Friday, July 18, 2014
Pesawat MH17 Terhempas di Ukraine
Sebuah pesawat penumpang Boeing 777 MAS MH17 dengan penumpang seramai 295 orang kebanyakkannya pelajar Malaysia telah ditembak jatuh di Ukraine.
Berita yang sangat sukar dihadam khususnya bagi ahli keluarga para penumpang, krew, syarikat dan seluruh rakyat MALAYSIA.
Tahukah anda, beberapa jam sebelum MH17 ditembak jatuh, ada sebuah pesawat milik Ukraine telah ditembak jatuh hanya sekitar beberapa puluh kilometer dari lokasi MH17 ditembak jatuh.
AL-FATIHAH buat semua penumpang yang terbunuh.
Wednesday, July 16, 2014
Harga Baru Lesen Kereta Dan Motor 2014
Kenaikkan harga lesen ini berikutan pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) yang dinaik taraf oleh JPJ mulai 14 Julai 2014. Pembaharuan dalam pengambilan kelas memandu ini merangkumi 3 elemen yang dinaiktaraf iaitu kelas KPP, buku teks KPP sukatan pembelajaran baharu, dan juga format ujian berkomputer.
Wednesday, March 26, 2014
FAKTA TENTANG PESAWAT MH370
NAMA SEBENARNYA ialah 9M-MRO tetapi sejak 8 Mac yang lalu seluruh dunia lebih mengenalinya dengan nama MH370.
Pesawat jenis Boeing 777-200 itu adalah yang ke-404 dikeluarkan oleh syarikat pembuat kapal terbang Boeing.
Ia mula terbang pada 14 Mei 2002.
Pada 8 Mac yang lalu, ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing. Ia meninggalkan landasan pada 12.41 pagi dan dijadual tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi.
Pesawat yang membawa 239 orang penumpang dan 12 anak kapal itu bagaimanapun tidak kunjung tiba.
Selepas lebih 400 jam gagal dikesan, pesawat itu disahkan pada kali terakhir berada di selatan Lautan Hindi — daerah paling terpencil di dunia, lautan dalam yang paling bergelora. Bagaimana dan kenapa ia lepas jauh daripada destinasi tujuan, sehingga kini tidak ada siapa yang tahu.
Sehingga penerbangannya yang terakhir, 9M-MRO telah terbang selama 20,243 jam.
Tuesday, March 11, 2014
Penumpang Pasport Curi Disahkan Warga Iran
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. mengesahkan seorang daripada penumpang yang menaiki pesawat MH370 dengan menggunakan pasport palsu adalah warga Iran yang bercadang untuk berhijrah ke Jerman.
Identiti lelaki itu dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19 tahun.
Pouria Nour menggunakan pasport Austria milik Christian Kozel yang disahkan dicuri di Phuket, Thailand.
Pengumuman Khalid ini selari dengan penemuan siasatan polis di Thailand yang mendapati dua penumpang MH370 dengan pasport curi itu mungkin pelarian yang mencari suaka.
Ia berdasarkan kepada tempahan tiket harga paling murah dan laluan transit di Beijing dan Amsterdam sebelum menuju destinasi akhir. Seorang penumpang menempah destinasi akhir ke Copenhagen, Denmark manakala seorang lagi ke Frankfurt, Jerman.
Mereka dibantu oleh dua warga Iran yang menguruskan tempahan tiket daripada sebuah agensi pelancongan yang sudah dilanggani oleh orang tengah itu sejak tiga tahun lalu.
Friday, February 21, 2014
BR1M 3.0 Dibayar Awal
MAKLUMAN BR1M 2014
Sebelum ini, media melaporkan BRIM 3.0 peringkat nasional akan dilancarkan pada 22 Februari ini manakala pengagihan bagi peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pula diadakan pada 23 Februari, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sukacita dimaklumkan pembayaran BR1M telah bermula hari ini. Kepada pemohon yang mempunyai nombor akaun bank boleh menyemak di akaun masing yang telah didaftarkan semasa permohonan tempoh hari. Sesiapa yang ingin menyemak status permohonan boleh telefon 0362091000 untuk mengetahui status pemohon.
![]() |
| Bukti Bayaran BR1M 3.0 |
Sunday, February 16, 2014
Galaxy S5 bakal dilancar oleh Samsung
Menurut sumber dari sebuah portal gajet tempatan, Galaxy S5 akan dilengkapi dengan spesifikasi s pemproses 2.5GHz Quad-core Snapdrgon atau 2.0GHz Octa-Core 64-Bit Exynos, Soc, menurut ratau berbeza.
