Friday, July 18, 2014

Pesawat MH17 Terhempas di Ukraine


Sebuah pesawat penumpang Boeing 777 MAS MH17 dengan penumpang seramai 295 orang kebanyakkannya pelajar Malaysia telah ditembak jatuh di Ukraine.

Berita yang sangat sukar dihadam khususnya bagi ahli keluarga para penumpang, krew, syarikat dan seluruh rakyat MALAYSIA.

Tahukah anda, beberapa jam sebelum MH17 ditembak jatuh, ada sebuah pesawat milik Ukraine telah ditembak jatuh hanya sekitar beberapa puluh kilometer dari lokasi MH17 ditembak jatuh.

AL-FATIHAH buat semua penumpang yang terbunuh.


Wednesday, July 16, 2014

Harga Baru Lesen Kereta Dan Motor 2014

Kenaikkan harga lesen ini berikutan pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) yang dinaik taraf oleh JPJ mulai 14 Julai 2014. Pembaharuan dalam pengambilan kelas memandu ini merangkumi 3 elemen yang dinaiktaraf iaitu kelas KPP, buku teks KPP sukatan pembelajaran baharu, dan juga format ujian berkomputer.


Wednesday, March 26, 2014

FAKTA TENTANG PESAWAT MH370


NAMA SEBENARNYA ialah 9M-MRO tetapi sejak 8 Mac yang lalu seluruh dunia lebih mengenalinya dengan nama MH370.

Pesawat jenis Boeing 777-200 itu adalah yang ke-404 dikeluarkan oleh syarikat pembuat kapal terbang Boeing.

Ia mula terbang pada 14 Mei 2002.

Pada 8 Mac yang lalu, ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing. Ia meninggalkan landasan pada 12.41 pagi dan dijadual tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi.

Pesawat yang membawa 239 orang penumpang dan 12 anak kapal itu bagaimanapun tidak kunjung tiba.

Selepas lebih 400 jam gagal dikesan, pesawat itu disahkan pada kali terakhir berada di selatan Lautan Hindi — daerah paling terpencil di dunia, lautan dalam yang paling bergelora. Bagaimana dan kenapa ia lepas jauh daripada destinasi tujuan, sehingga kini tidak ada siapa yang tahu.

Sehingga penerbangannya yang terakhir, 9M-MRO telah terbang selama 20,243 jam.

Tuesday, March 11, 2014

Penumpang Pasport Curi Disahkan Warga Iran



Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. mengesahkan seorang daripada penumpang yang menaiki pesawat MH370 dengan menggunakan pasport palsu adalah warga Iran yang bercadang untuk berhijrah ke Jerman.

Identiti lelaki itu dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19 tahun.

Pouria Nour menggunakan pasport Austria milik Christian Kozel yang disahkan dicuri di Phuket, Thailand.
Pengumuman Khalid ini selari dengan penemuan siasatan polis di Thailand yang mendapati dua penumpang MH370 dengan pasport curi itu mungkin pelarian yang mencari suaka.

Ia berdasarkan kepada tempahan tiket harga paling murah dan laluan transit di Beijing dan Amsterdam sebelum menuju destinasi akhir. Seorang penumpang menempah destinasi akhir ke Copenhagen, Denmark manakala seorang lagi ke Frankfurt, Jerman.

Mereka dibantu oleh dua warga Iran yang menguruskan tempahan tiket daripada sebuah agensi pelancongan yang sudah dilanggani oleh orang tengah itu sejak tiga tahun lalu.



Friday, February 21, 2014

BR1M 3.0 Dibayar Awal

MAKLUMAN BR1M 2014



Sukacita dimaklumkan pembayaran BR1M telah bermula hari ini. Kepada pemohon yang mempunyai nombor akaun bank boleh menyemak di akaun masing yang telah didaftarkan semasa permohonan tempoh hari. Sesiapa yang ingin menyemak status permohonan boleh telefon 0362091000 untuk mengetahui status pemohon.


