Sunday, July 21, 2013

Gambar Perkahwinan Ashraf Muslim dengan Wan Sakinah Mula Tersebar

Berita perkahwinan Ashraf Muslim dan Wan Sakinah masih belum reda. Terbaru, Ashraf menyatakan bahawa banyak pihak cuba mengambil kesempatan terhadap situasinya ini.


Salah satunya ialah puisi yang tersebar mengenai Dayana (isteri pertama Ashraf) adalah tidak benar. Ini kerana puisi tersebut sebenarnya ditulis oleh Ana Hawana dan bukannya ditulis oleh isteri pertamanya seperti yang tersebar di dalam Facebook.

Sehingga kini Ashraf mengambil keptusan untuk mengelakkan diri dari bertemu dari wartawan dan memberi sebarang kenyataan berkenaan perkahwinan keduanya.

Dia juga tidak menghadiri beberapa majlis hiburan termasuk Forum Bicara Cinta anjuran Majalah I, di Busana Mall, Medan Mara, Kuala Lumpur, semalam. Pada awalnya beliau bersetuju untuk menghadiri forum tersebut tetapi memaklumkan bahawa beliau demam pada saat akhir.

Selain itu, gambar perkahwinan beliau dengan Wan Sakinah mula tersebar yang mana menunjukkan Wan Sakinah yang penuh berhias dan memakai inai, menunjukkan bahawa perkahwinan mereka bukanlah dalam keadaan tergesa-gesa tetapi telah dirancang sepenuhnya. Namun sehingga kini kenyataan penuh mengenai perkahwinan mereka masih belum diperolehi.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 Komen Yang Awesome:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda kawan-kawan.
Maaf kalau tak sempat balas komen-komen korang semua.
Kunjungan anda akan dibalas oleh saya :-)

Jangan lupe like page kami di facebook. Awesome Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...