Friday, February 21, 2014

BR1M 3.0 Dibayar Awal

MAKLUMAN BR1M 2014



Sukacita dimaklumkan pembayaran BR1M telah bermula hari ini. Kepada pemohon yang mempunyai nombor akaun bank boleh menyemak di akaun masing yang telah didaftarkan semasa permohonan tempoh hari. Sesiapa yang ingin menyemak status permohonan boleh telefon 0362091000 untuk mengetahui status pemohon.


Bukti Bayaran BR1M 3.0
                                 
Sebelum ini, media melaporkan BRIM 3.0 peringkat nasional akan dilancarkan pada 22 Februari ini manakala pengagihan bagi peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pula diadakan pada 23 Februari, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sunday, February 16, 2014

Galaxy S5 bakal dilancar oleh Samsung


Menurut sumber dari sebuah portal gajet tempatan, Galaxy S5 akan dilengkapi dengan spesifikasi s pemproses 2.5GHz Quad-core Snapdrgon atau 2.0GHz Octa-Core 64-Bit Exynos, Soc, menurut ratau berbeza.

Skrin Galaxy S5 akan mempunyai paparan skrin 5.2 atau 5.2 inci AMOLED serta resolusi WQHD (2560x1440), dengan memori RAM 3GB berserta memori dalaman pilihan 32/64/128GB.

Telefon pintar tersebut juga akan disertakan dengan kamera 16MP di belakang serta kamera hadapan 3.2MP dengan bateri kuasa 3200mAh.

Ketika ini masih belum ada pengesahan dapat dibuat berhubung spesifikasi mahupun reka bentukar.

Pemain Bola Ditetak Mati



Mangsa yang cedera parah diberikan rawatan awal sebelum dibawa ke HRPB dan disahkan meninggal dunia di hospital itu:-

IPOH – Seorang pemain bola sepak kelab tempatan maut ditetak sekumpulan tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang selepas keluar dari sebuah bank di Jalan Sultan Yusuff berhampiran Ipoh Padang, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi itu, T Eswaran, 27, menaiki Proton Waja bersama tiga rakannya dan berhenti berhampiran lampu isyarat di depan bank berkenaan untuk ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Bagaimanapun, selepas keluar dari ATM dan sebaik sahaja mangsa hendak memasuki kereta di bahagian penumpang depan, dia dihampiri tiga lelaki bertopeng membawa parang yang terus menyerangnya.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, mangsa yang juga seorang pemandu lori berasal dari Menglembu cedera serius di kepala dan tangan.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di Wad Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, suspek melarikan diri dengan menaiki kereta Perodua Myvi berwarna perak.

“Polis masih mengesan kereta suspek yang didaftarkan di negeri Johor,” katanya.

Chang Keong berkata, tiga rakan mangsa yang berada di tempat kejadian tersebut telah diminta memberi keterangan untuk membantu siasatan lanjut dan bagi mengenal pasti motif kejadian.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat dengan menghubungi balai polis berhampiran.

- SINAR HARIAN -

Saturday, February 15, 2014

iPhone 6 Palsu

PALSU !!


Ini lah gambar iPhone 6 yang tersebar ke beberapa laman web gajet yang dikatakan sebagai prototaip untuk generasi baru iPhone. Apa pendapat anda? Menarik? Membosankan?

Ini sebenarnya adalah imaginasi konsep yang direka oleh artis 3D rendering, Martin Hajek. Boleh lihat pelbagai hasil rekaaan beliau di website .




Friday, February 14, 2014

Cara Semakan Status BR1M 3.0 2014


Anda boleh cara-cara ini jika ingin mengetahui staus BR1M 3.0 anda. 
Caranya ialah melalui:

1. Pos 

Anda akan menerima surat pengesahan apabila menghampiri tarikh pembayaran. Anda akan diberitahu lokasi untuk menebus baucar tunai anda, jika anda berjaya.

2. Panggilan Telefon 

Buat panggilan ke LHDN hotline 1-800-222-500 / 1-800-88-2716 (waktu pejabat sahaja)

3. Emelkan ke br1m3@treasury.gov.my dan anda akan menerima jawapan dalam masa 1-2 hari bekerja. Beri maklumat yang mencukupi kepada pegawai-pegawai sokongan untuk membantu anda. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...