Showing posts with label 1Malaysia. Show all posts
Showing posts with label 1Malaysia. Show all posts

Monday, September 30, 2013

Butiran Awal BR1M 3.0 2014


  • Pembayaran BR1M 3.0 akan dibayar 2 kali setahun bermula tahun 2014
  • Pembayaran BR1M 3.0 Malaysia akan dibayar terus ke akaun bank anda
  • Tujuannya, kerajaan mahu menggalakkan penerima menggunakan wang bantuan secara berhemah dan berbelanja mengikut keperluan.
  • Pengumuman BR1M 3.0 Malaysia akan diumumkan dalam Pembentangan Belanjawan 2014 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, 25 Oktober 2013 ini.


  • P.S: JIKA ANDA MENCARI POWERBANK ORIGINAL, 

    KLIK LINK ----> Yoobao Powerbank

    Friday, November 2, 2012

    Daftar Online Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0)

    Kerajaan Malaysia!!

    Bagi sesiapa yang masih belum isi Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 boleh download atau isi online di link berikut:


    Jom isi bagi yang LAYAK.

    Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)



    Perhatian


    • Isi rumah yang layak (RM500):
    (i) Warganegara Malaysia;
    (ii) Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan
    isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
    > Berkahwin;
    > Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
    > Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
    (iii) Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar
    bulanan RM3,000 dan ke bawah.

    Tuesday, October 30, 2012

    Keputusan Penuh Anugerah Bola Sepak Kebangsaan FAM 2012

    Tahniah!!


    Penjaga Gol Terbaik - Khairul Fahmi Che Mat

    Pertahanan Terbaik - Aidil Zafuan

    Pemain Tengah Terbaik - Safiq Rahim

    Penyerang Terbaik -Norshahrul Idlan

    Jurulatih Terbaik : B.Sathianathan

    Pemain Import Terbaik - Marlon Alex James

    Friday, September 14, 2012

    Kereta Terbaru Datuk Lee Chong Wei

    Tahniah Dato'!!

    Lee Chong Wei dikhabarkan telah membeli sebuah lagi kereta mewah iaitu Bentley Continental GT dengan nombor pendaftaran kenderaan BKQ 6. Bentley Continental GT itu berharga dalam lingkungan RM 688,000 tak termasuk cukai jalan. Duti import bersama cukai jalan di Malaysia, harganya mungkin mencecah hampir RM1,350,000 ke RM1,988,000. Kerja keras pasti ada hasilnya. 

    Thursday, August 30, 2012

    Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)

    Senarai Terkini


    Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan objektif untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.

    Tapi perlu diingatkan, sila baca semua syarat dan terma sebelum membeli. Pastikan disemak dahulu maklumat lengkap berkaitan syarikat, kadar diskaun dan syarat diskaun yang boleh disemak di www.1pengguna.com/kads1m. Syarikat lain yang berminat untuk menyertai KADS1M perlu melengkapkan borang permohonan dan mengembalikannya kepada sekretariat KADS1M bagi proses selanjutnya.

    Sunday, July 8, 2012

    FAM Tidak Akan Kemukakan Bantahan Rasmi Kepada AFC


    Muktamad!


    SULTAN Ahmad Shah bertitah mengesahkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak akan menghantar bantahan rasmi berhubung dakwaan Myanmar menurunkan pemain lebih umur pada pusingan kelayakan Piala Asia Bawah 22 Tahun, yang berakhir Selasa lepas di Yangon.

    Sehubungan itu, Presiden FAM bertitah agar tidak mempertikaikan umur mereka kerana "semua cerita telah selesai."

    "Kita tak payah mempertikaikan berapa umur mereka. FAM tidak akan menyertainya kerana semua cerita telah habis dan kita tidak akan mengambil bahagian," titah baginda di sini, malam tadi.

    Tuesday, May 29, 2012

    Website Yang Berguna Untuk Semua

    Dah penah lawati site klik1malaysia.com ? 
    Site tersebut merupakan satu direktori kepada semua portal e-kerajaan, akhbar online sedunia, enjin carian terkenal, e-perbankan dan macam-macam lagi la
    One stop center for all
    Memang menyenangkan lah
    Anda pasti senyum lebar
     ~AWESOME~

      
    P.S: Kat situ boleh submit link blog juga. Kalo berjaya, blog anda akan dimasukkan dalam senarai rakan blogger.

