Malaysia berjaya ke separuh akhir setelah berjaya menewaskan Laos 5-1 dan tanda tanya sama ada Indonesia akan bermain sambil lewa telah terjawab apabila Indonesia telah menewaskan Thailand 2-0 melalui 2 jaringan penalti oleh Bambang Pamungkas.
Gol Malaysia telah disumbangkan oleh Amri Yahya pada minit ke-4 dan minit ke-39. Hasil kesilapan pertahanan, gawang Laos telah dibolosi lagi melalui Amirul pada minit ke-73. Pasukan kita bertambah selesa setelah menambah keperitan Laos pada minit ke-76 melalui Norshahrul Idlan Talaha untuk gol ke-4. Lebih malang lagi, pertahanan Laos telah menjaringkan gol sendiri untuk menjadikan kedudukan 5-1. Haha..best own gol ever. Gol tunggal Laos dijaringkan Kimsun melalui tandukan cantik yang dihantar kemas oleh Lamnau.
0 Komen Yang Awesome:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda kawan-kawan.
Maaf kalau tak sempat balas komen-komen korang semua.
Kunjungan anda akan dibalas oleh saya :-)
Jangan lupe like page kami di facebook. Awesome Blog