Thursday, October 3, 2013
Gambar Instagram Leuniey Natasha Dengan Kandungannya
Isteri kepada pemain bola kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, Leuniey Natasha telah berkongsi kegembiraan mengandung anak pertama dengan memuat naik foto 'baby bump' yang kian membesar di laman sosial Instagram.
Melalui foto-foto lain yang dikongsikan Leuniey di Instagram, terdapat segelintir peminat membuat andaian bahawa bayi yang dikandung Leuniey adalah perempuan dek kerana wajahnya yang semakin berseri-seri.
Model dan juga pemilik butik pengantin yang berusia 22 tahun ini dilaporkan bakal bersalin pada Februari depan dan Apek telah pun berkira-kira untuk mendapatkan rawatan yang terbaik untuk Leuniey dengan memilih doktor pakar wanita.
Monday, September 30, 2013
Butiran Awal BR1M 3.0 2014
P.S: JIKA ANDA MENCARI POWERBANK ORIGINAL,
KLIK LINK ----> Yoobao Powerbank
Sunday, August 4, 2013
Anak Pengasas Vida Beauty Mati Dalam Kebakaran
Beberapa hari lagi akan menjelmanya Hari Aidilfitri. Pengasas Vida Beauty diduga dengan kehilangan dua anak lelaki kesayangannya. Kejadian yang berlaku di Ipoh ini mengorbankan tiga termasuk dua anak pengasas produk kecantikan Vida Beauty. Dalam kejadian pukul 9 malam itu, seorang lelaki dewasa dan dua kanak-kanak tersebut ditemui mati dalam bilik air tingkat atas rumah tersebut.
Mangsa yang terkorban ialah Mohd. Nor Syamil, 26; Eddie Zuhdi Mohd. Amin, 11 dan adiknya, Edrie Zikrie, 10. Dua lagi penghuni yang berada di dalam rumah tersebut sewaktu kejadian terselamat.
Seorang daripadanya adalah pekerja lelaki berusia 27 tahun patah kaki selepas bertindak nekad terjun dari tingkat dua rumah berkenaan bagi menyelamatkan diri.
Kebakaran itu turut memusnahkan sebuah kereta mewah jenis Bentley, sebuah kereta Perodua Kancil dan beberapa buah motosikal.
Semoga Allah mencucuri rahmat kepada mereka dan sabar atas ujian di bulan yang mulia ini... AL FATEHAH
.
Sunday, July 28, 2013
Guna Pengecas Original Demi Keselamatan - Apple
Selepas dua kejadian kejutan elektrik melibatkan iPhone di China, Apple telah menyediakan satu halaman khas di dalam webnya kepada pengguna di China untuk memastikan produk pengecas original bagi pengguna iPhone dan iPad.
Minggu lepas, seorang lelaki di China koma kerana terkena kejutan elektrik ketika mengecas iPhone 4 miliknya. Sebelum itu, seorang wanita maut, juga terkena kejutan elektrik ketika menggunakan iPhone miliknya sambil mengecas. Kedua-dua kes yang disiasat secara terperinci oleh Apple dan pihak berkuasa menunjukkan mereka menggunakan pengecas tiruan.
Subscribe to:
Comments (Atom)



