Friday, February 24, 2012

24 Februari - Hari Ini Dalam Sejarah

303 - Maharaja Rom Diocletian memulakan penyeksaan Diocletian, episod terakhir penyeksaan          orang Kristian dalam Empayar Rom.
1387 - Raja Charles III dari Naples dan Hungary dibunuh di Buda, Hungary.
1582 - Paus Gregory XIII mengeluarkan titah penggunaan kalendar Gregory.
1803 - Keputusan kes Mahkamah Agung A.S. Marbury lwn. Madison mewujudkan kajian                    semula kehakiman di Amerika Syarikat.
1826 –  Berakhirnya Perang Burma Pertama selepas Perjanjian Yandaboo ditandatangani.
1839 – William Otis menerima paten untuk ciptaan penyodok stim.
1848 - Revolusi Perancis 1848: Raja Perancis Louis-Philippe turun takhta dan melarikan diri ke              England.
1917 – Perang Dunia I: Duta Amerika Syarikat ke United Kingdom menerima Telegram                       Zimmermann, yang bertulis jaminan Jerman agar memastikan kembalinya negeri                         New Mexico, Texas dan Arizona ke Mexico sekiranya Mexico mengisytiharkan perang               terhadap A.S.



Tanda Protes Terhadap Pengarang Novel, Satanic Verses
1920 – Parti Nazi ditubuhkan di Jerman.
1945 – Perdana Menteri Mesir, Ahmed Maher Pasha dibunuh dalam bangunan Parlimen sebaik              sahaja membacakan dekri.
1946 - Kolonel Juan Perón dilantik sebagai Presiden Argentina.
1968 – Perang Vietnam: Serangan Tet dihentikan; Vietnam Selatan menawan semula Hué.
1981 – Istana Buckingham mengumumkan pertunangan Putera Wales dan Lady Diana Spencer.
1989 – Ayatollah Ruhollah Khomeini menawarkan ganjaran AS$ 3 juta untuk kematian                             pengarang novel The Satanic Verses, Salman Rushdie.
2003 - Penerbangan pertama Boeing 777-300.
2006 - Darurat diisytiharkan di Filipina, selepas satu rampasan kuasa terhadap Presiden Gloria               Macapagal-Arroyo digagalkan.
2007 – Jepun melancarkan satelit perisik keempatnya untuk mempertingkatkan keupayaannya                 untuk memantau kemungkinan ancaman seperti Korea Utara.
2008 – Fidel Castro bersara selaku Presiden Cuba setelah hampir 50 tahun memerintah.
2011 – Misi STS-133, penerbangan terakhir Space Shuttle Discovery, dilancarkan daripada                     Pusat Angkasa Kennedy.
Comments
1 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

1 Komen Yang Awesome:

Diari Si Froggie said...

banyaknya peristiwa dalam sehari nie.. tak pernah tahu pun. huhu!! terima kasih sebab dah membuatkan aida tahu sikit2 peristiwa 24 februari nie :)

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda kawan-kawan.
Maaf kalau tak sempat balas komen-komen korang semua.
Kunjungan anda akan dibalas oleh saya :-)

Jangan lupe like page kami di facebook. Awesome Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...