Showing posts with label Super Spontan. Show all posts
Showing posts with label Super Spontan. Show all posts

Saturday, June 2, 2012

Keputusan Final Super Spontan 2012

Congrats!!

Jozan sememangnya menjadi feveret untuk menang pada peringkat akhir Super Spontan yang berlangsung malam tadi dengan kemenangan berpihak kepada
Zizan manakala Johan meraih gelaran naib juara. Kemenangan tersebut membolehkan Zizan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000 dan sebuah kereta Toyota Camry. Mungkinkah Zizan akan let go Camry condition neelofa dalam mudah.my untuk modified EVO kesayangannya? 

Saturday, May 5, 2012

Super Spontan: Beruang Comel Tewas Lagi, Cat Farish Disingkir



KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer terkenal, Cat Farish menjadi mangsa keempat penyingkiran program Super Spontan setelah dia disingkirkan oleh rakan-rakan sepasukannya akibat kekalahan Beruang Comel pada minggu lalu.

Penyingkiran tersebut diumumkan oleh hos Super Spontan, Adibah Noor dan dengan penyingkiran Cat Farish, Beruang Comel kini hanya tinggal lima ahli untuk meneruskan cabaran di Super Spontan, seimbang dengan pihak lawan mereka iaitu Angsa Ganas.

Nasib Beruang Comel terus malang apabila mereka tewas buat kali kedua berturut-turut minggu ini dan ini bermakna mereka sekali lagi terpaksa memilih di kalangan ahli yang tinggal iaitu Bell Ngasri, Sathiya, Johan, Ropie dan Yasmin Hani untuk disingkirkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...