Skrin Galaxy S5 akan mempunyai paparan skrin 5.2 atau 5.2 inci AMOLED serta resolusi WQHD (2560x1440), dengan memori RAM 3GB berserta memori dalaman pilihan 32/64/128GB.
Telefon pintar tersebut juga akan disertakan dengan kamera 16MP di belakang serta kamera hadapan 3.2MP dengan bateri kuasa 3200mAh.
Ketika ini masih belum ada pengesahan dapat dibuat berhubung spesifikasi mahupun reka bentukar.
Pemain Bola Ditetak Mati
Mangsa yang cedera parah diberikan rawatan awal sebelum dibawa ke HRPB dan disahkan meninggal dunia di hospital itu:-
IPOH – Seorang pemain bola sepak kelab tempatan maut ditetak sekumpulan tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang selepas keluar dari sebuah bank di Jalan Sultan Yusuff berhampiran Ipoh Padang, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi itu, T Eswaran, 27, menaiki Proton Waja bersama tiga rakannya dan berhenti berhampiran lampu isyarat di depan bank berkenaan untuk ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM).
Bagaimanapun, selepas keluar dari ATM dan sebaik sahaja mangsa hendak memasuki kereta di bahagian penumpang depan, dia dihampiri tiga lelaki bertopeng membawa parang yang terus menyerangnya.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, mangsa yang juga seorang pemandu lori berasal dari Menglembu cedera serius di kepala dan tangan.
Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di Wad Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, suspek melarikan diri dengan menaiki kereta Perodua Myvi berwarna perak.
“Polis masih mengesan kereta suspek yang didaftarkan di negeri Johor,” katanya.
Chang Keong berkata, tiga rakan mangsa yang berada di tempat kejadian tersebut telah diminta memberi keterangan untuk membantu siasatan lanjut dan bagi mengenal pasti motif kejadian.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat dengan menghubungi balai polis berhampiran.
- SINAR HARIAN -
Saturday, February 15, 2014
iPhone 6 Palsu
PALSU !!
Ini lah gambar iPhone 6 yang tersebar ke beberapa laman web gajet yang dikatakan sebagai prototaip untuk generasi baru iPhone. Apa pendapat anda? Menarik? Membosankan?
Ini sebenarnya adalah imaginasi konsep yang direka oleh artis 3D rendering, Martin Hajek. Boleh lihat pelbagai hasil rekaaan beliau di website .
Friday, February 14, 2014
Cara Semakan Status BR1M 3.0 2014
Anda boleh cara-cara ini jika ingin mengetahui staus BR1M 3.0 anda.
Caranya ialah melalui:
1. Pos
Anda akan menerima surat pengesahan apabila menghampiri tarikh pembayaran. Anda akan diberitahu lokasi untuk menebus baucar tunai anda, jika anda berjaya.
2. Panggilan Telefon
Buat panggilan ke LHDN hotline 1-800-222-500 / 1-800-88-2716 (waktu pejabat sahaja)
3. Emelkan ke br1m3@treasury.gov.my dan anda akan menerima jawapan dalam masa 1-2 hari bekerja. Beri maklumat yang mencukupi kepada pegawai-pegawai sokongan untuk membantu anda.
Saturday, December 14, 2013
Cara Buat Duit Melalui Bisnes Kerajaan
Mari Belajar Bagaimana Buat Duit Dengan KERAJAAN !!
KALAU YA jawapan anda, TERUSKAN MEMBACA.
Jujur saya katakan, jika anda pendatang baru dalam dunia perniagaan. Memang berbaloi anda membeli panduan RAHSIA BISNES KERAJAAN kerana anda diajar bagaimana Memahami Dan Mengetahui Selok Belok Bisnes Kerajaan sehingga bagaimana Mengembangkan Kekayaan Dari Bisnes Kerajaan.
Yang paling best adalah BONUS Lubuk Supplier yang dibongkarkan sekitar Kuala Lumpur untuk pelbagai niche. Juga disertakan BONUS template untuk anda mulakan bisnes kerajaan dan mula kaut keuntungan. Setebal 248 muka surat bercetak dan banyak BONUS yang disediakan percuma.
Jika anda pendatang baru dalam dunia perniagaan, memang sangat berbaloi untuk miliki RAHSIA BISNES KERAJAAN.
Boleh Singgah Baca untuk Lebih Yakin >>> RAHSIA BISNES KERAJAAN
Yang paling best adalah BONUS Lubuk Supplier yang dibongkarkan sekitar Kuala Lumpur untuk pelbagai niche. Juga disertakan BONUS template untuk anda mulakan bisnes kerajaan dan mula kaut keuntungan. Setebal 248 muka surat bercetak dan banyak BONUS yang disediakan percuma.
