KUALA LUMPUR, 14 APRIL 2012: Penyanyi tersohor yang juga pengasas produk kecantikan
SimplySiti, Datuk Siti Nurhaliza telah selamat melancarkan tiga variasi haruman
terbaru di Hotel Doubletreee di sini malam tadi.
Pure, Precious dan Memoire adalah
nama yang dipilih mewakili setiap satu daripada haruman yang mempunyai identiti
tersendiri dan mensasarkan segenap pembeli dengan harga mampu dimiliki oleh
semua pengguna.
Dalam pada itu pemilihan duta bagi
haruman Pure iaitu Khairul Fahmi Che Mat telah menimbulkan desas-desus yang
mengatakan Datuk Siti sengaja memilih penjaga gol kontroversi tersebut untuk
digandingkan dengan satu-satunya model wanita iaitu Leuniey Natasha kerana
kisah kontroversi mereka sebelum ini.
Namun Siti ketika menjawab soalan
pihak media berkenaan dakwaan tersebut bagaimanapun menafikan kerana menurutnya
lagi Leuniey dipilih melalui proses saringan dan bukan sekadar kontroversi
semata-mata.
"Siti memilih Leuniey kerana
mahu menampilkan wajah baru dan bukan daripada kalangan selebriti yang sedia
ada dan ternyata Leuniey individu yang layak untuk menterjemahkan kesemua
identity bauan haruman daripada SimplySiti.
