Saya menulis ni bukanlah untuk berceramah kerana saya sendiri bukanlah baik sangat tapi sebagai ingatan kepada team AWESOME. Korang yang tengah dok berbuka, bersahur ataupun yang baru balik dari terawih sambil blogwalking, pernah tak korang terfikir napa adanya malam al-Qadar untuk umat Nabi Muhammad?
Secara ringkasnya, purata umat Nabi Muhammad mempunyai umur yang tidak sepanjang seperti umat-umat sebelumnya. Menurut imam al-Qurtubi, Nabi Muhammad bermohon kepada Allah supaya diberikan peluang di mana umatnya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat-umat sebelum mereka. Maka Allah menciptakan malam al-qadar sebagai satu ganjaran kepada umat Nabi Muhammad yang dianggap umat teristimewa. Dan menariknya, 1000 bulan yang digambarkan dalam al-quran sama seperti 83 tahun 4 bulan menurut pendapat ulama. Awesome kan...
Lastly, saya skali lagi ingin memohon kemaafan dan salam perkenalan kepada team2 AWESOME yang baru. Salam Ramadhan....
P.S : Tahun ni xde pun baju baru....sedih2. Korang lain la sampai 10 pasang kan?
4 Komen Yang Awesome:
takpe kalo xde baju baru.. hikmahnya, dapatlah kita merasa betapa orang2 yg tak berkemampuan juga sangat impikan baju baru... dapat juga kita muhasabah diri.. biar tanpa baju baru, kita milik keimanan dan jiwa baru di akhir Ramadhan nanti, insya Allah.. :)
Cik Aqilah Wardah: InsyaAllah...bgus pendapat awk ni.
salam..
pernah juga terfikir tapi rasanya tak jumpa kot jawapan dia. rasa rugi kalau x jumpa malam lailatul qadar..
Syira: Owh..mengenai jawapannya tu, dah diterangkan serba sedikit pada post di atas iaitu kerana purata umat Nabi Muhammad yang mempunyai umur yang tidak panjang seperti umat sebelumnya yang boleh beramal selama beribu-ribu tahun. Wallahhualam...
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda kawan-kawan.
Maaf kalau tak sempat balas komen-komen korang semua.
Kunjungan anda akan dibalas oleh saya :-)
Jangan lupe like page kami di facebook. Awesome Blog