Jika anda pendatang baru dalam dunia perniagaan, memang sangat berbaloi untuk miliki RAHSIA BISNES KERAJAAN.
Boleh Singgah Baca untuk Lebih Yakin >>> RAHSIA BISNES KERAJAAN
Thursday, October 3, 2013
Gambar Instagram Leuniey Natasha Dengan Kandungannya
Isteri kepada pemain bola kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, Leuniey Natasha telah berkongsi kegembiraan mengandung anak pertama dengan memuat naik foto 'baby bump' yang kian membesar di laman sosial Instagram.
Melalui foto-foto lain yang dikongsikan Leuniey di Instagram, terdapat segelintir peminat membuat andaian bahawa bayi yang dikandung Leuniey adalah perempuan dek kerana wajahnya yang semakin berseri-seri.
Model dan juga pemilik butik pengantin yang berusia 22 tahun ini dilaporkan bakal bersalin pada Februari depan dan Apek telah pun berkira-kira untuk mendapatkan rawatan yang terbaik untuk Leuniey dengan memilih doktor pakar wanita.
Monday, September 30, 2013
Butiran Awal BR1M 3.0 2014
P.S: JIKA ANDA MENCARI POWERBANK ORIGINAL,
KLIK LINK ----> Yoobao Powerbank
Sunday, August 4, 2013
Anak Pengasas Vida Beauty Mati Dalam Kebakaran
Beberapa hari lagi akan menjelmanya Hari Aidilfitri. Pengasas Vida Beauty diduga dengan kehilangan dua anak lelaki kesayangannya. Kejadian yang berlaku di Ipoh ini mengorbankan tiga termasuk dua anak pengasas produk kecantikan Vida Beauty. Dalam kejadian pukul 9 malam itu, seorang lelaki dewasa dan dua kanak-kanak tersebut ditemui mati dalam bilik air tingkat atas rumah tersebut.
Mangsa yang terkorban ialah Mohd. Nor Syamil, 26; Eddie Zuhdi Mohd. Amin, 11 dan adiknya, Edrie Zikrie, 10. Dua lagi penghuni yang berada di dalam rumah tersebut sewaktu kejadian terselamat.
Seorang daripadanya adalah pekerja lelaki berusia 27 tahun patah kaki selepas bertindak nekad terjun dari tingkat dua rumah berkenaan bagi menyelamatkan diri.
Kebakaran itu turut memusnahkan sebuah kereta mewah jenis Bentley, sebuah kereta Perodua Kancil dan beberapa buah motosikal.
Semoga Allah mencucuri rahmat kepada mereka dan sabar atas ujian di bulan yang mulia ini... AL FATEHAH
.
Sunday, July 28, 2013
Guna Pengecas Original Demi Keselamatan - Apple
Selepas dua kejadian kejutan elektrik melibatkan iPhone di China, Apple telah menyediakan satu halaman khas di dalam webnya kepada pengguna di China untuk memastikan produk pengecas original bagi pengguna iPhone dan iPad.
Minggu lepas, seorang lelaki di China koma kerana terkena kejutan elektrik ketika mengecas iPhone 4 miliknya. Sebelum itu, seorang wanita maut, juga terkena kejutan elektrik ketika menggunakan iPhone miliknya sambil mengecas. Kedua-dua kes yang disiasat secara terperinci oleh Apple dan pihak berkuasa menunjukkan mereka menggunakan pengecas tiruan.
Sunday, July 21, 2013
Gambar Perkahwinan Ashraf Muslim dengan Wan Sakinah Mula Tersebar
Berita perkahwinan Ashraf Muslim dan Wan Sakinah masih belum reda. Terbaru, Ashraf menyatakan bahawa banyak pihak cuba mengambil kesempatan terhadap situasinya ini.
Salah satunya ialah puisi yang tersebar mengenai Dayana (isteri pertama Ashraf) adalah tidak benar. Ini kerana puisi tersebut sebenarnya ditulis oleh Ana Hawana dan bukannya ditulis oleh isteri pertamanya seperti yang tersebar di dalam Facebook.
Sehingga kini Ashraf mengambil keptusan untuk mengelakkan diri dari bertemu dari wartawan dan memberi sebarang kenyataan berkenaan perkahwinan keduanya.
Dia juga tidak menghadiri beberapa majlis hiburan termasuk Forum Bicara Cinta anjuran Majalah I, di Busana Mall, Medan Mara, Kuala Lumpur, semalam. Pada awalnya beliau bersetuju untuk menghadiri forum tersebut tetapi memaklumkan bahawa beliau demam pada saat akhir.
