Wednesday, December 1, 2010

Stop Child Abuse

unicef

          Adakah korang sedar di mana tahap keselamatan kanak-kanak sekarang mulai terancam dan membimbangkan. Hei, panas telinga dan buntang  2 biji mata aku bila setiap kali kes penderaan kanak-kanak berlaku lagi. Manusia dah hidup berzaman dan tidak pernah ambil pengajaran dari kehidupan yang lepas.

         Bagi pendera-pendera sekalian, tidak pernah korang rasa betapa siksa dan azabnya apa yang dilalui oleh kanak-kanak tersebut? Tidak pernahkah korang merasa kasihan dan rasa bersalah terhadap perbuatan seperti binatang itu? Eh..binatang pun pandai sayangkan anak sampai pandai berdikari.

         Tidak cukup dengan itu, anak-anak sendiri didera oleh ibu bapa yang ‘kurang waras’. Jangan contohi seperti kes yang baru dilaporkan baru-baru ini di mana si bapa telah merogol anaknya  lebih daripada 30 tahun dan telah melahirkan seramai 10 orang anak.

        Akhir sekali, aku angkat tangan bersama untuk menyokong kempen ‘UNICEF Stop Child Abuse’ untuk menghentikan kes buang bayi yang menjadi barah dalam masyarakat sekarang. Tidak lupa juga pada penderaan seksual seorang kanak-kanak oleh orang dewasa yang boleh berlaku di mana-mana sahaja.Hentikan semua ni...AWESOME!
Comments
1 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

1 Komen Yang Awesome:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda kawan-kawan.
Maaf kalau tak sempat balas komen-komen korang semua.
Kunjungan anda akan dibalas oleh saya :-)

Jangan lupe like page kami di facebook. Awesome Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...