Tuesday, February 28, 2012

Tempahan Nombor Pendaftaran Kenderaan WWW Dibuka 30 April

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan "WWW" yang bermaksud "World Wide Web" boleh membuat tempahan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mulai 30 April ini. 

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, tempahan akan dibuka selama 14 hari mulai 8 pagi hingga 12 tengah hari sehingga 14 Mei depan.

"Kita telah menerima banyak pertanyaan dan panggilan telefon tentang nombor pendaftaran "WWW'. Salah satu sebab kenapa mereka mahu sangat nombor itu kerana ia membawa maksud "World Wide Web"," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, terdapat empat kategori nombor yang boleh ditempah iaitu nombor bernilai utama, nombor menarik, nombor popular dan nombor semasa. 

Katanya nombor bernilai utama iaitu nombor satu angka 1 hingga 10 akan dibuka dengan harga jualan minimum RM10,000 manakala nombor menarik dijual dengan harga minimum RM2,000 manakala nombor popular dan nombor semasa masing-masing dibuka dengan harga minimum RM300. 

28 Februari - Hari Ini Dalam Sejarah



202 SM - Berlangsungnya upacara pemahkotaan Liu Bang selaku Maharaja Gaozu dari Han, sekaligus bermulanya empat abad pemerintahan Dinasti Han di China.

1784 - John Wesley mempiagamkan Gereja Metodis.

1850 - Universiti Utah dibuka di Salt Lake City, Utah.

1854 - Parti Republikan Amerika Syarikat ditubuhkan di Ripon, Wisconsin.

1883 - Teater anekarama seperti  persembahan silap mata, persembahan haiwan terlatih, lakonan dan nyanyian pertama dibuka di bandar Boston, Massachusetts.

Friday, February 24, 2012

Follower-500 | Aida Omar - Diari Si Froggie



Alhamdulillah. Akhirnya..ni adalah entri khas untuk follower AWESOME yang bertuah. Insan bertuah tersebut yang  melima ratuskan dirinya ialah Cik Aida Omar.  Seorang yang simple, cool dan happy go lucky. Terima kasih kepada saudari Aida kerana singgah di blog ini.. 

Untuk pengetahuan semua, blog beliau penuh dengan warna -warni terutamanya hijau si froggie hehe. Sesuai la dengan tagline " Hidup Dengan Pelbagai Warna". Mari-mari ke " Diari Si Froggie ". Anda pasti teruja dengan kecomelan si Froggie. Tak payah cakap lagi, jom kita jadi geng Froggie. 

24 Februari - Hari Ini Dalam Sejarah

303 - Maharaja Rom Diocletian memulakan penyeksaan Diocletian, episod terakhir penyeksaan          orang Kristian dalam Empayar Rom.
1387 - Raja Charles III dari Naples dan Hungary dibunuh di Buda, Hungary.
1582 - Paus Gregory XIII mengeluarkan titah penggunaan kalendar Gregory.
1803 - Keputusan kes Mahkamah Agung A.S. Marbury lwn. Madison mewujudkan kajian                    semula kehakiman di Amerika Syarikat.
1826 –  Berakhirnya Perang Burma Pertama selepas Perjanjian Yandaboo ditandatangani.
1839 – William Otis menerima paten untuk ciptaan penyodok stim.
1848 - Revolusi Perancis 1848: Raja Perancis Louis-Philippe turun takhta dan melarikan diri ke              England.
1917 – Perang Dunia I: Duta Amerika Syarikat ke United Kingdom menerima Telegram                       Zimmermann, yang bertulis jaminan Jerman agar memastikan kembalinya negeri                         New Mexico, Texas dan Arizona ke Mexico sekiranya Mexico mengisytiharkan perang               terhadap A.S.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...