KUALA LUMPUR, 14 APRIL 2012: Penyanyi tersohor yang juga pengasas produk kecantikan
SimplySiti, Datuk Siti Nurhaliza telah selamat melancarkan tiga variasi haruman
terbaru di Hotel Doubletreee di sini malam tadi.
Pure, Precious dan Memoire adalah
nama yang dipilih mewakili setiap satu daripada haruman yang mempunyai identiti
tersendiri dan mensasarkan segenap pembeli dengan harga mampu dimiliki oleh
semua pengguna.
Dalam pada itu pemilihan duta bagi
haruman Pure iaitu Khairul Fahmi Che Mat telah menimbulkan desas-desus yang
mengatakan Datuk Siti sengaja memilih penjaga gol kontroversi tersebut untuk
digandingkan dengan satu-satunya model wanita iaitu Leuniey Natasha kerana
kisah kontroversi mereka sebelum ini.
Namun Siti ketika menjawab soalan
pihak media berkenaan dakwaan tersebut bagaimanapun menafikan kerana menurutnya
lagi Leuniey dipilih melalui proses saringan dan bukan sekadar kontroversi
semata-mata.
"Siti memilih Leuniey kerana
mahu menampilkan wajah baru dan bukan daripada kalangan selebriti yang sedia
ada dan ternyata Leuniey individu yang layak untuk menterjemahkan kesemua
identity bauan haruman daripada SimplySiti.
"Dia boleh beraksi aktif,
pandai menari dan juga berlakon, jadi Siti rasa dia adalah calon yang paling
layak dan bukannya kerana gosip cintanya bersama Khairul Fahmi.
"Khairul Fahmi juga dipilih
setelah team kami memutuskan salah satu daripada haruman SimplySiti berkarekter
aktif dan dia adalah atlit yang kini menjadi wajah buat sukan tempatan terutamanya
bola sepak," jawab Siti mengenai dakwaan tersebut.
Menurut Siti lagi, semenjak diawal
pembabitan dia dalam industri hiburan dia sudah berangan-angan untuk memiliki
haruman sendiri apatah lagi dia pernah menjadi wajah kepada beberapa label
kosmetik tempatan.
"Sudah menjadi impian saya
sejak dulu untuk memiliki haruman saya sendiri seperti artis antarabangsa yang
tampil dengan label haruman mereka sendiri.
'Syukur Alhamdulillah Siti berjaya
mengasaskan SimplySiti dan menghasilkan tiga haruman di bawah label ini selepas
kejayaan produk kecantikan SimplySiti.
"InsyaAllah pada hujung tahun
Siti akan tampil dengan haruman yang lebih eksklusif di bawah nama Siti
Nurhaliza bagi memenuhi impian dan dalam masa yang sama khas untuk peminat
Siti," ujar Siti mengenai idea asal penghasilan haruman SimplySiti.
Haruman yang sudah dua minggu
berada di pasaran ini mendapat sambutan hangat daripada peminat dan menurutnya,
Pure yang paling disukai ramai kerana bauan yang aktif dan sesuai untuk dipakai
pada bila-bila masa.
Ketiga-tiga haruman ini adalah dari
kategori Eau De Parfum dan mendapat kelulusan khas daripada JAKIM dengan harga
yang mampu dimiliki.
Haruman itu juga mengandungi Plant
Betaphroline yang mampu membuat si pemakai bertambah menarik dan lebih
bertenaga.
Selain daripada Leuniey Natasha dan Khairul Fahmi,
SimplySiti juga menampilkan SM Khalis daripada Naza Italia dan Adam Yahya
daripada Ibex Group yang akan bercerita tentang ciri-ciri gadis idaman mereka
yang diwakili oleh Pure, Precious dan Memoire.
0 Komen Yang Awesome:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda kawan-kawan.
Maaf kalau tak sempat balas komen-komen korang semua.
Kunjungan anda akan dibalas oleh saya :-)
Jangan lupe like page kami di facebook. Awesome Blog