Wednesday, June 6, 2012

Shinji Kagawa Ke Manchester United


Pemain antarabangsa Jepun, Shinji Kagawa bersedia menjadi pemain pertama yang ditandatangani oleh Manchester United di musim panas selepas kelab Liga Perdana Inggeris itu mengesahkan mereka telah mencapai persetujuan dengan kelab Borussia Dortmund.

"Manchester United gembira untuk mengumumkan bahawa ia telah bersetuju dengan kedua-dua, Borussia Dortmund dan Shinji Kagawa untuk pemindahan beliau ke kelab," kata satu kenyataan United.


"Perjanjian itu tertakluk hanya kepada ujian perubatan pemain dan mendapatkan permit kerja United Kingdom. Perkara ini dijangka selesai menjelang akhir bulan Jun.
"Maklumat lanjut akan diumumkan dalam masa terdekat."

Pemain tengah berusia 23 tahun itu kini bersama tugasan pasukan kebangsaan bermain dalam kelayakan Piala Dunia Jepun menentang Oman, yang dimenangi Jepun 3-0 pada hujung minggu.


Kagawa hanya berharga EUR350,000  sewaktu menyertai Dortmund daripada kelab Liga-J, Cerezo Osaka pada tahun 2010. Dia telah menjaringkan 21 gol dalam 49 penampilan Bundesliga untuk Borussia, membantu mereka memenangi kejuaraan liga dua kali berturut-turut.


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 Komen Yang Awesome:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda kawan-kawan.
Maaf kalau tak sempat balas komen-komen korang semua.
Kunjungan anda akan dibalas oleh saya :-)

Jangan lupe like page kami di facebook. Awesome Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...