Tuesday, March 6, 2012

6 Mac - Hari Ini Dalam Sejarah


  • 1521 - Ferdinand Magellan dan anak-anak kapalnya tiba di Guam dan disambut oleh orang-orang Chamorro.
  • 1788 - Armada Pertama tiba di Pulau Norfolk untuk mendirikan penempatan banduan.
  • 1834 - Bandar York di Kanada Hulu diperbadankan sebagai kota Toronto.
  • 1836 - Revolusi Texas: Angkatan tentera Mexico menawan Alamo selepas pengepungan selama 13 hari.
  • 1853 - Opera La Traviata ciptaan Giuseppe Verdi dipentaskan buat julung kalinya di kota Venice.
  • 1857 - Mahkamah Agung Amerika Syarikat membuat keputusan dalam kes Dred Scott, satu keputusan penting yang menyebabkan banyak pindaan perlembagaan.
  • 1869 - Dmitri Mendeleev mempertunjukkan jadual berkala unsur yang pertama kepada Persatuan Kimia Rusia.
  • 1899 - Syarikat kimia dan farmaseutikal dari Jerman, Friedrich Bayer & Co mendaftarkan Aspirin sebagai satu tanda dagangan.
  • 1945 - Petru Groza dari parti Frontul Plugarilor menjadi Perdana Menteri Romania.
  • 1946 - Ho Chi Minh memeterai perjanjian dengan pihak Perancis yang mengiktiraf Vietnam sebagai negeri berautonomi dalam Persekutuan Indochina dan Kesatuan Perancis.
  • 1953 - Georgy Maksimilianovich Malenkov menggantikan Joseph Stalin sebagai Perdana Menteri dan Setiausaha Agung Parti Komunis Kesatuan Soviet.
  • 1957 - Dua jajahan British di Afrika iaitu Gold Coast dan British Togoland merdeka lalu bergabung menjadi Republik Ghana.
  • 1964 - Pemimpin Nation of Islam Elijah Muhammad mengumumkan bahawa jaguh tinju Amerika Syarikat Cassius Clay menukar namanya kepada Muhammad Ali, sempena identiti barunya sebagai anggota pertubuhan itu.
  • 1964 - Constantine II menjadi Raja Greece.
  • 1967 - Anak perempuan Joseph Stalin iaitu Svetlana Alliluyeva melarikan diri ke Amerika Syarikat.
  • 1975 - Pembukaan rasmi Stadium Kota Raja Kelang oleh Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah.
  • 1987 - Feri Herald of Free Enterprise terbalik sewaktu meninggalkan pelabuhan Zeebrugge, Belgium, dan mengakibatkan kematian 193 orang.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 Komen Yang Awesome:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda kawan-kawan.
Maaf kalau tak sempat balas komen-komen korang semua.
Kunjungan anda akan dibalas oleh saya :-)

Jangan lupe like page kami di facebook. Awesome Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...