Selain itu, gambar perkahwinan beliau dengan Wan Sakinah mula tersebar yang mana menunjukkan Wan Sakinah yang penuh berhias dan memakai inai, menunjukkan bahawa perkahwinan mereka bukanlah dalam keadaan tergesa-gesa tetapi telah dirancang sepenuhnya. Namun sehingga kini kenyataan penuh mengenai perkahwinan mereka masih belum diperolehi.
Sehingga kini Ashraf mengambil keptusan untuk mengelakkan diri dari bertemu dari wartawan dan memberi sebarang kenyataan berkenaan perkahwinan keduanya.
Dia juga tidak menghadiri beberapa majlis hiburan termasuk Forum Bicara Cinta anjuran Majalah I, di Busana Mall, Medan Mara, Kuala Lumpur, semalam. Pada awalnya beliau bersetuju untuk menghadiri forum tersebut tetapi memaklumkan bahawa beliau demam pada saat akhir.
Selain itu, gambar perkahwinan beliau dengan Wan Sakinah mula tersebar yang mana menunjukkan Wan Sakinah yang penuh berhias dan memakai inai, menunjukkan bahawa perkahwinan mereka bukanlah dalam keadaan tergesa-gesa tetapi telah dirancang sepenuhnya. Namun sehingga kini kenyataan penuh mengenai perkahwinan mereka masih belum diperolehi.
Sunday, May 26, 2013
Review Powerbank Yoobao
Beli Powerbank cap 'AYAM' dengan harga yang murah & pancing dengan capacity yang tinggi, adakah ia betul dapat charge 5-6 kali?
Seperkara lagi, kami nak nasihatkan beli powerbank tu jangan la terlampau nak save BUDGET sangat sehingga terbeli cap 'AYAM' di mana jangka hayat & prestasinya boleh tahan 3-6 bulan sahaja. Mungkin tambah lagi dalam RM40-RM80, anda dah boleh dapat yang ORIGINAL di mana ketahanannya lebih dari 1 tahun.
Pernikahan Ustaz Azhar Idrus (UAI) Dengan Isteri Ke-3 ^_^
Barakallahulakuma Wabaraka 'alaikuma Wajama'abainakuma Fi Khoir.
Tahniah diucapkan ke atas Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang baru selamat dinikahkan dengan anak saudara Tn Hj Omar bin Tahar, Ketua Cawangan Keramat Permai AU 1, Hulu Klang, Gombak, atas pernikahan beliau dengan isteri ke-3 hari ini.
Kami Mengucapkan Tahniah dan Selamat Pengantin Baru Buat Ustaz Azhar Idrus, semoga berpanjangan sehingga akhir hayat dan bertambah hendaknya keluarga besar UAI.
Tahniah diucapkan ke atas Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang baru selamat dinikahkan dengan anak saudara Tn Hj Omar bin Tahar, Ketua Cawangan Keramat Permai AU 1, Hulu Klang, Gombak, atas pernikahan beliau dengan isteri ke-3 hari ini.
Kami Mengucapkan Tahniah dan Selamat Pengantin Baru Buat Ustaz Azhar Idrus, semoga berpanjangan sehingga akhir hayat dan bertambah hendaknya keluarga besar UAI.
Jom tengok gambar selebihnya.....
Thursday, May 16, 2013
Barisan Kabinet Baru 2013
Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang memperoleh 133 Kerusi Parlimen daripada 222 yang dipertandingkan mengekalkan BN sebagai kuasa sebagai Kerajaan Persekutuan.
Berikut Merupakan Barisan Menteri Kabinet Pagi Penggal Ke-13.
Wednesday, May 15, 2013
Senarai Barisan Menteri Kabinet Baru Malaysia 2013 (TIDAK RASMI)
Senarai Barisan Menteri Kabinet Baru Malaysia 2013 | Seperti yang kita ketahui, pada hari ini Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak akan mengumumkan Senarai barisan Kabiet Baru Malaysia bagi penggal ke 13 tahun 2013 setelah mendapat perkenan daripada Yang Dipertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Berikut adalah keputusan tidak rasmi Senarai Barisan Menteri Kabinet Baru Malaysia 2013
Tuesday, April 30, 2013
Gempar!!! Dakwat Kekal Boleh Padam Dengan Air Sabun?
PROSES pengundian awal hari ini menjadi haru biru apabila dakwat kekal yang dicalit di tangan pengundi rupanya boleh dipadam dengan mudah menggunakan air sabun.
Lihat gambar bagaimana salah seorang tentera yang baru sahaja membuang undi menunjukkan dakwat yang dicalit di jarinya dengan mudah boleh dihapus begitu sahaja.
Laporan polis dibuat di seluruh negara diketuai pimpinan Pakatan Rakyat berhubung isu dakwat kekal ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)















.jpg)


