Sunday, July 29, 2012

Tips Untuk Uruskan Percintaan Jarak Jauh

Percaya...

Apabila berada berjauhan dengan pasangan, anda pasti selalu teringat dengan pasangan anda kan? Apa yang si dia buat? Si dia keluar dengan siapa? Macam mana kesihatan si dia? Berbagai persoalan bermain di kepala. Elemen yang paling penting sekali adalah kepercayaan. Tak kira laki atau perempuan mesti mempunyai elemen ni dalam percintaan. Mungkin tips dibawah mungkin boleh membantu anda serba sedikit.


Setia walaupun jauh

Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan dan ketika inilah kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu berada di depan mata, tiba-tiba kini jauh dari pandangan. Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa inilah kawan-kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang kerana ada yang bercinta dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?

Berjumpalah walaupun seketika

Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen dan cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu.

Tanyalah khabar

Setiap malam sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia tanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang call dia. Esok dia pula. Dengan ini baru la sama-sama merasa susah dan senang. Jangan mengharapkan si dia sahaja yang akan call anda. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jikalau dia sahaja yang perlu call anda. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar bila sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.

Sambut hari ulang tahun bersama

Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut hari ulang tahun percintaan/perkahwinan bersama-sama. Sekiranya tarikh penting itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu tersebut. Luangkan masa bersama untuk seketika sudah pasti dapat mengembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, tetapi kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut hari istimewa tersebut sudah pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis kemudian hari.

Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah

Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.


Sumber: celapakit

Comments
5 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

5 Komen Yang Awesome:

Keknis said...

thanks for sharing..agak susah kalau hubungan jarak jauh ni..huhuhu

Akram said...

Anis Athia: Pernah alaminya kan? :-)

Unknown said...

Dah 5 tahun dah cinta jarak jauh ni, tak ada masalah kot, dosa pun kurang sebab jarang keluar, jarang berjumpa, jarang contact. So ada la positivenya.

AJIB said...

kahwin cepat2 ye hehe

Pecinta pink^^ said...

kepercayaan tu pling pnting:)

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda kawan-kawan.
Maaf kalau tak sempat balas komen-komen korang semua.
Kunjungan anda akan dibalas oleh saya :-)

Jangan lupe like page kami di facebook. Awesome Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...