Friday, September 14, 2012

Perbezaan iPhone 5, iPhone 4S, iPhone 4

iFag!!

Ogos yang lalu, kami ada menyiarkan gambar iPhone 5 palsu yang tersebar di blog-blog gadget. Kelmarin, bukan shaja iPhone 5 sahaja yang dilancarkan, malah iPod Nano, iPod Touch dan iOS 6 turut diperkenalkan. Apa pendapat anda tentang rekabentuk iPhone 5 ni? Memang sama kan dengan gambar yang pernah leak sebelum ni? 

Tim Cook mungkin tidak sehebat Steve Jobs, tetapi mustahil lah kalau model iPhone baru ni tidak diberi ciri-ciri istimewa untuk menambat hati pembeli dan pengguna tegar Apple. Boleh bungkus Apple Inc kalau iPhone 5 ini cincai dari segi operating system dan reka bentuk. Jadi, apa istimewanya tentang iPhone 5 kali ini?


PERBANDINGAN iPhone 5, iPhone 4S, iPhone 4


Sekali imbas, iPhone 5 kelihatan sama seperti model sebelum ini, cuma lebih panjang dan nipis. Ia didatangkan dengan paparan 1,136 x 640 piksel, teknologi 4G LTE, chip A6 dan seberat 112 gram.

Berbanding model terdahulu iaitu iPhone 4S, iPhone 5 lebih nipis sebanyak 18 peratus dan 20 peratus lebih ringan. Ia juga menggunakan pemproses A6 yang lebih baik, memiliki kuasa memproses dua kali lebih pantas berbanding komponen sebelum ini dan disertakan penghubung 4G LTE sesuai dengan platform 4G. Mungkin dengan kehadiran iPhone 5 ke Malaysia, teknologi 4G akan diperluaskan ke seluruh Malaysia. Headphone baru turut diperkenalkan selain menggunakan sistem operasi iOS 6 yang serba baru padanya. 

Pasarannya akan diperluaskan ke 22 negara mulai 28 September ini termasuk Austria, Belgium, Republik Czech, Denmark, Estonia, Finland, Hungary, Ireland, Itali, Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Belanda,  New Zealand, Norway, Poland, Portugal, Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Sweden dan Switzerland.

Sumber: Apple
Comments
1 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

1 Komen Yang Awesome:

Admin said...

Macam baby lak,
makin lama makin bertambah saiz (:

New: Statistik Anak Luar Nikah.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda kawan-kawan.
Maaf kalau tak sempat balas komen-komen korang semua.
Kunjungan anda akan dibalas oleh saya :-)

Jangan lupe like page kami di facebook. Awesome Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...