202 SM - Berlangsungnya upacara pemahkotaan Liu Bang selaku Maharaja Gaozu dari Han, sekaligus bermulanya empat abad pemerintahan Dinasti Han di China.
1784 - John Wesley mempiagamkan Gereja Metodis.
1850 - Universiti Utah dibuka di Salt Lake City, Utah.
1854 - Parti Republikan Amerika Syarikat ditubuhkan di Ripon, Wisconsin.
1883 - Teater anekarama seperti persembahan silap mata, persembahan haiwan terlatih, lakonan dan nyanyian pertama dibuka di bandar Boston, Massachusetts.
1885 - Syarikat Telefon dan Telegraf Amerika ditubuhkan di Negeri New York sebagai anak syarikat American Bell Telephone. (American Bell kemudian bergabung dengan anak syarikatnya ini.)
![]() |
Tentera Boer Berada Dalam Formasi dalam Pertempuran Menentang British |
1900 - Perang Boer Kedua: Pengepungan Ladysmith berakhir selepas 118 hari dengan kemenangan British.
1953 - James D. Watson dan Francis Crick memberitahu rakan-rakan mereka bahawa mereka sudah berjaya menentukan struktur kimia DNA; pengumuman rasmi pula pada 25 April dalam jurnal Nature.
1935 - Ahli kimia bernama Wallace Carothers mencipta nilon semasa bekerja dengan syarikat DuPont.
![]() |
USS Houston |
1942 - Perang Dunia Kedua: Kapal USS Houston (CA-30) karam dalam Pertempuran Selat Sunda, menyebabkan 693 orang krew terkorban.
1947 - Peristiwa 228: Keadaan huru-hara akhirnya reda di Taiwan setelah meragut 30,000 nyawa.
1974 - Setelah tujuh tahun dingin, Amerika Syarikat dan Mesir menjalinkan semula hubungan diplomatik.
1985 - Tentera Republikan Ireland Sementara mencetuskan serangan motar di balai polis Pasukan Konstabel Ulster Diraja di Newry, menyebabkan sembilan orang pegawai terkorban.
1986 - Perdana Menteri Sweden Olof Palme dibunuh di Stockholm.
1991 - Berakhirnya Perang Teluk pertama.
1998 - Perang Kosovo: Polis Serbia mula menyerang Tentera Pembebasan Kosovo di Kosovo.
2008 - Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra ditahan atas tuduhan rasuah sebaik sahaja kembali di Thailand selepas berbulan-bulan tinggal dalam buangan.
![]() |
Upacara Penutupan Sukan Olimpik Vancouver 2010 |
2010 - Sukan Olimpik Musim Sejuk 2010 berakhir di Vancouver, dengan tuan rumah Kanada mendapat rekod 14 pingat emas.
0 Komen Yang Awesome:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda kawan-kawan.
Maaf kalau tak sempat balas komen-komen korang semua.
Kunjungan anda akan dibalas oleh saya :-)
Jangan lupe like page kami di facebook. Awesome Blog