    Saturday, March 24, 2012

    UNSUR-UNSUR TRADISI DI DALAM KONTRAK SOSIAL

    PENGENALAN
    Jata Negara
              Kebanyakan Perlembagaan Persekutuan mengandungi amalan yang diwarisi daripada zaman penjajahan, kecuali peruntukan tentang pentadbiran, parlimen dan kewarganegaran.Terdapat fasal-fasal yang diwarisi sejak zaman penjajahan dan masih dikekalkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Unsur-unsur tradisi sebenarnya telah wujud sejak ratusan tahun yang lalu sebelum pembentukan perlembagaan pada tahun 1957. Ia dianggap sebagai satu kontrak sosial yang meliputi 4 aspek termasuklah institusi beraja, agama islam, bahasa melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu. (Mohd Salleh Abas, 1985)

             Keempat-empat unsur tradisi ini diserap menjadi sebahagian daripada kandungan penting perlembagaan persekutuan. Ia berperanan menstabilkan sistem politik negara dan laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid menekankan betapa pentingnya perlembagaan mengambil kira faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957. (Mohamed Suffian Hashim, 1987).

              Ini menunjukkan betapa pentingnya unsur-unsur tradisi sehingga dilindungi di bawah Akta Hasutan dan dianggap sebagai isu-isu sensitif yang dilarang daripada dijadikan isu perbincangan awam. Ia juga merupakan satu pra-syarat dan permuafakatan yang telah dipersetujui dan diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu. Ini bermakna, orang Melayu diberikan hak istimewa, Islam menjadi agama persekutuan dan Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan sebagai pra-syarat penerimaan hak kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu. (Mohd Salleh Abbas, 1985).

            Pra-syarat ini menunjukkan bahawa pemimpin terdahulu telah menerima satu formula bagi menyelesaikan masalah yang wujud tanpa melibatkan konflik antara etnik di Tanah Melayu pada ketika itu.

    Thursday, September 16, 2010

    Trivia Hari Ini #4

    Hari Malaysia

    • Persekutuan yang baru di bawah nama Malaysia diwujudkan pada 16 September 1963.
    • Hari Malaysia menandakan peringatan penubuhan Persekutuan Malaysia apabila Sabah dan Sarawak telah menyertai Malaysia pada 1963.
    • Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar mulai tahun 2010.
    • Hari Malaysia akan disambut pada 16 September setiap tahun dan merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.
    • Sabah akan menjadi tuan rumah Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan yang pertama dalam sejarah.
    • 16 September juga adalah tarikh sebenar kemerdekaan bagi seluruh Malaysia kerana tarikh ini menjadi peringatan bahawa Sabah dan Sarawak bebas dari jajahan British dan menjadi sebahagian dari Malaysia.
    P.S : Selamat Bercuti.~.~.~

    Saturday, September 4, 2010

    Trivia Hari Ini #2

    Apakah negara yang mempunyai 
    kepadatan penduduk yang terbesar di dunia?
    CHINA
    • Negara China mempunyai anggaran hampir 1.3 bilion penduduk  sehingga 3 September 2010.
    • Hampir satu daripada setiap lima penduduk di Bumi ialah Cina.
    • Sehingga 3 September 2010 juga, Amerika Syarikat ialah negara ke-3 yang mempunyai kepadatan penduduk paling ramai iaitu hampir sebanyak 315 juta penduduk.
    • China dan Amerika Syarikat diliputi luas kawasan tanah yang hampir sama. ( 9.83 juta km2 )
    • Bolehkah anda bayangkan 1 bilion penduduk? Cara termudah untuk membayangkannya adalah  1 billion saat itu adalah sama dengan 31.7 tahun. AWESOME kan….
    • People ' Republic of China melaksanakan dasar satu famili satu zuriat pada 1979 untuk mengawal kepadatan penduduk yang semakin ramai dengan tahap kemiskinan yang tinggi.
    PS : Tanah air kita, Malaysia merupakan negara ke-44 yang mempunyai kepadatan penduduk yang terbesar di dunia. (Anggaran = 28 juta penduduk ). Merdeka..!!!


    Sunday, August 8, 2010

    Sebab Anda Perlu Join 1Malaysia Bloggers Community

    Tengah2 aku blogwalking, aku terjumpa satu site ni. Nama site ni 1Malaysia Blogger Community, so lets check it out!!

    Sebab anda perlu join 1Malaysia Bloggers Community:

    1. Buatan Malaysia

    2. Lebih kurang macam blogger community yang lain macam BlogMalaysia

    3. Form untuk submit blog yang simple (tak sampai 5 minit)

    4. Baru je 26 ahli yang listed setakat 8 ogos ni, so big chances blog anda untuk di"review" oleh admin

    5. Bila blog anda tlah approved, screenshot serta detail tentang blog anda akan dipaparkan di 1Malaysia Bloggers Community

    6. Can maximize ur followers

    7. Aku join community ni pun sbb usia blog "AWESOME" baru lagi...hehe

    1Malaysia Blogger Community
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...