Alhamdulillah…akhirnya Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu telah isytiharkan hari Jumaat minggu ni 10 September 2010 sebagai Hari Raya Aildilfitri. Pejam celik pejam celik, dah nak raya kan. Mesti korang banyak story or other things yang korang rindu dan nak share bersama masa Ramadhan kali ni kan. Oopss..rileks dulu, hari ni kan baru hari Rabu. Hehe… Ok lah, make sure persiapan Hari Raya korang cukup pada tahun ni.
Tapi tu bukan highlights pada entri AWESOME kali ni. Believe it or not…dah ada yang dah solat sunat Aidilfitri pada pagi 8hb hari ini. Memang terkejut bila tengok berita kat TV3 tadi.
“ Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) telah berjaya menahan sebilangan pengikut semasa mendengar yang kononnya Khutbah Raya. Kumpulan itu dipercayai membawa ajaran dari Dumai, Indonesia. Seramai 9 anggota termasuk 4 sekeluarga ditahan di sebuah surau di Seriab, Perlis dan masing-masing telah dijatuhi hukuman denda oleh Mahkamah Tinggi Syariah Perlis.”
Macam2 hal yang pelik sekarang. Outside Malaysia, orang bukan Islam isytihar nak bakar Al-Quran sempena ingatan 9/11. Lihat entri ni “Kutuk Pembakaran Quran Terang-terangan”. Inside Malaysia, orang Islam sendiri nak kaburi ajaran Islam tu sendiri. Aduh…pening pening.
0 Komen Yang Awesome:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda kawan-kawan.
Maaf kalau tak sempat balas komen-komen korang semua.
Kunjungan anda akan dibalas oleh saya :-)
Jangan lupe like page kami di facebook. Awesome Blog