ke dalam tubuh manusia merupakan virus HIV yang menghancurkan sel darah putih yang bertugas untuk melawan penykit. Ketika virus HIV berkembang di dalam tubuh dan menyerang kekebalan tubuh, makan virus ini akan berubah menjadi AIDS.

Seperti yang telah diterangkan di atas, HIV AIDS tidak menular dengan mudahnya melalui udara seperti influenza , penyakit ini menular melalui darah, air mani atau cecair vagina. Biasanya mudah menular apabila berkaitan dengan seks, sama ada secara vaginal, anal mahupun oral. Virus boleh masuk dan menjangkiti orang yang sihat melalui mulut atau luka kecil yang biasanya terdapat di vagina mahupun dubur selama aktiviti seksual dilakukan, disebabkan itulah pengamalan seks bebas atau seks songsang mempunyai peratusan yang tinggi untuk dijangkiti. Selain itu virus ini dapat juga masuk melalui pemindahan darah, berkongsi jarum suntikan dan kehamilan. 

GEJALA HIV AIDS

Malangnya penyakit HIV AIDS seringkali sukar dikesan pada awalnya, kerana pesakit biasanya mengeluh sakit seperti mengalami selesema biasa yang terjadi dalam jangka waktu yang lama sehingga berminggu-minggu. Gejala HIV AIDS untuk setiap orang sangat berbeza , hal ini bergantung kepada imunisasi tubuh dari orang tersebut. Ada juga yang disebut masa inkubasi, yang paling lama masa inkubasi ini adalah 10 tahun. Masa inkubasi adalah proses transformasi virus dari HIV menjadi AIDS, biasanya dalam masa inkubasi ini pesakit sama sekali tidak merasa bahawa dirinya dijangkiti HIV sehingga sangat jarang dari mereka yang periksa ke dokter. Ketika sudah dijankiti AIDS, gejala HIV AIDS yang sering terjadi adalah kurangnya tenaga, berat badan yang menurun mendadak, sering demam dan berpeluh tanpa sebab, jangkitan kulat kering, ruam kulit, kehilangan memori jangka pendek dan jangkitan luka herpes.

Para pesakit HIV AIDS cenderung berakhir dengan kanser , iaitu kanser rahim dan kanser sistem imun tubuh atau yang biasa disebut limfosi. Ketika pesakit sudah didapati menderita kanser dengan HIV AIDS maka harapan hidupnya hanya akan mencapai 2-3 tahun saja.  Ingat, diagnosis HIV tidak semestinya mati. Ramai orang telah mendapat manfaat dari terapi antiretroviral.

PENCEGAHAN HIV AIDS

Setelah kita mengetahui apa itu HIV AIDS dan punca-puncanya, serta cara penularannya, sepertinya cara pencegahan HIV AIDS sudah cukup jelas untuk kita lakukan. Iaitu untuk selalu tidak berganti-ganti pasangan seksual dan selalu menggunakan alat keselamatan ketika melakukan hubungan seksual. Mengelakkan seks bebas juga merupakan salah satu langkah yang harus kita lakukan. Jauhi dari perkongsian jarum secara bergantian yang memudahkan penularan virus HIV.

PS: Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh rujuk Majlis AIDS Malaysia di http://www.mac.org.my/v2/who-we-are/mac/?lang=my
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 Komen Yang Awesome:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda kawan-kawan.
Maaf kalau tak sempat balas komen-komen korang semua.
Kunjungan anda akan dibalas oleh saya :-)

Jangan lupe like page kami di facebook. Awesome Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...