Bukti Bayaran BR1M 3.0
                                 
Sebelum ini, media melaporkan BRIM 3.0 peringkat nasional akan dilancarkan pada 22 Februari ini manakala pengagihan bagi peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pula diadakan pada 23 Februari, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sunday, February 16, 2014

Galaxy S5 bakal dilancar oleh Samsung


Menurut sumber dari sebuah portal gajet tempatan, Galaxy S5 akan dilengkapi dengan spesifikasi s pemproses 2.5GHz Quad-core Snapdrgon atau 2.0GHz Octa-Core 64-Bit Exynos, Soc, menurut ratau berbeza.

Skrin Galaxy S5 akan mempunyai paparan skrin 5.2 atau 5.2 inci AMOLED serta resolusi WQHD (2560x1440), dengan memori RAM 3GB berserta memori dalaman pilihan 32/64/128GB.

Telefon pintar tersebut juga akan disertakan dengan kamera 16MP di belakang serta kamera hadapan 3.2MP dengan bateri kuasa 3200mAh.

Ketika ini masih belum ada pengesahan dapat dibuat berhubung spesifikasi mahupun reka bentukar.

Pemain Bola Ditetak Mati



Mangsa yang cedera parah diberikan rawatan awal sebelum dibawa ke HRPB dan disahkan meninggal dunia di hospital itu:-

IPOH – Seorang pemain bola sepak kelab tempatan maut ditetak sekumpulan tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang selepas keluar dari sebuah bank di Jalan Sultan Yusuff berhampiran Ipoh Padang, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi itu, T Eswaran, 27, menaiki Proton Waja bersama tiga rakannya dan berhenti berhampiran lampu isyarat di depan bank berkenaan untuk ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Bagaimanapun, selepas keluar dari ATM dan sebaik sahaja mangsa hendak memasuki kereta di bahagian penumpang depan, dia dihampiri tiga lelaki bertopeng membawa parang yang terus menyerangnya.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, mangsa yang juga seorang pemandu lori berasal dari Menglembu cedera serius di kepala dan tangan.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di Wad Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, suspek melarikan diri dengan menaiki kereta Perodua Myvi berwarna perak.

“Polis masih mengesan kereta suspek yang didaftarkan di negeri Johor,” katanya.

Chang Keong berkata, tiga rakan mangsa yang berada di tempat kejadian tersebut telah diminta memberi keterangan untuk membantu siasatan lanjut dan bagi mengenal pasti motif kejadian.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat dengan menghubungi balai polis berhampiran.

- SINAR HARIAN -

Saturday, February 15, 2014

iPhone 6 Palsu

PALSU !!


Ini lah gambar iPhone 6 yang tersebar ke beberapa laman web gajet yang dikatakan sebagai prototaip untuk generasi baru iPhone. Apa pendapat anda? Menarik? Membosankan?

Ini sebenarnya adalah imaginasi konsep yang direka oleh artis 3D rendering, Martin Hajek. Boleh lihat pelbagai hasil rekaaan beliau di website .




Friday, February 14, 2014

Cara Semakan Status BR1M 3.0 2014


Anda boleh cara-cara ini jika ingin mengetahui staus BR1M 3.0 anda. 
Caranya ialah melalui:

1. Pos 

Anda akan menerima surat pengesahan apabila menghampiri tarikh pembayaran. Anda akan diberitahu lokasi untuk menebus baucar tunai anda, jika anda berjaya.

2. Panggilan Telefon 

Buat panggilan ke LHDN hotline 1-800-222-500 / 1-800-88-2716 (waktu pejabat sahaja)

3. Emelkan ke br1m3@treasury.gov.my dan anda akan menerima jawapan dalam masa 1-2 hari bekerja. Beri maklumat yang mencukupi kepada pegawai-pegawai sokongan untuk membantu anda. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...