Showing posts with label Pelik. Show all posts
Showing posts with label Pelik. Show all posts

Monday, September 17, 2012

Cara Bayar Saman Paling LOL (9 Gambar)

Terlebih kreatif...

Seorang pengguna YouTube, Bacon Moose telah dikenakan saman trafik kerana melanggar lampus isyarat merah. Jadi apa yang dia lakukan? Dia membayar saman tersebut dengan menghabiskan 6 jam untuk menghasilkan 137 origami mini berbentuk khinzir daripada wang kertas 1 dolar dan dilambakkan di dalam kotak Dunkin' Donuts sebagai tanda protes. Kreatif tak bertempat...

Thursday, September 6, 2012

Roti Bakar Super Duper Comel (14 Gambar)

Seni Yang Comel....

Kami di sini amat meminati seni roti bakar yang serius kreatif. Pada 29 May yang lalu, kami telah paparkan seni roti bakar yang mengabdikan potret selebriti terkenal seperti Marilyn Monroe. Hari ini kami kongsikan beberapa gambar seni roti bakar yang kawaii dan anda boleh mencubanya sendiri di rumah. Di akhir post ni, kami akan tunjukkan bagaimana caranya. FYI, semua seni roti bakar ini adalah hasil ciptaan blogger dari Jepun. Cool beans... 

Ilusi Optik Senggama Minda

Oh! Ini Memang...

Ilusi optik terbaik kami lihat pada tahun ini. Memang sangat genius idea beliau.
 Brusspup - The Master Illusionist.

Tuesday, September 4, 2012

Koleksi Barangan Star Wars Paling Epik!!

Koleksi Terbaik!!

Semua orang di dunia ini mempunyai wishlist atau impian sama ada untuk memenuhi minat dan hobi atau sekadar memuaskan nafsu yang tidak penah puas. Pemilik kepada koleksi barangan Star Wars paling rare, Cho Wong tahu bagaimana nak mempamerkan seluruh koleksi berharga beliau supaya anda ternganga. 

Korang pun tahu, patung figura kecil sekecil tapak tangan pun mampu mengempiskan dompet bagi kipas-susah-mati untuk mendapatkan koleksi edisi terhad Star Wars tersebut. Kami disini sememangnya tercari-cari apakah benda yang paling AWESOME sebagai wishlist terbaru untuk tahun 2013 nanti..

Saturday, July 28, 2012

Video Lulz Minggu Ini

Weird...

Put him on America's Got Talent please...hehe. Khas untuk peminat techno di Alam Malaya. Kalah Jalil Hamid. Pok pok pok


Thursday, July 26, 2012

Keajaiban Air Zam-Zam Yang Perlu Kita Tahu!!

Mesti Tahu...


Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali.

Seorang pengkaji diperintahkan oleh Raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir.

Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta orang.

Tuesday, July 24, 2012

Giler! Melantak 1000 Keping Keju 1050 Keping Bacon

Man Vs Food (10 Gambar)

Rasa-rasa korang mampu makan burger menggunung macam ni? Ini hanya terdapat di Burger King Jepun. 1000 keping keju dianggarkan mengandungi 45,661 kalori. Ini sangat monstrous bagi manusia biasa untuk telan semua ni. Bukan burger keju saje dia sental, dia penah cuba memakan 1050 keping bacon juga disediakan khas oleh Burger King. Banyak-banyak mengucap la sebelum makan banyak ni terutamanya bila berbuka puasa masa bulan Ramadan ni ye dak.  ツ


Tuesday, May 29, 2012

Hoodies Star Wars Yang Ohsem

Are You Kidding Me? 

Zaman video tape dulu, memang teringin sangat nak pakai kostum Darth Varder kerana ia watak yang sangat cool. Semalam, tertengok balik rakaman Astro PVR Super Spontan dimana Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik memakai hoodie yang dizip sepenuhnya. Style jugak la pada yang berani memakainya. Kali ini, full faced Star Wars hoodies direka oleh Mad Engine berharga sekitar 70 dollar. Cool beans. Tapi hoodies ini dijangka akan dikomersialkan pada 29.8.2012 nanti. Jadi, cekidaut….AWESOME.


Roti Bakar Sebagai Seni

Kreatif!!

Bukan RotiKaya tapi roti bakar. Lepak di kedai mamak sambil pekena roti bakar bersama telur separuh masak memang amat mengiurkan. Kali ini, seorang artis dari barat telah menggunakan roti bakar sebagai arca untuk mengabadikan potret selebriti terkenal seperti Marilyn Monroe dan setiap ahli kumpulan the Beatles. Cool beans. Henry Hargeaves telah menggunakan 900 keping roti untuk menyempurnakan projek beliau di Brooklyn, New York. AWESOME….

Monday, September 20, 2010

'Michelin Baby'

            Awesome!!! Seorang bayi bernama Lei Lei berusia 10 bulan di China mempunyai berat hampir 20 kg. My chubby nephew which aged 11 months having weight only 10.5 kilos! Memang berat sangat 20 kg bagi seorang bayi berusia 10 bulan. 
 

Friday, September 3, 2010

Trivia Hari Ini #1





  • Kupu-kupu merasa dengan kaki, dan bukan dengan sesungut.

  • Gajah ialah satu-satunya binatang yang tidak dapat melompat.

  • Purata hanya seorang sahaja dalam 2 bilion, akan hidup selepas umur 116 atau lebih. Kita kan umat yang mempunyai umur yang pendek. Lihat entri ni juga >>> Klik

  • Wanita mengelip mata hampir dua kali ganda banyak daripada lelaki.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...