Tuesday, June 15, 2010

Kinect Untuk XBOX 360

Berita yang menggembirakan bagi "kipas susah mati" Xbox360. Team Microsoft telah melancarkan Kinect atau dahulu dikenali dengan nama kod Projek Natal. So, goodbye to Project Natal, you were a weird name.




Sebenarnya, Kinect ni adalah add-on kepada Xbox360 yang korang dah beli ataupun baru rasa nak beli lepas tengok review Kinect ni. Korang jangan risau la, kaum kerabat Team Microsoft dah sahkan yang Xbox360 sah tarikh lakunya sampai 2015. So, Team Microsoft akan bangunkan sedikit demi sedikit add-0n untuk Xbox360. Haha...takkan takder Xbox720. Kita yang kat Malaysia ni kena la tunggu tahun depan.



Kinect ni membolehkan pengguna untuk mengawal dan berinteraksi dengan Xbox 360 tanpa perlu menyentuh controller. Konsep Kinect ni senang je di mana ia menggunakan isyarat dan perintah lisan. Kalo korang ingat, konsep ni same macam EyeToy untuk platform Playstation2. Ha..so dah dapat bayangkan? Yes, mestila guna kamera 3D. Projek ini bertujuan untuk memperluaskan audiens Xbox 360 gamer di luar asas yang khas. 



Kinect  ni menggunakan kamera 3-D di mana orang bermain videogame menggunakan gerakan tubuh yang alami bukan kawalan genggam. Kinect membolehkan orang bermain game memandu, misalnya, dengan hanya menggerakkan tangan mereka. Cool kan...dengan teknologi LCD TV 3D yang sedang hot sekarang, tak dapat dibayangkan pada zaman akan datang.

Ps: Ingat lagi masa kecik-kecik, main game kat kedai runcit, masuk 20 sen dapat kacang botak.Haha... 


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 Komen Yang Awesome:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda kawan-kawan.
Maaf kalau tak sempat balas komen-komen korang semua.
Kunjungan anda akan dibalas oleh saya :-)

Jangan lupe like page kami di facebook. Awesome Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...