Tuesday, February 28, 2012

28 Februari - Hari Ini Dalam Sejarah



202 SM - Berlangsungnya upacara pemahkotaan Liu Bang selaku Maharaja Gaozu dari Han, sekaligus bermulanya empat abad pemerintahan Dinasti Han di China.

1784 - John Wesley mempiagamkan Gereja Metodis.

1850 - Universiti Utah dibuka di Salt Lake City, Utah.

1854 - Parti Republikan Amerika Syarikat ditubuhkan di Ripon, Wisconsin.

1883 - Teater anekarama seperti  persembahan silap mata, persembahan haiwan terlatih, lakonan dan nyanyian pertama dibuka di bandar Boston, Massachusetts.

1885 - Syarikat Telefon dan Telegraf Amerika ditubuhkan di Negeri New York sebagai anak syarikat American Bell Telephone. (American Bell kemudian bergabung dengan anak syarikatnya ini.)

Tentera Boer Berada Dalam Formasi dalam Pertempuran Menentang British
1900 - Perang Boer Kedua: Pengepungan Ladysmith berakhir selepas 118 hari dengan kemenangan British.

1953 - James D. Watson dan Francis Crick memberitahu rakan-rakan mereka bahawa mereka sudah berjaya  menentukan struktur kimia DNA; pengumuman rasmi pula pada 25 April dalam jurnal Nature.

1935 - Ahli kimia bernama Wallace Carothers mencipta nilon semasa bekerja dengan syarikat DuPont.

USS Houston 

1942 - Perang Dunia Kedua: Kapal USS Houston (CA-30) karam dalam Pertempuran Selat Sunda, menyebabkan 693 orang krew terkorban.

1947 - Peristiwa 228: Keadaan huru-hara akhirnya reda di Taiwan setelah meragut 30,000 nyawa.

1974 - Setelah tujuh tahun dingin, Amerika Syarikat dan Mesir menjalinkan semula hubungan diplomatik.

1985 - Tentera Republikan Ireland Sementara mencetuskan serangan motar di balai polis Pasukan Konstabel Ulster Diraja di Newry, menyebabkan sembilan orang pegawai terkorban.

1986 - Perdana Menteri Sweden Olof Palme dibunuh di Stockholm.

1991 - Berakhirnya Perang Teluk pertama.

1998 - Perang Kosovo: Polis Serbia mula menyerang Tentera Pembebasan Kosovo di Kosovo.

2008 - Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra ditahan atas tuduhan rasuah sebaik sahaja kembali di Thailand selepas berbulan-bulan tinggal dalam buangan.

Upacara Penutupan Sukan Olimpik Vancouver 2010
2010 - Sukan Olimpik Musim Sejuk 2010 berakhir di Vancouver, dengan tuan rumah Kanada mendapat rekod 14 pingat emas.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 Komen Yang Awesome:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda kawan-kawan.
Maaf kalau tak sempat balas komen-komen korang semua.
Kunjungan anda akan dibalas oleh saya :-)

Jangan lupe like page kami di facebook. Awesome Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...