Tuesday, February 21, 2012

Review Buku: Indahnya Hidup Bersyariat


Buku ini adalah karya Al-Ustaz Dato' Hj. Ismail Kamus dan Mohd. Azrul Azlen Abd Hamid di mana ia sesuai untuk peringatan buat yang diriku yang mudah lupa dan juga sesuai untuk seisi keluarga, masyarakat, dan umat sejagat. Ia merangkumi syariat kelahiran, pendidikan awal kanak-kanak, syariat berkaitan remaja, fardhu ain asas, munakahat (hukum perkahwinan), syariat dalam bermasyarakat dan amalan sunat harian sepanjang masa. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih.

Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat lengkap dengan panduan bergambar. langkah amalan disampaikan mengikut turutan dan mudah diikuti. Media fotografi warna penuh digunakan untuk memnujukkan perkara yang realistik.

Akhir sekali saya rasakan buku ini harus dimiliki untuk dijadikan modul fardhu ain untuk seisi keluarga. Harga pun tidak mahal, hanya RM55.00 untuk Semenanjung Malaysia dan RM57.00 untuk Sabah dan Sarawak. 
Comments
1 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

1 Komen Yang Awesome:

Akram said...

Oh ye..dalam buku ni jgk, terdapat 15 jenis selawat yang telah dinukilkan sejak zaman Nabi SAW dan para sahabat. Moga dijadikan amalan untuk jaminan mendapat rahmat Allah SWT serta syafaat Nabi SAW. Insyaallah...

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda kawan-kawan.
Maaf kalau tak sempat balas komen-komen korang semua.
Kunjungan anda akan dibalas oleh saya :-)

Jangan lupe like page kami di facebook. Awesome Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...