Jom layan Doodles terbaru dari Google sempena memperingati hari lahir Freddie Mercury aka vokalis utama Queen. Lagu bertajuk 'Don't Stop Me Now' dipilih untuk animasi ini. Awesome!
Monday, September 5, 2011
Sunday, August 21, 2011
iPad 3 Pada Awal Tahun 2012?
Menurut laporan The Wall Street Journal, tablet generasi ketiga tersebut dijangka akan menampilkan resolusi skrin sama 9.7 inci tapi dengan paparan 2048x1536.
Resolusi skrin yang disenaraikan adalah jauh lebih tinggi daripada 1024x768 model terdahulu.
Apple dijangka akan memeriahkan lagi pasaran tablet mudah alih dengan model permulaan sebanyak 1.5 juta unit.
Pengeluaran iPad generasi ketiga tersebut dijangka bermula pada bulan Oktober.
Saturday, August 20, 2011
I am Maru ( Kucing Paling Popular Di Dunia )
Sejauh manakah sayang dan minat anda pada kucing? Bagi peminat kucing dan kaki layan YouTube, mungkin anda sudah kenal dengan seekor kucing yang berasal dari Jepun yang boleh dianggap sebagai selebriti internet sekarang. Manakan tidak, saluran YouTube telah dilihat sebanyak 114,272,099 kali setakat ini dengan telatah comel kucing bernama Maru ini.
Bau Badan Penyebab Penceraian
Li Fan and Cheng Yuanyuan jatuh cinta semasa mereka bertemu dalam satu majlis keramaian yang dianjurkan oleh seorang kawan di China pada tahun lepas.
Selepas berpacar dalam jangka masa setahun, pasangan dari wilayah Jiangsu itu mengikat tali perkahwinan tetapi kebahagiaan mereka tidak berpanjangan.
Pada malam pertama mereka bersama, Li Fan terhidu bau yang kurang menyenangkan ketika tidur bersebelahan dengan isteri beliau.
Dia bertanyakan kepada Cheng jika bau berasal dari dia, dia menafikannya pada mulanya dan akhirnya mengaku mempunyai masalah dengan bau badan.
Jawapannya juga memahamkan Li Fan faham mengapa Cheng sentiasa membuatkan beliau tertunggu-tunggu beberapa jam semasa mereka berpacaran.
"Dia cuba bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan bau badannya!" kata LiFan dengan marah yang merasakan dia telah ditipu. Sejak dari peristiwa itu, Cheng telah mengambil kesemua barang-barangnya dan pulang ke rumah ibu bapanya.
Pasangan itu tidak pernah bertemu sejak dari hari itu .
Dua bulan selepas perkahwinan, penceraian telah difailkan oleh Cheng di sebuah mahkamah di Wuxi.
Moral:
1. Terima seadanya pasangan kita, mungkin ada cara penyelesaian yang lain.
2. Kenali pasangan anda sebelum melangkah ke alam yang baru.
3. Jangan bilang cinta, kalau tidak bersedia berkorban demi pasangan. Peace....
Friday, August 19, 2011
Tuesday, August 16, 2011
Trivia Hari Ini #13 ( Edisi Android )
- Android dibangunkan oleh Android Inc pada tahun 2003 oleh Andy Rubin dan Rich Miner
- Android Inc dibeli oleh Google pada tahun 2005 dengan harga RM149.1 Juta
- Google mengumumkan Android sebagai platform mudah alih pada 5 November 2007
- Sistem operasi Android adalah berasaskan Linux kernel dimana Linux adalah pilihan kepada kebanyakkan pakar teknikal komputer
Android Ice Cream Sandwich
Beberapa hari lalu kita dikejutkan dengan screenshot pertama Google OS yang terbaru iaitu Android Ice Cream Sandwich (ICS). Ya..seperti Apple yang melancarkan iOS 5, Microsoft dengan Windows Phone Mango dan tak lupe juga kemas kini Nokia yang terbaru iaitu Symbian Anna. Semua pembangun OS berlumba-lumba untuk memperkenalkan versi kemas kini yang menjanjikan lebih banyak fungsi dan aplikasi bagi memuaskan pengguna.
Monday, August 15, 2011
Faedah Memakai Wangian
1. Menyegarkan diri dan merangsang minda anda
2. Insyallah jiwa anda akan tenteram dan tenang
3. Dihindari oleh syaitan kerana syaitan menyukai bau yang busuk
4. Mengamalkan salah satu dari sunah para rasul; perasaan malu, memakai wangian, bersiwak dan bernikah
5. Menjaga penampilan diri
Tuesday, August 2, 2011
Berbakti Kepada Kedua Ibu Bapa
Jika kamu ingin berjaya di dunia, maka kerjakanlah beberapa pesan seperti berikut:
1. Berbicaralah kepada orang tuamu dengan sopan santun, janganlah mengucapkan 'ah' kepada mereka, jangan herdik mereka dan berkatalah kepada mereka dengan ucapan yg baik.
2. Taatilah selalu kedua orang tuamu selama tidak dalam maksiat.
3. Berlemah lembutlah kepada orang tuamu, jangan bermuka masam di depannya dan janganlah membentak mereka dengan marah.
Tips bulan ramadhan: Jika anda tergoda untuk merokok, maka jangan merokok di depan orang lain. Bagi la peluang kepada mereka yang hendak berhenti merokok buat seketika. Peace...
1. Berbicaralah kepada orang tuamu dengan sopan santun, janganlah mengucapkan 'ah' kepada mereka, jangan herdik mereka dan berkatalah kepada mereka dengan ucapan yg baik.
2. Taatilah selalu kedua orang tuamu selama tidak dalam maksiat.
3. Berlemah lembutlah kepada orang tuamu, jangan bermuka masam di depannya dan janganlah membentak mereka dengan marah.
Tips bulan ramadhan: Jika anda tergoda untuk merokok, maka jangan merokok di depan orang lain. Bagi la peluang kepada mereka yang hendak berhenti merokok buat seketika. Peace...
posted from Bloggeroid
Tuesday, May 17, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)