Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Sunday, August 4, 2013

Anak Pengasas Vida Beauty Mati Dalam Kebakaran


Beberapa hari lagi akan menjelmanya Hari Aidilfitri. Pengasas Vida Beauty diduga dengan kehilangan dua anak lelaki kesayangannya. Kejadian yang berlaku di Ipoh ini mengorbankan tiga termasuk dua anak pengasas produk kecantikan Vida Beauty. Dalam kejadian pukul 9 malam itu, seorang lelaki dewasa dan dua kanak-kanak tersebut ditemui mati dalam bilik air tingkat atas rumah tersebut.

Mangsa yang terkorban ialah Mohd. Nor Syamil, 26; Eddie Zuhdi Mohd. Amin, 11 dan adiknya, Edrie Zikrie, 10. Dua lagi penghuni yang berada di dalam rumah tersebut sewaktu kejadian terselamat.

Seorang daripadanya adalah pekerja lelaki berusia 27 tahun patah kaki selepas bertindak nekad terjun dari tingkat dua rumah berkenaan bagi menyelamatkan diri.

Kebakaran itu turut memusnahkan sebuah kereta mewah jenis Bentley, sebuah kereta Perodua Kancil dan beberapa buah motosikal.

Semoga Allah mencucuri rahmat kepada mereka dan sabar atas ujian di bulan yang mulia ini... AL FATEHAH
.

Monday, March 5, 2012

Jual 'Dara' Anak

Stop Child Abuse!

JOHOR BAHRU: Seorang ibu yang juga penghidap HIV tergamak memaksa anak dara suntinya melacur, malah bercadang menjual remaja berusia 13 tahun itu kepada mana-mana lelaki yang berminat, semata-mata untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.
Bagaimanapun, remaja itu bernasib baik apabila seorang lelaki yang berniat melanggannya, simpati akan nasibnya selepas mangsa menceritakan keadaan sebenar lalu menyerahkannya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk diberi bantuan.

Tuesday, February 28, 2012

Tempahan Nombor Pendaftaran Kenderaan WWW Dibuka 30 April

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan "WWW" yang bermaksud "World Wide Web" boleh membuat tempahan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mulai 30 April ini. 

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, tempahan akan dibuka selama 14 hari mulai 8 pagi hingga 12 tengah hari sehingga 14 Mei depan.

"Kita telah menerima banyak pertanyaan dan panggilan telefon tentang nombor pendaftaran "WWW'. Salah satu sebab kenapa mereka mahu sangat nombor itu kerana ia membawa maksud "World Wide Web"," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, terdapat empat kategori nombor yang boleh ditempah iaitu nombor bernilai utama, nombor menarik, nombor popular dan nombor semasa. 

Katanya nombor bernilai utama iaitu nombor satu angka 1 hingga 10 akan dibuka dengan harga jualan minimum RM10,000 manakala nombor menarik dijual dengan harga minimum RM2,000 manakala nombor popular dan nombor semasa masing-masing dibuka dengan harga minimum RM300. 

Monday, February 20, 2012

Agong terima pengiktirafan Malaysia Book of Records - Berita


KUALA LUMPUR 20 Feb. — Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini berkenan menerima sijil pengiktirafan dari Malaysia Book of Records sebagai sultan pertama dilantik Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua.

Baginda menerima buku dan sijil pengiktirafan tersebut daripada Pengarah Urusan The Malaysia Book of Records, Datuk Danny Ooi di Istana Negara, di sini.

Turut berangkat mengiringi baginda pada majlis itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.

Kali pertama Tuanku Abdul Halim dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ialah pada 21 Jan 1970 hingga 20 Sept. 1975 semasa berusia 43 tahun, sebelum sekali lagi dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14.

Sunday, February 19, 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...