Berhati-hati!
Sila berhati-hati semasa membeli Samsung Galaxy S3 sama ada anda beli di kedai, kedai maya di facebook. Jangan dah terkena, baru nak pulang duit kembali. Memang tak dapat la nak tukar balik dengan kedai tersebut.
Showing posts with label Android. Show all posts
Showing posts with label Android. Show all posts
Friday, March 22, 2013
Samsung Galaxy S3 Palsu
Labels:
Android,
HTC,
Info,
Infografik,
Informasi,
iPhone,
iPhone 4,
Samsung,
Smartphone
Thursday, September 6, 2012
Samsung Galaxy Note 10.1 Sah Rasmi Di Malaysia
Famili Galaxy Terbaru..
Samsung Malaysia secara rasminya telah pun melancarkan tablet terbaru mereka dengan sokongan S-Pen, iaitu Samsung Galaxy Note 10.1. Menurut pihak Samsung, melalui Galaxy Note 10.1, mereka mengubah daripada tablet yang sebelum ini hanya banyak digunakan untuk mengikuti trend di laman sesawang dan memuat-turun kandungan, kepada tablet yang kini mampu membuat pelbagai tugasan harian dengan mudah tidak kira sama ada anda sebagai pelajar, usahawan ataupun pekerja.
Bad Piggies Akan Dilancarkan Pada 27 September
Rovio Movio!
Rovio Entertainment, pencipta permainan smartphone paling popular Angry Birds, telah pun mengumumkan Bad Piggies ini akan dilancarkan pada Android, iOS dan juga Mac pada 27 September kelak. Ini adalah permainan yang dinantikan oleh para peminat Angry Birds seluruh dunia. Selain daripada platform tersebut, ia juga akan diperkenalkan pada Windows 8 dan juga Windows Phone.
Monday, July 23, 2012
3D Tablet Permainan Pertama Tanpa Cermin Mata
Canggih..
WikiPad merupakan tablet pertama hadir dengan paparan 3D tanpa menggunakan cermin mata dengan sokongan paparan skrin seluas 8 inci beresolusi 1920X1080 pixels. Selain berupaya memaparkan imej atau video berkualiti 3D, ia juga mampu memaikan imej atau video 2D tanpa masalah. Paling menarik, ia dioperasikan oleh OS Android 4.0 Ice Cream Sandwich. Mungkin agak old school kerana tidak dioperasikan oleh Android 4.1 Jelly Bean tapi mampu menggugat PSP dipasaran. Dengan memori dalaman sebesar 8GB dan boleh dipertingkatkan dengan sokongan slot microSD mencecah sehingga 64GB.
Saturday, May 5, 2012
Perbezaan Samsung Galaxy S3, HTC One X, iPhone 4s
Labels:
Android,
HTC,
Info,
Infografik,
Informasi,
iPhone,
iPhone 4,
Samsung,
Smartphone
Tuesday, August 16, 2011
Trivia Hari Ini #13 ( Edisi Android )
- Android dibangunkan oleh Android Inc pada tahun 2003 oleh Andy Rubin dan Rich Miner
- Android Inc dibeli oleh Google pada tahun 2005 dengan harga RM149.1 Juta
- Google mengumumkan Android sebagai platform mudah alih pada 5 November 2007
- Sistem operasi Android adalah berasaskan Linux kernel dimana Linux adalah pilihan kepada kebanyakkan pakar teknikal komputer
Android Ice Cream Sandwich
Beberapa hari lalu kita dikejutkan dengan screenshot pertama Google OS yang terbaru iaitu Android Ice Cream Sandwich (ICS). Ya..seperti Apple yang melancarkan iOS 5, Microsoft dengan Windows Phone Mango dan tak lupe juga kemas kini Nokia yang terbaru iaitu Symbian Anna. Semua pembangun OS berlumba-lumba untuk memperkenalkan versi kemas kini yang menjanjikan lebih banyak fungsi dan aplikasi bagi memuaskan pengguna.
Subscribe to:
Comments (Atom)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)




