Dalam tempoh 50 tahun yang lalu, penduduk Mekah tidak kira tua atau muda akan mendengari tembakan meriam sebagai tanda untuk berbuka puasa atau memulakan puasa pada setiap hari. Meriam tersebut terletak di Jabal Al-Mifda yang dinamakan oleh penduduk Makkah sendiri. Semua ini sebelum kemunculan pembesar suara dan bekalan elektrik di luar kawasan tumpuan. Agak unik jika dibandingkan di Malaysia, atuk nenek kita dahulu bersahur dan berbuka puasa bila bunyi beduk atau kerantung dipalu.
Di Makkah dahulu, meriam tersebut akan berbunyi sekali untuk berbuka puasa pada waktu senja, sekali untuk waktu bersahur dan dua das tembakan apabila masuk waktu imsaak masa. Seperti biasa, blog ini sukakan trivia. Secara fakta, jumlah tembakan meriam tersebut di bulan Ramadan di Makkah kira-kira 120 das tembakan sebulan dan dalam tempoh 50 tahun hayatnya, meriam tersebut telah melepaskan kira-kira 6,000 das tembakan. Wallahualam…
Sumber: saudigazette.com.sa
5 Komen Yang Awesome:
same cam ganu..bunyi gong jugak tndanya untuk buka dan imsak
blog saya http://www.kotak-lirik-lagu.com
@Pengumpul Lirik Lagu: owh..yeke. Still ada tak tradisi tu sampai hari ni?
akarumu..hehe
meriam tuh mase boleh digunakan tak? menarik :)
lilypelangi: Sekarang dah tak digunakan lagi, Mekah pun skrg dah makin moden.
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda kawan-kawan.
Maaf kalau tak sempat balas komen-komen korang semua.
Kunjungan anda akan dibalas oleh saya :-)
Jangan lupe like page kami di facebook. Awesome Blog