Thursday, September 6, 2012

Samsung Galaxy Note 10.1 Sah Rasmi Di Malaysia

Famili Galaxy Terbaru..

Samsung Malaysia secara rasminya telah pun melancarkan tablet terbaru mereka dengan sokongan S-Pen, iaitu Samsung Galaxy Note 10.1. Menurut pihak Samsung, melalui Galaxy Note 10.1, mereka mengubah daripada tablet yang sebelum ini hanya banyak digunakan untuk mengikuti trend di laman sesawang dan memuat-turun kandungan, kepada tablet yang kini mampu membuat pelbagai tugasan harian dengan mudah tidak kira sama ada anda sebagai pelajar, usahawan ataupun pekerja.


Samsung Galaxy Note 10.1 dari Samsung mesti menjadi antara gajet yang perlu didapatkan oleh geeker pada akhir tahun 2012 ini selain iPhone 5 oleh Apple yang bakal diperkenalkan secara rasmi kepada media pada 12 September 2012. Ia akan ditawarkan secara berasingan melalui pengedar rasmi Samsung seluruh negara pada harga RM2199 dan boleh dapatkan ia melalui telco Celcom, Maxis, Digi dan Umobile. Apa pun mari lihat spesifikasi Samsung Galaxy 10.1 yang telah Samsung keluarkan. 

Spesifikasi Samsung Galaxy 10.1

Processor: 1.4GHz Quad Core Processor
Memory: 16GB user memory + 2GB RAM, storage expandable up to 64GB with microSD
OS: Google Android 4.0 Ice Cream Sandwich (upgradeable to Android 4.1 Jelly Bean)
Display: 10.1-inch 1280x800 WXGA LCD
Rear Camera: 5-megapixel auto focus camera with LED flash
Front Camera: 1.9-megapixel VT camera
Battery: 7000mAh, Li-ion
Dimensions: 262 x 180 x 8.9mm
Weight: 600g 



Sumber: hardwarezone
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 Komen Yang Awesome:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda kawan-kawan.
Maaf kalau tak sempat balas komen-komen korang semua.
Kunjungan anda akan dibalas oleh saya :-)

Jangan lupe like page kami di facebook. Awesome Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...