Showing posts with label Kereta. Show all posts
Showing posts with label Kereta. Show all posts

Friday, September 14, 2012

Kereta Terbaru Datuk Lee Chong Wei

Tahniah Dato'!!

Lee Chong Wei dikhabarkan telah membeli sebuah lagi kereta mewah iaitu Bentley Continental GT dengan nombor pendaftaran kenderaan BKQ 6. Bentley Continental GT itu berharga dalam lingkungan RM 688,000 tak termasuk cukai jalan. Duti import bersama cukai jalan di Malaysia, harganya mungkin mencecah hampir RM1,350,000 ke RM1,988,000. Kerja keras pasti ada hasilnya. 

Thursday, August 30, 2012

Koleksi Gambar Belahan Kereta Mewah (17 Gambar)

Cool and Mind Blowing...

Tak berapa pasti adakah syarikat perusahaan automotif di negara ini pernah mencuba stail pameran belahan (cutaway) kereta semata-mata untuk pendedahan kepada teknologi yang diguna pakai pada kereta tersebut. Yang pasti, KL Motorshow (KLIMS) akan datang memang akan banyak belahan dada dari pameran kereta yang tidak seberapa...haha.

Saturday, May 26, 2012

Inovatif: Volvo Cipta Beg Udara Di Luar kereta

Serius Cool.

Volvo telah memperkenalkan sistem perlindungan untuk beg udara di luar kereta pertama di dunia sebagai usaha mereka untuk kekal menjadi pengilang kereta terbaik di dunia dengan 1st class safety. Idea ini cukup luar biasa dimana ia dicipta untuk mengurangkan impak bagi mana-mana pejalan kaki atau penunggang motorsikal yang mungkin terlibat dalam kemalangan. Sistem itu dilengkapi dengan 7 sensor akan aktif apabila kelajuan mencapai 12.5mph-31mph. Di Malaysia, mungkin idea ini agak releven dengan statistik kemalangan yang angker. Korang dah boleh agak kan berapa power ECU kereta ni.

VOLVO V40

Genius: Kilang SLR McLaren Terbaru

Serius terbaik dari ladang. 

Boleh masuk 100 Companies to Work For. Bernilai 40 juta pound, mengambil contoh mass production line Ford, ia dibina di Woking,UK enam bulan lalu. Seramai 750 pekerja berskil tinggi dapat menyiapkan sebuah luxury supercar dalam 12-14 hari sebelum ia dipasarkan ke 18 buah negara. Mclaren MP4-12C bernilai 170,000 pound adalah model terbaru yang sedang disiapkan dan dipasarkan.



Saturday, May 5, 2012

Saturday, April 28, 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...