Berhati-hati!
Sila berhati-hati semasa membeli Samsung Galaxy S3 sama ada anda beli di kedai, kedai maya di facebook. Jangan dah terkena, baru nak pulang duit kembali. Memang tak dapat la nak tukar balik dengan kedai tersebut.
Showing posts with label Informasi. Show all posts
Showing posts with label Informasi. Show all posts
Friday, March 22, 2013
Samsung Galaxy S3 Palsu
Labels:
Android,
HTC,
Info,
Infografik,
Informasi,
iPhone,
iPhone 4,
Samsung,
Smartphone
Thursday, February 14, 2013
Printing Baju Murah
Anda tahu nak cari printing baju murah kat mana? Ni saya nak rekomen kat anda semua. Kualiti printing baju tshirt memang terbaik. Bukan tu sahaja, anda juga boleh tempah jaket korporat, baju korporat (uniform F1), tuala, pen, button badges, mug dan segala yang berkaitan dengan printing dan juga cenderahati.
Anda boleh layari fanpage facebook Group Cetak Baju Murah di sini. Pasti anda akan dapat servis printing baju murah di situ. Printing baju memang sangat mudah disini, hanya online tanpa perlu susah datang ke kedai.
Monday, October 15, 2012
Rekod Dunia Terjunan Udara Felix Baumgartner
Rekod!
Setelah gagal dalam cubaan pertama disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan, hari ini 15 Oktober 2012 antara pukul 1 pagi hingga 2 pagi waktu Malaysia, Felix Baumgarnter telah berjaya terjun daripada kedudukan 127,900 kaki daripada darat. Felix Baumgartner (43) telah berjaya merekodkan nama rekod dunia melakukan terjunan tertinggi dunia dan pada masa yang sama menjadi manusia pertama melakukan terjunan pada kelajuan supersonik. Terjunan tersebut mencapai kelajuan sehingga 980 kilometer sejam. Ini sangat gila bagi penerjun biasa! Felix Baumgartner juga pernah mencatat rekod di Malaysia. Nak tahu kena baca lagi.
Untuk pengetahuan korang, penerjun udara biasanya terjun pada altitud sehingga 4600 meter dan jatuh pada kelajuan lebih daripada 160 kilometer sejam. Mereka mengembangkan payung terjun pada altitud 600 meter hingga 900 meter dan kemudian meluncur ke bumi pada kelajuan kira-kira 16 kilometer sejam.
Monday, September 17, 2012
Carian Online Selebriti Paling Berisiko 2012
Berhati-hati...
INGAT!! Carian 'free download' dan 'nude pictures' selebriti berikut adalah paling berisiko untuk maklumat peribadi korang diceroboh. Berikut adalah carian online selebriti paling berisiko sepanjang tahun 2012 di internet untuk diserang spyware, adware, spam, phishing, virus dan malware:
Sunday, September 16, 2012
Sextillion
Info...
‘Sextillion’ adalah ungkapan untuk penemuan bintang baru. Menurut ahli astronomi barat, wujud lebih dari 300 sextillion bintang sekarang . Tapi adakah korang tahu apa itu ‘sextillion’ ? Cubalah selongkar di entri wolframalpha sebelum ni.
Thursday, August 30, 2012
Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)
Senarai Terkini
Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan objektif untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.
Tapi perlu diingatkan, sila baca semua syarat dan terma sebelum membeli. Pastikan disemak dahulu maklumat lengkap berkaitan syarikat, kadar diskaun dan syarat diskaun yang boleh disemak di www.1pengguna.com/kads1m. Syarikat lain yang berminat untuk menyertai KADS1M perlu melengkapkan borang permohonan dan mengembalikannya kepada sekretariat KADS1M bagi proses selanjutnya.
Sunday, July 29, 2012
Google Fiber: 1000 Mpbs Menjadi Taruhan
Evolusi...
Trend baru Internet bermula apabila Google Fiber diperkenalkan oleh Google baru-baru ini. Google Fiber diperkenalkan dengan kelajuan internet yang 100 kali lebih cepat daripada apa yang kebanyakan rakyat Amerika ada hari ini. Pada video di bawah, kita boleh lihat evolusi Internet dengan cinematography yang agak comel dalam iklan ni. Kita boleh tengok kan macam mana iklan yang kreatif boleh mempengaruhi seseorang tu. Em..kalo tak salah, Maxis ada pelan HSBB 30 Mpbs iaitu speed Internet paling tinggi kat Malaysia setakat ni.
Friday, July 27, 2012
Koleksi Minuman Ringan Era 80 - 90an
Klasik...
Sedikit info. Pepsi dan Coca-Cola adalah antara syarikat gergasi yang memasarkan produk mereka ke lebih 200 negara. Coca-Cola mula diperkenalkan pada tahun 1886 manakala Pepsi mula diperkenalkan pada 1898 dan kedua-dua produk minuman ni berasal dari Amerika Syarikat.
Wednesday, July 25, 2012
Bagaimana Melihat Website Dalam Paparan 3D
Anda Bosan?
