Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Saturday, April 14, 2012

Battleship Mengujakan!!

AWESOME!!




Bagi peminat sci-fi action, inilah filem yang patut anda tonton di wayang. Berdasarkan permainan Hasbro, “Battleship” arahan Peter Berg dibintangi oleh Taylor Kitsch (John Carter), Liam Neeson (A-Team), Alexander Skarsgard, dan turut dibintangi oleh Rihanna memang padat dengan aksi dan humor. Kalo korang penah layan Hancock, itulah arahan Peter Berg. Secara kesuluruhan korang akan dapat merasai pengalaman visual yang lebih menarik dengan CGI, yang menampilkan kesan bunyi khas seperti letupan dan pelbagai aksi secara definisi tinggi. Adrenalin turun naik tengok filem ni, confirm terasa nak jadi Navy lepas tuh. Tak nak spoilkan sinopsis disini, anda patut saksikan sendiri. Huhu…sangat disarankan menonton dalam format Digital IMAX.

Rating: Superb 4.99/5 star

Tuesday, February 21, 2012

Review Buku: Indahnya Hidup Bersyariat


Buku ini adalah karya Al-Ustaz Dato' Hj. Ismail Kamus dan Mohd. Azrul Azlen Abd Hamid di mana ia sesuai untuk peringatan buat yang diriku yang mudah lupa dan juga sesuai untuk seisi keluarga, masyarakat, dan umat sejagat. Ia merangkumi syariat kelahiran, pendidikan awal kanak-kanak, syariat berkaitan remaja, fardhu ain asas, munakahat (hukum perkahwinan), syariat dalam bermasyarakat dan amalan sunat harian sepanjang masa. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...