Pemain antarabangsa Jepun, Shinji Kagawa
bersedia menjadi pemain pertama yang ditandatangani oleh Manchester United di
musim panas selepas kelab Liga Perdana Inggeris itu mengesahkan mereka telah
mencapai persetujuan dengan kelab Borussia Dortmund.
"Manchester United gembira untuk
mengumumkan bahawa ia telah bersetuju dengan kedua-dua, Borussia Dortmund dan
Shinji Kagawa untuk pemindahan beliau ke kelab," kata satu kenyataan
United.
"Perjanjian itu tertakluk hanya kepada ujian perubatan pemain dan mendapatkan permit kerja United Kingdom. Perkara ini dijangka selesai menjelang akhir bulan Jun.
.jpg)