Paparan Facebook AWESOME dalam bentuk 3D. Kalau nak cuba, buka apa-apa website dengan Mozilla Firefox, kemudian right click dan pilih Inspect Element ataupun cuba Ctrl+Shift+I. Lepas tu klik pada 3D View. Tapi ingat, Mozilla Firefox 11 ke atas saje yang boleh. Sekarang korang boleh 'Suka Suka Hati' buat wallpaper atau saje simpan sebagai screenshot. Mode ni berguna untuk web developer walaupun admin tak nampak apakah kegunaanya.
P.S: Saje 'bold' kan ungkapan 'Suka Suka Hati' sebab tertarik dengan Chef Ammar El-Ali dalam rancangan Hidangan Barakah kat TV Al-Hijrah. Hehe...
Sumber: addictivetips
Paparan Facebook AWESOME dalam bentuk 3D. Kalau nak cuba, buka apa-apa website dengan Mozilla Firefox, kemudian right click dan pilih Inspect Element ataupun cuba Ctrl+Shift+I. Lepas tu klik pada 3D View. Tapi ingat, Mozilla Firefox 11 ke atas saje yang boleh. Sekarang korang boleh 'Suka Suka Hati' buat wallpaper atau saje simpan sebagai screenshot. Mode ni berguna untuk web developer walaupun admin tak nampak apakah kegunaanya.
![]() |
| Klik Untuk Tumbesaran |
Sumber: addictivetips
Tuesday, July 24, 2012
Giler! Melantak 1000 Keping Keju 1050 Keping Bacon
Man Vs Food (10 Gambar)
Rasa-rasa korang mampu makan burger menggunung macam ni? Ini hanya terdapat di Burger King Jepun. 1000 keping keju dianggarkan mengandungi 45,661 kalori. Ini sangat monstrous bagi manusia biasa untuk telan semua ni. Bukan burger keju saje dia sental, dia penah cuba memakan 1050 keping bacon juga disediakan khas oleh Burger King. Banyak-banyak mengucap la sebelum makan banyak ni terutamanya bila berbuka puasa masa bulan Ramadan ni ye dak. ツ
Saturday, July 21, 2012
Bagaimana Penduduk Mekah Mula Berbuka Puasa?
Sejarah..
Dalam tempoh 50 tahun yang lalu, penduduk Mekah tidak kira tua atau muda akan mendengari tembakan meriam sebagai tanda untuk berbuka puasa atau memulakan puasa pada setiap hari. Meriam tersebut terletak di Jabal Al-Mifda yang dinamakan oleh penduduk Makkah sendiri. Semua ini sebelum kemunculan pembesar suara dan bekalan elektrik di luar kawasan tumpuan. Agak unik jika dibandingkan di Malaysia, atuk nenek kita dahulu bersahur dan berbuka puasa bila bunyi beduk atau kerantung dipalu.
Wednesday, July 18, 2012
Ensiklopedia Alam Semesta Interaktif
Outrageously Cool...
Anda pernah khatam satu Ensiklopedia seumur hidup anda? Jika pernah, memang anda AWESOME. Sains merupakan suatu subjek yang mengujakan sejak dari kecil. Ia membuatkan anda rasa sangat bersyukur kerana lahir sebagai hamba yang hidup di muka Bumi nan indah. Aplikasi yang dibangunkan oleh Huang Twins ini memang sangat berguna. Jadi, bebudak sekolah sekarang yang diberi kebenaran membawa telefon bimbit dan iPad mungkin akan menggunakan aplikasi ini di sekolah mereka.
Labels:
Bumi,
encyclopaedia,
Ensiklopedia,
Info,
Informasi,
Sains,
Technology,
Teknologi
Nintendo vs. SEGA (Infografik)
Evolusi...
Apa yang anda tahu pasal sejarah video game dan logo syarikat permainan video yang pernah popular pada satu ketika dulu? Nintendo sangat popular dengan Super Mario Bros dan SEGA dengan permainan video Sonic the Hedgehog. Lebih dari 100 tahun beroperasi, Nintendo merupakan antara syarikat permainan yang paling legend pernah dibangunkan.
Labels:
Fakta,
Games,
Info,
Infografik,
Informasi,
Sonic the Hedgehog,
Super Mario
Tuesday, July 17, 2012
Jambatan LEGO Gergasi Di Jerman (6 Gambar)
Street Art..
Pada bulan Oktober
tahun lepas, pelukis jalanan Martin Heuwold aka Megx dari Jerman telah
menceriakan jambatan di Wuppertal, Jerman dengan struktur Lego gergasi menggunakan
cat berwarna seakan warna Lego. Serius
kreatif, nampak seakan macam ilusi kan.
Sunday, July 8, 2012
Islamic Education Through Infographics
Islam is beautifully simplistic!
Sempena
bulan Ramadhan yang hampir tiba, jom kita berlumba-lumba menambah ilmu dan
amalan untuk bertemu dengan-Nya. Islamographic. Infografik di sini sangat
menarik dan boleh dijadikan wallpaper desktop korang. Tak susah pun kan... :-) AWESOME!
Labels:
Info,
Infografik,
Informasi,
Insaf,
Institut Kefahaman Islam,
Islam,
Ramadan,
Ramadhan
Tuesday, May 29, 2012
Kerah Otak Anda Untuk Berubah
Satu
kajian terbaru telah mendedahkan bahawa jika anda mengerahkan otak untuk
berfikir memakan benda yang manis, anda mungkin akan mengurangkan kuantitinya. Hal ini kerana proses yang disebut habituasi, semakin anda membayangkan tabiat itu, semakin anda
kurang teruja untuk melakukannya.
Friday, May 25, 2012
Teknologi Garisan Gol Di Stadium Wembley?
Genius or not?
Setelah beberapa kontroversi melibatkan gol yang terlepas pandang
oleh pengadil dan juga beberapa keputusan kontroversi yang dibuat oleh
pengadil, FIFA akan menguji teknologi baru untuk menganalisis gol yang
dijaringkan melalui sistem kamera canggih, Hawk-Eye.
Pre-test sistem tesebut telah dibuat di Stadium St Mary's 16 Mei kelmarin.
Adakah sistem ini dapat mengubah nasib sesuatu perlawanan terutamanya UEFA EURO
2012 Poland-Ukraine nanti ?
Saturday, May 5, 2012
Perbezaan Samsung Galaxy S3, HTC One X, iPhone 4s
Labels:
Android,
HTC,
Info,
Infografik,
Informasi,
iPhone,
iPhone 4,
Samsung,
Smartphone
Monday, April 16, 2012
Titanic 100th Anniversary
Thursday, April 12, 2012
Kerasionalan Kewujudan Unsur Tradisi Pemerintahan Beraja Dalam Perlembagaan Malaysia
Seperti yang dijanjikan!! ~ ~
Sambungan dari Unsur-Unsur Tradisi Di Dalam Kontrak Sosial
Sambungan dari Unsur-Unsur Tradisi Di Dalam Kontrak Sosial
s
PEMERINTAHAN
BERAJA![]() |
| Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah |
a.
Sejarah
dan Latar Belakang
Sistem
Beraja ialah sistem pemerintahan yang tertua di dunia, ia dipercayai wujud
sejak 3000 tahun dahulu. Orang Melayu secara khususnya telah berabad lamanya
diperintah berdasarkan pemerintahan beraja di Tanah Melayu. Menurut sistem
beraja ini, raja mempunyai kuasa mutlak dalam semua urusan pemerintahan dan
pentadbiran negeri dengan dibantu oleh para pembesar negeri khususnya semasa
era jajahan British.
Menurut
Datuk Shamsul Amri Baharuddin (2007, hal
109), Raja-Raja Melayu masih diiktiraf sebagai pemerintah yang berdaulat
dan berkuasa penuh di negeri masing-masing semasa penjajahan British di Tanah
Melayu. Namun, raja-raja mesti menerima nasihat Residen British dalam semua
perkara kecuali adat istiadat Melayu dan agama Islam. Keadaaan ini berlanjutan
sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Selepas pendudukan Jepun, British
memperkenalkan Malayan Union di mana kuasa raja-raja dihapuskan. Tetapi ia
telah mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu seterusnya kuasa Raja-Raja
Melayu dikembalikan semula di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada
tahun 1948.
Kesultanan
Melayu itu adalah satu manifestasi iaitu satu lambang keagungan tamadun bangsa (Raja Nazrin Shah, 2011). Kedatangan
orang Eropah telah mengubah sistem politik tradisional orang Melayu berpegang
kepada sistem beraja mutlak kepada sistem raja berperlembagaan dan demokrasi
berparlimen. Menurut Kamus Dewan Edisi
Empat, Raja Berperlembagaan bermaksud raja yang pemerintahannya tertakluk
pada peruntukan perlembagaan Negara. Hal ini diterangkan lebih jelas lagi oleh Dato’ Salehuddin Saidin (2009, hal 2),
bahawa Raja Berperlembagaan yang diamalkan di Malaysia menggunakan konsep
‘trias politica’ atau politik tiga serangkai yang mana raja adalah ketua Negara
di samping kewujudan cabang legislatif, eksekutif dan kehakiman selagi mengikut
lunas-lunas perlembagaan yang telah ditetapkan.
Menurut
Profesor Anthony Milner (2011),
Institusi Raja Melayu di Malaysia adalah Raja Berpelembagaan yang proaktif dan
bersifat keterlibatan berbeza dengan konsep Raja Berpelembagaan British yang
mempunyai kuasa terbatas. Sesungguhnya sejarah mencatatkan Istana Raja Melayu
itu dahulu berperanan sebagai pusat berkembangnya tamadun bangsa.
Labels:
CTU,
Fakta,
Info,
Informasi,
Institut Kefahaman Islam,
Kerajaan,
Malaysia,
Pemerintahan Beraja,
Sejarah,
Unsur-Unsur Tradisi
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)
.jpg)












.jpg)
.jpg)





